12 Feb 2016

Sabahrhinos kena radu!

Keputusan penuh UITM FC vs Sabah 12 Feb 2016
Std. UITM, Shah Alam
4.45 ptg

Keputusan Penuh:

UITM FC (4)
Pavel Purishkin 31', 74', 90'
Eliel Guardiano 80'

SABAH (1)
Prince Nnake Tochukwu 50'


Kena radu!!! Ungkapan yang paling sesuai buat pasukan kita, Sabah yang tewas 1-4 di tangan pasukan berstatus universiti, UITM FC petang tadi.

Perlawanan pembuka tirai Liga Premeir Malaysia musim 2016 di Stadium UiTM, Shah Alam menyaksikan Sabah bermula dengan langkah kiri tatkala pasukan tuan rumah, UiTM memungut tiga mata penuh dengan penuh bergaya dan melebarkan rekod baik pasukan ini ke atas pasukan Sabah.

Penyerang import UiTM dari Uzbekistan, Pavel Purishkin menjadi duri dalam daging buat skuad Sabahrhinos dengan meledak hatrik dengan rakannya di bahagian serangan, Eliel Guardiano menyumbang satu gol. Gol tunggal Sabah dijaringkan oleh penyerang import, Prince Nnake.

Separuh masa pertama menyaksikan penguasaan bola yang seimbang antara kedua-dua pasukan namun Sabah dilihat lebih kerap mengancam ke kubu pasukan lawan. Namun begitu, UiTM memperoleh gol pendahuluan menerusi sepakan percuma Pavel di minit ke 31 yang kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Separuh masa kedua bermula, Sabah tidak menunggu lama untuk memperoleh jaringan penyamaan menerusi tolakan mudah oleh Nnake hasil umpanan Maxsius Musa di minit ke 50. 

Namun 20 minit terakhir perlawanan meyaksikan Sabah melepaskan tiga gol mudah kepada UiTM Pavel meletakkan UiTM kembali didepan diminit ke 74. Guardiano menggandakan kelebihan UiTM enam minit kemudian sebelum Pavel melengkapkan hatriknya dan gol ke empat UiTM dipenghujung perlawanan. Tamat perlawanan, UiTM unggul dengan kemenangan besar 4-1 ke atas Sabah.

Kekalahan ini menyaksikan Sabah memulakan kempen Liga Premier musim ini di tangga kedua bawah liga selepas satu perlawanan.

Perlawanan Sabah seterusnya adalah pada Isnin, 15 Feb depan menentang Kuantan FA di Std. Darul Makmur, Kuantan.

Kesebelasan Sabah:
Mohd Fadzley Rahim (GK), Julamri Muhd (Capt), Igor Cerina, Rawilson Batuil (Nazri Ahmad), Alto Linus, Dedi Kusnadar, Radzi Husin, Maxsius Musa (Shafie Talip), Leopold A Otong (Ummareng Bacok), Marco Tulio Lopes dan Prince Nnake Tochukwu

Lain-lain keputusan Liga Premier:
PKNS 0-1 Kuala Lumpur
Sime Darby 2-2 Melaka United
Perlis 6-1 ATM
NS Matrix 1-1 Kuantan FA
Johor DT II 1-3 DRB Hicom

Menjelang perlawanan: Preview pasukan UiTM FC

Menjelang perlawanan Liga Premier 2016: 
UITM FC vs SABAH
12/02/2016
Std UiTM, Shah Alam


Preview pasukan UITM FC 2016

Menjelang perlawanan pertama Liga Premier antara UiTM menentang pasukan Sabah petang ini, kami Sabah Football membawakan kepada anda sedikit info dan preview mengenai pasukan tuan rumah, UiTM FC.

