Liga Perdana Malaysia: Keputusan perlawanan ATM vs Sabah 4 April 2016
Keputusan penuh:
Isnin, 04/04/2016
Std. Tunku Abd Razak, Jengka
ATM (1)
Venice Delphi Kaya pen. 45'
SABAH (3)
Marco Tulio Lopes 35'
Leopold Alfonso Otong 57'
Dedi Kusnandar 78'
Sabah mencatat kemenangan pertama dalam kempen Liga Perdana musim ini selepas membenam Angkatan Tentera Malaysia 3-1 di Std Tun Abd Razak, Jengka, Pahang kelmarin. Kemenangan tersebut juga mengakhiri rentetan 14 perlawanan tanpa kemenangan dalam saingan Liga Perdana sejak dari musim lalu.
Walaupun bermain tanpa empat pemain utama akibat kecederaan dan penggantungan, Sabah tidak berdepan masalah besar untuk menundukkan pasukan tercorot liga, ATM buat kali kedua selepas menewaskan pasukan sama 2-1 dalam saingan Piala FA lalu.
Marco Tulio yang kembali ke kesebelasan utama selepas tersisih beberapa perlawanan sebelum ini akibat kecederaan memberi Sabah pendahuluan di minit ke 35. Namun, ATM berjaya menyamakan kedudukan sebelum tamat perlawanan separuh masa pertama menerusi kapten pasukan, Venice Danny Kaya yang menyempurnakan sepakan penalti.
Bersambung di separuh masa kedua, Leopold Alfonso Otong kembali meletakkan Sabah di depan di minit ke 57 menerusi gerakan solo yang menarik menewaskan tiga pemain lawan. Dedi Kusnandar mengukuhkan kedudukan Sabah dengan gol ketiga di minit ke 78 selepas menyudahkan hantaran Marco Tulio dalam kotak penalti.
Walaupun berjaya mengutip tiga mata penuh, kedudukan Sabah di tempat ke-11 dalam carta liga tidak berubah selepas enam perlawanan dengan mengumpul 4 mata dari satu kemenangan, seri sekali dan empat kekalahan.
Sabah akan meneruskan aksi Liga Perdana dalam perlawanan ketujuh menentang satu lagi pasukan dikelompok bawahan liga Sime Darby di Stadium Likas pada Jumaat, 8 April depan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan