Feb 5, 2013

Piala FA: Pertemuan Sabah vs Selangor 12 Feb ini

KOTA KINABALU: Pertemuan pusingan kedua Piala FA diantara Sabah menentang Selangor akan diadakan mengikut jadual asal iaitu pada 12 Feb yang jatuh pada hari ketiga perayaan Tahun Baru Cina.

Sebelum ini, perlawanan ini telah ditunda ke 2 Mac oleh FAM atas permintaan dari pasukan Selangor yang mendakwa mengalami masalah mendapatkan tiket penerbangan ke Kota Kinabalu sebelum perlawanan bermula.

Kelmarin, Setiausaha Agung SAFA, Alijus Sipil mengesahkan bahawa mereka telah dimaklumkan dengan perubahan tarikh perlawanan yang baru itu dari FAM. Perubahan itu dibuat kerana pasukan Selangor akan terlibat dalam perlawanan Piala AFC pada awal Mac depan.

Venue dan masa sepak mula perlawanan tidak berubah iaitu di Stadium Likas pada jam 3.45 petang. Untuk rekod, Sabah berjaya layak ke pusingan kedua Piala FA selepas menewaskan Felda United FC 2-1 dalam perlawanan yang berlangsung di Std Likas pada 25 Jan lalu, manakala Selangor mara selepas menundukkan ATM melalui penentuan sepakan penalti.

Pemenang perlawanan Sabah-Selangor akan bertemu pemenang perlawanan Kedah-Johor Darul Takzim di pusingan suku akhir nanti.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...