- Mengekalkan hanya 9 pemain musim lalu
- Jurulatih, Raja Isa berpengalaman sebagai jurulatih di Liga Indonesia dari 2007-2014
- Persiapan pasukan selama dua bulan dengan jumlah 22 perlawanan pra musim
- Pasukan dibentuk dengan majoriti pemain muda bawah 23 tahun
- Perlawanan  pra musim terakhir mereka menentang pasukan Liga Super Felda United yang berkesudahan UiTM FC tewas tipis 2-3.

Jurulatih: Raja Isa Raja Akram Shah
Pemain import:
1. Pavel Matyash - Penjaga Gol (Kyrgyzstan)
2. Kang Jin-wook - Pertahanan (Korea Selatan)
3. Pavel Purishkin - Penyerang (Uzbekistan)
4. Eliel Guardiano - Penyerang (Brazil)

Pencapaian musim lalu 2015 :
Liga Perdana: 8/12
Piala FA: Pusingan 2
Piala Malaysia: Tidak Layak

Rekod pertemuan UITM FC vs Sabah :
Perlawanan: 6
Menang: 4-2
Seri: 0
Kalah: 2-4

07/07/15 LP: SABAH 2-3 UITM
20/02/15 LP: UITM 2-1 SABAH
23/05/14 LP: SABAH 1-3 UITM
14/02/14 LP: UITM 0-1 SABAH
13/05/13 LP: SABAH 3-1 UITM
15/02/13 LP: UITM 2-0 SABAH

6 Feb 2016

Senarai pemain KDMM FC 2016

Senarai pemain KDMM FC 2016

KDMM FC 2016
logo kdmm fc
Sumber: FB rasmi KDMM FC
Pasukan KDMM FC adalah salah satu dari dua kelab yang berasal dari Sabah selain DYS FC yang akan membuat penampilan pertama dalam liga divisyen ketiga Liga Malaysia iaitu Liga FAM bagi musim 2016. KDMM FC akan menggunakan Stadium Keningau, Keningau sebagai gelanggang rasmi pasukan itu sepanjang kempen Liga FAM 2016.

Jurulatih dan Pegawai Pasukan:
Pengurus Pasukan: Henry Soimpon
Penolong Pengurus: Ebby Roy
Ketua Jurulatih: Andrew A. Majangim
Penolong Jurulatih: Agustin Paga
Penolong Jurulatih: Roslan Wasli
Penolong Jurulatih: Hashim Mahzah
Jurulatih Kecergasan: Jorrye Jakiwa
Penolong Jurulatih Kecergasan: Harun Laban
Jurulatih Penjaga Gol: Agustin Orou
Penolong Jurulatih Penjaga Gol: Mohd Yusri Jamrin (pemain)

Senarai Pemain KDMM FC:
01. Josesua Jubin
02. Hairy Safwan
03. Rick Masreel
04. Denisi Mekhaddan
05. Faizal Yunus
06. Jenius James
07. Hilter Stephanus Salaw
08. Khairol Ampalang
09. Azizul Madirin
10. Mohd Ashrafi Abdan
11. Helmezey Jonis
12. Mohd Helmi Sudin
13. Jeerians Judin
14. Ramadin Anduhut
15. Yazili Yunta
16. Ian James Wong
17. Anwari Mohd Tajuddin
18. Endre S Tipay
19. Usman Baalon
20. Dan Joseph
21. Benerlys Raim
22. Redzuan Mohd Radzy
23. Rosdin Wasli
24. Zuraindey Jumai
25. Mohd Yusri Jamrin

Sumber: FB rasmi KDMM FC

Senarai pemain DYS FC 2016

Senarai pemain DYS FC 2016

DYS FC 2016
logo dys fc
Sumber: FB rasmi DYS FC
Kelab DYS FC yang berpengkalan di Kota Kinabalu akan membuat penampilan sulung dalam Liga FAM yang juga merupakan liga divisyen ketiga dalam Liga Malaysia musim 2016. DYS FC adalah merupaan juara Piala Carino yang juga disebut kejohanan Juara Kelab-Kelab Sabah tahun lalu.

Kelab DYS FC akan menampilkan beberapa pemain berpengalaman yang pernah beraksi untuk skuad utama dan liga sinpanan Sabah FA serta pasukan Cebagoo FC yang bermain dalam Liga FAM musim lalu.

Jurulatih: Stanley Chew
Penolong Jurulatih: K. Sanbagamaran
Pengurus Pasukan: Muhd Abdul Karim

Senarai pemain:

1. Asri Mudain (GK)
2. Shahrul Boidi (GK)
3. Datu Muhd Armin (GK)
4. Fneckley Baris
5. Mohd Shahrul Chankui
6. Mohd Arfiyanshah Abdul Jafar
7. Mohd Azlan Shah Hassan Nor
8. Justin Samaan
9. Harnoman Appid
10. Mohd Azfar Ahaja
11. Ibrahim Abu Nawas
12. Abdeyfieyan Angkiang
13. Md Shahrul Asmadi
14. Md Helmi Ahlok
15. Alan Doliante
16. Abdul Hafiz Abdul Madina
17. Saad Abdul Talip
18. Mohd Adiafandi Dullah
19.. Mohd Reithuddin Emran
20. Zainizam Marjan
21. Razid Gafar
22. Mohd June Azral Lalah
23. Billy Doliante
24. Azrul Ejati Damsah
25. Jufrey Omopor
26. Hafizan Jahar

5 Feb 2016

Jadual perlawanan Sabah FA Liga Malaysia 2016

Jadual perlawanan Sabah Liga Malaysia 2016

Berikut adalah jadual penuh perlawanan Liga Malaysia yang membabitkan pasukan Sabah FA bagi musim 2016. Jadual perlawanan ini membabitkan perlawanan bagi Liga Perdana, Piala FA dan Piala Malaysia. Jadual perlawanan ini akan dikemaskini dari masa ke semasa.

PUSINGAN PERTAMA
PUSINGAN PERTAMA
No Tarikh Masa Tuan Rumah
Pelawat Venue
1 Feb

12, (Jumaat) 4.45 pm UiTM LP SABAH Std. UiTM
2 15, (Isnin) 9.00 pm KUANTAN LP SABAH Std. D. Makmur
3 20, (Sabtu) 8.15 pm SABAH FA MOF FC Std. Likas
4 26, (Jumaat) 8.15 pm SABAH LP DRB HICOM Std. Likas
5 29, (Isnin) 9.00 pm K. LUMPUR LP SABAH Std. Selayang
6 Mac 11, (Jumaat) 8.15pm SABAH LP MELAKA Std. Likas
7 Apr 04, (Isnin) 9.00 pm ATM LP SABAH Std.Paroi
8 08, (Jumaat) 8.15 pm SABAH LP SIME DARBY Std. Likas
9 19, (Selasa) 9.00 pm PKNS LP SABAH Std. Hang Jebat
10 22, (Jumaat) 8.15 pm SABAH LP JDT II Std. Likas
11 Mei 03, (Selasa) 9.00 pm N. SEMBILAN LP SABAH Std. Paroi
12 17, (Selasa) 8.15 pm SABAH LP PERLIS Std.Likas

PUSINGAN KEDUA
PUSINGAN KEDUA
No Tarikh Masa Tuan Rumah
Pelawat Venue
13  Mei 20, (Jumaat) 4.45 pm PERLIS LP SABAH Std. Kangar
14 24, (Selasa) 8.15 pm SABAH LP N. SEMBILAN Std. Likas
15 Jul 15, (Jumaat) 9.00 pm JDT II LP SABAH Std. P. Gudang
16 22, (Jumaat) 8.15 pm SABAH LP PKNS Std. Likas
17 25, (Isnin) 9.00 pm SIME DARBY LP SABAH Std. Selayang
18 Ogos

05, (Jumaat) 8.15 pm SABAH LP ATM Std. Likas
19 16, (Jumaat) 9.00 pm MELAKA LP SABAH Std. H. Jebat
20 22, (Isnin) 8.15 pm SABAH LP K. LUMPUR Std. Likas
21 26, (Jumaat) 4.45 pm DRB HICOM LP SABAH Std. Proton
22 Sep 23, (Jumaat) 8.15 pm SABAH LP KUANTAN Std. Likas
23 Okt 21, (Jumaat) 8.15 pm SABAH LP PERLIS Std. Likas
* Tertakluk kepada perubahan.

Nota:
LP: Liga Perdana
FA: Piala FA
PM: Piala Malaysia

1. Selepas tamat perlawanan pusingan pertama, pasukan yang berada di kedudukan 5 TERATAS akan layak ke saingan Piala Malaysia 2016.

2. Bagi Piala Malaysia 2016, pusingan pertama, kedua dan ketiga akan diadakan secara 'Kalah Mati' manakala pusingan suku akhir dan separuh akhir akan dijalankan secara 'Timbal Balik'.

24 Jan 2016

Senarai pemain Sabah FA musim 2016

Senarai Pemain Sabah FA 2016


Senarai pemain Sabah 2016

Sabah FA telah mengeluarkan senarai pemain musim baru bagi menghadapi saingan Liga Perdana musim 2016. Berikut skuad penuh pemain Sabah FA 2016:

PENGURUS PASUKAN: Datuk Nizam Abu Bakar Titingan
KETUA JURULATIH: Vieran Simunic (Croatia)

PENJAGA GOL
1. Mohamad Fadzley Abdul Rahim (Perak)
22. Aldrian J. Augus (Tenom)
30. Rozaimie Rohim (Selangor)

PERTAHANAN
2. Alto Linus (Keningau)
3. Rawilson Batuil (Kota Marudu)
4. Dendy Lowa (Keningau)
5. Igor Celina (Import - Croatia)
12. Julamri Muhammad (Tawau)
13. Mohd. Badrul Affendy (Penampang)
14. Jenius Karib (Kota Marudu)
15. Mohd. Nazri Ahmad (Selangor)

TENGAH
6. Muhammad Mohd Safar (Likas)
8. Mohd. Azzizan Nordin (Bongawan)
10. Marco Tulio Lopes (Import - Brazil)
11. Dedi Kusnandar (Import - Indonesia)
17. Leopold Alfonso Otong (Inanam)
18. Shafuan Adli Shaari (Terengganu)
20. Ricco Nigel Milus (Kota Belud)
21. Mohd Radzi Hussin (Beaufort)
27. Felexsius Amil (Tenom)
28. Mohd Azwan Fattah (Semporna)
29. Mohd Azrie Basalie (Membakut)

PENYERANG
7. Rexjeson Pitirus (Keningau)
9. Shafie Talip (Pitas)
19. Ummareng Bacok (Sandakan)
23. Maxsius Musa (Keningau)
24. Prince Tochukwu Nnake (Import - Nigeria)

Sumber: SabahFA

23 Jun 2015

Keputusan penuh Sabah lwn NS Matrix 22/06/2015

Keputusan penuh Sabah vs Negeri Sembilan 2-2 | Liga Perdana Malaysia 2015

Liga Perdana perlawanan ke-12:
Stadium Likas, Kota Kinabalu
9.15 malam

Keputusan Penuh:

SABAH (2)
Eamon Zayed 23', El Hadji Diouf 78'

NEGERI SEMBILAN MATRIX (2)
Azizi Mat Rose 33', Bruno Sebastian Martelotto 63'

Sabah gagal memanfaatkan sepenuhnya kelebihan bermain di tempat sendiri apabila diikat pasukan pelawat, Negeri Sembilan 2-2 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Likas sebentar tadi.

Sabah yang mencatat kemenangan selesa 3-1 ke atas lawan yang sama di gelanggang lawan Jumaat lalu gagal untuk mengulangi pencapaian tersebut walaupun dilihat lebih banyak menguasai permainan.

Jurulatih Sabah, Mike Mulvey mengekalkan hampir kesemua barisan pemain yang menang minggu lalu dengan hanya Rawilson Batuil yang diketepikan akibat penggantungan. Azizan Nordin kembali ke kesebelasan utama bersama Julamri Muhd yang mengambil tempat Khairi Kiman.

20 minit pertama perlawanan agak perlahan dengan kedua-dua pasukan sekali sekala melakukan serangan ke gawang lawan masing-masing. Peluang terbaik pasukan NS Matrix hadir di minit ke 21 menerusi percuban separa voli G. Puaneswaran mengegar palang gol Sabah.

Eamon Zayed meletakkan Sabah dihadapan diminit ke 23 menerusi umpanan Joel Chianese sebelum bijak melepasi kawalan dua pemain dan menyepak masuk gol pendahuluan. Selang dua minit selepas itu, Zayed hampir-hampir menggandakan jaringan Sabah namun percubaan dari luar kotak penaltinya sekadar singgah di palang gol lawan.

NS Matrix menyamakan kedudukan di minit ke 33 menerusi pemain pertahanan, Azizi Mat Rose yang menanduk masuk hantaran lintang Forkey Doe. Sabah memperoleh dua peluang keemasan di penghujung babak pertama menerusi Alto Linus diminit ke 40 dan Joel Chianese di minit ke-45 namun digagalkan oleh penjaga gol NS Matrix, Helmi Elias. Tamat separuh masa pertama, Sabah terikat 1-1 dengan NS Matrix.

Perlawanan bersambung di babak kedua dengan kedua-dua pasukan berbalas serangan. NS Matrix berada di hadapan pada minit ke 63 menerusi gerakan solo menarik dari Sebastian Bruno Martelotto dari luar kotak penalti sebelum melakukan rembatan menewaskan Fazli Paat. 

Sabah melakukan dua pertukaran selepas itu dengan Zurandey Jumai masuk menggantikan Faizol Nazlin (min 65) dan Shafuan Adli menggantikan Azzizan Nordin (min 69).

Asakan demi asakan yang dilakukan oleh pasukan Sabah akhirnya membuahkan hasil diminit ke 78 apabila ketua pasukan, El Hadji Diouf menjaringkan gol penyamaan apabila menyudahkan umpanan cantik dari Eamon Zayed.

Sabah terus membuat asakan ke arah pintu gol lawan untuk mencari gol kemenangan namun buntu sehingga tiupan wisel penamat. Tamat perlawanan, Sabah diikat oleh NS Matrix 2-2.

Tamat perlawanan ke-12 Liga Perdana malam ini menyaksikan Sabah turun ke tangga ke-4 liga dipintas pasukan Pulau Pinang dan Kedah yang menang. T-Team unggul di persada liga dengan 29 mata, diikuti Pulau Pinang dan Kedah (25 mata) dan Sabah di tangga keempat dengan 23 mata.

Perlawanan Sabah seterusnya adalah pada 26 Jun (Jumaat) menentang Kuala Lumpur di Stadium Likas, Kota Kinabalu.

Lain-lain keputusan Liga Perdana 22/06/2015:
Kedah 3-1 UiTM
Pulau Pinang 4-1 SPA
T-Team 4-1 Kuala Lumpur
JDT II 2-2 DRB Hicom
PKNS 3-2 Kuantan

Kedudukan Carta (5 teratas):
1. 29 mata - T-Team
2. 25 mata - Pulau Pinang
3. 25 mata - Kedah
4. 23 mata - Sabah
5. 20 mata - PKNS

20 Jun 2015

Keputusan perlawanan Negeri Sembilan lwn Sabah 19 Jun 2015

Keputusan penuh NS Matrix vs Sabah 19/6/15 | Liga Perdana Malaysia 2015

Keputusan:
Std. Tunku Abd. Rahman, Paroi
10.00 malam.

NEGERI SEMBILAN (1)
Forkey Doe 85'

SABAH (3)
Alto Linus 3'
Joel Chianese 35'
Abdoulaye Faye 42'

Sabah menamatkan kempen pusingan pertama Liga Perdana musim 2015 dengan penuh bergaya apabila menang 3-1 ke atas pasukan Negeri Sembilan Matrix di gelanggang lawan lewat malam tadi.

Perlawanan yang dilangsungkan bermula jam 10 malam jelas tidak merencatkan corak permainan kedua-dua pasukan dengan Sabah dilihat lebih efektif dibahagian serangan dengan ledakan tiga gol di separuh masa pertama.

Sabah melakar gol awal di minit ke-3 menerusi pemain bek kanan, Alto Linus yang menanduk masuk sepakan percuma yang diambil oleh kapten pasukan, Hadji Diouf untuk Sabah mendahului 1-0.

25 Apr 2015

Sabah vs Kedah - Keputusan, Statistik dan Highlights perlawanan

Sabah vs Kedah 24 April 2015 - Keputusan, Statistik dan Highlights perlawanan

Keputusan Penuh:

SABAH (1)
Joel Chianese 1'

KEDAH (2)
Chidi Edeh 47', Mohd. Syafiq Ahmad 90+2'

Statistik perlawanan: Sabah - Kedah
% Penguasaan bola: 40 - 60
Percubaan: 7 - 14
Tepat/Tersasar: 3/4 - 4/10

Tendangan sudut: 6 - 2
Offside: 0 - 6
Kad Kuning: 2 - 2
Kad merah: 0 - 0
Penggantian pemain: 3 - 2
Jumlah penonton*: 25000

*anggaran admin; angka rasmi adalah 19000

Highlights perlawanan:
1'- Sepak mula oleh Kedah.
1'- GOLLL!!! Joel Chianese. Gol berpunca dari kesilapan pertahanan Kedah yang kurang kemas melakukan hantaran. Bola yang ditampan oleh Chianese menuju kepada Zayed yang mengumpan kepada Chianese yang melarikan bola ke kotak penalti sebelum mudah menewaskan Abd Hadi dalam situasi satu lawan satu. Sabah 1-0 Kedah.
2'- Percubaan lemah dari Sandro terus ke dakapan Fazli.
3'- Zuraindey membuat tandukan dari hantaran lintang Leopold namun sipi.
5- Kad kuning kepada Hardy Parsi.
7'- Chidi melakukan rembatan namun tersasar sedikit.
19'- Chidi melakukan percubaan dari luar kotak penalti namun tinggi melepasi palang.
20'- Kad kuning kepada Faye.
21'- Liridon mendapat hantaran dari Chidi namun tolakannya tersasar walaupun hanya berdepan dengan Fazli.
24'- Chidi melakukan percubaan tetapi tinggi melepasi palang
25'- Kuisan dari Sandro tersasar.
28'- Leopold bijak melepasi dua pertahanan namun rembatannya dihadang pertahanan Kedah.
30'- Chidi membuat percubaan tetapi tersasar.
33'- Sepakan percuma yang diambil oleh Sandro dari luar kotak penalti sedikit terkeluar di sudut gawang Sabah.
36'- Zayed berjaya melepasi perangkap offside untuk menyambut hantaran cantik Zuraindey namun tolakkanya berjaya ditampan keluar Abd hadi dalam situasi satu lawan satu.
37'- Faye melakukan tandukan dari sepakan sudut Leopold namun berjaya diselamatkan penjaga gol.
42'- Kad kuning kepada Bang Seung-Hwan.
43'- Tandukan Faye hasil dari sepakan sudut berjaya menewaskan Abd Hadi namun berjaya dikeluarkan oleh pertahanan di atas garis gol.
45+2'- Tamat separuh masa pertama. Sabah 1-0 Kedah.

45'- Sepak mula separuh masa kedua oleh Sabah.
46'- Sandro melakukan percubaan kurang sempurna dengan bola melambung tinggi.
47'- GOLLL!!! Chidi Edeh. Bermula dari gerakan menarik Syazwan Zainon sebelum bola diumpan kepada Chidi yang berjaya mengatasi kawalan Rawilson sebelum merembat kencang menewaskan Fazli. Sabah 1-1 Kedah.
48'- Rembatan Azzizan dari luar kotak penalti tersasar.
54'- Syazwan membuat larian cantik dari tepi melepasi kawalan dua pertahanan namun percubaannya diselamatkan Fazli.
57'- Sandro melakukan percubaan luar kotak penalti namun tersasar.
69'- Rajesh melakukan percubaan jauh yang tinggi melepasi palang.
70'- Kad kuning Rajesh.
71'- Penggantian pemain Sabah. Leopold dan Azzizan keluar digantikan Ezaidy dan Surendran. Penggantian Kedah. Farhan Roslan keluar, Syafiq Ahmad masuk.
73'- Alto bijak membawa bola ke kawasan Kedah sebelum melepaskan rembatan namun tersasar keluar.
86'- Penggantian pemain Sabah. Chianese keluar, Rozaimi masuk. Penggantian pemain Kedah. Syazwan Zainon keluar, Mohd Shazuan masuk.
90+2'- GOLLL!!! Mohd. Syafiq Ahmad. Syafiq yang mendapat umpanan bijak dari Chidi sebelum masuk ke dalam kotak penalti dan melepaskan rembatan cantik menuju ke penjuru gawang Sabah menewaskan Fazli. Sabah 1-2 Kedah.
90+3'- Tamat perlawanan. Keputusan penuh, Sabah 1-2 Kedah.

Kesebelasan Sabah:
Fazli Paat (GK), Rawilson Batuil, Hardy Parsi, Julamri Muhd, Alto Linus, Zuraindey Jumai, Azzizan Nordin (D. Surendran), Abdoulaye Faye (capt.), Leopold Alfonso (Ezaidy Khadar), Joel Chianese (Rozaimi Abd Rahman) dan Eamon Zayed

Kesebelasan Kedah:
Abd Hadi Ahmad (GK), Khairul Helmi Johari (capt), Bang Seung Hwan, Mohd Rizal Ghazali, P Rajesh, Mohd Syazwan Tajuddin, Mohd Farhan Roslan (Syafiq Ahmad), Mohd Syazwan Zainon (Mohd Shazuan Ashraff), Liridon Krasniqi, Sandro Da Silva dan Chidi Edeh

24 Apr 2015

Sabah vs Kedah 24 april 2015 - Preview perlawanan

Sabah vs Kedah 17/4/15 - Preview perlawanan

Liga Premier Malaysia 2015
24 April 2015
SABAH FA lwn KEDAH FA
Stadium Likas, Kota Kinabalu
8.15 malam

Preview menjelang perlawanan

SABAH FA
- Meleburkan rekod tanpa kalah Pulau Pinang dengan kemenangan 1-0 pada  perlawanan minggu lepas.
- Pemain perancang yang juga ketua pasukan Sabah, El Hadji Diouf tidak akan beraksi bersama seorang lagi pemain tengah, Shafuan Adli Shaari akibat penggantungan selepas mengumpul tiga kad kuning.
- Leopold Alfonso dan Azzizan Nordin dijangka akan mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Diouf dan Shafuan.
- Penjaring terbanyak Sabah, Eamon Zayed kini telah menjaringkan enam gol dengan kesemuanya dihasilkan dalam lima perlawanan terakhir.
- Pemain tempatan yang mencuri tumpuan dengan prestasi yang baik dalam pasukan ketika ini ialah Fazli Paat (GK) dan Zuraindey Jumai (tengah).
- Penyerang import, Joel Chianese gagal menjaringkan gol dalam dua perlawanan terakhir sambil melepaskan beberapa peluang keemasan untuk melakar jaringan.
- Abdoulaye Faye dijangka akan kekal di posisi defensive midfielder untuk perlawanan ini seperti mana posisi Faye dalam perlawanan menentang Pulau Pinang.

KEDAH FA
- Menang 2-1 menentang Negeri Sembilan minggu lalu yang juga merupakan kemenangan ketiga berturut-turut pasukan itu.
- Mendapatkan khidmat dua pemain import baru iaitu Sandro Mendoca dan Liridon Krasniqi menggantikan Keith M. Nah dan Lawrence Olum.
- Krasniqi adalah pemain kebangsaan pasukan Kosovo dan pernah bermain untuk Albania (U-21). Menjaringkan gol kemenangan cantik buat Kedah minggu lalu.
- Dilaporkan gandingan baru di tengah antara Sandro dan Krasniqi banyak mengubah corak permainan Kedah dalam perlawanan sebelum ini.
- Penjaring terbanyak setakat ini ialah Chidi Edeh (4 gol), Baddrol Bakhtiar (3 gol) dan Bang Seung-hwan (2 gol).
- Pemain tumpuan pasukan ini ialah Chidi Edeh, Baddrol Bakhtiar, Liridon Krasniqi dan Khairul Helmi Johari.
- Kedah memiliki rekod yang baik di tempat lawan dengan hanya tewas sekali dalam lima perlawanan.
- Senarai pemain import Kedah:
1. Sandro Da Silva Mendonca, Brazil, 31 tahun, 1.76 m, Attacking Midfielder
2. Liridon Krasniqi, Albania & Kosovo, 23 tahun, 1.88 m, Attacking Midfielder
3. Chidi Edeh, Nigeria, 27 tahun, 1.82m, Penyerang
4. Bang Seun Hwan, Korea Selatan, 31 tahun, 1.84m, Pertahanan & Penyerang

Statistik pasukan dalam Liga Premier
SABAH FA Statistik KEDAH FA
2 Kedudukan 3
8 Perlawanan 8
5 Menang 4
1 Seri 3
2 Kalah 1
17-10 Jaringan-Bolos 16-10
16 Mata 15
4-1 Kemenangan terbesar 5-1
4-3 Kekalahan terbesar 2-1
3 Tanpa Bolos 2
0 Tanpa Jaringan 1
4-1-0 Rekod tempat sendiri 2-1-0
1-0-2 Rekod tempat lawan 2-2-1

Rekod pertemuan Sabah lwn Kedah
Jumlah perlawanan: 20
Menang: 5-9
Seri: 6
Kalah: 9-5
Jaringan: 22-32

Rekod empat pertemuan terakhir:
LP 2014: Kedah 2-0 Sabah
LP 2014: Sabah 3-2 Kedah
LP 2013: Kedah 3-2 Sabah
LP 2013: Sabah 0-2 Kedah

Barisan kemungkinan Sabah & Kedah malam ini:
Sabah: Fazli Paat (GK), Hardy Charles Parsi, Rawilson Batuil, Julamri Muhd, Alto Linus, Abdoulaye Faye, Azzizan Nordin, Zuraindey Jumai, Leopold Alfonso Otong, Joel Chianese dan Eamon Zayed.

Kedah: Abdul Hadi Hamid (GK), Mohd Sabre Mat Abu, Khairul Helmi Johari, P Rajesh, Bang Seung Hwan, Baddrol Bakhtiar, Muhd. Syazwan Tajuddin, Mohd Syazwan Zainon,  Liridon Krasniqi, Sandro Da Silva dan Chidi Edeh

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...