19 Feb 2013

Sabah tewas lagi

Liga Premier Malaysia: Sabah vs KL Pos Malaysia 1-2 18 Feb, 2013

Keputusan penuh:

SABAH (1)
Alto Linus 9'

VS

KL POS MALAYSIA (2)
Mohd. Saufi Ibrahim 5', 65'

Highlights Sabah vs KL Pos 1-2
Aksi hambar pasukan Sabah berterusan dengan satu lagi kekalahan dalam Liga Perdana - kali ini kepada Pos Malaysia 1-2 di Stadium Likas petang kelmarin.

Mohd Saufi Mohd Ibrahim menjadi wira buat pasukan pelawat dengan menjaringkan kedua-dua gol masing-masing pada setiap babak untuk memburukkan lagi kempen Sabahawks dalam liga.

Saufi meletakkan pasukannya di depan selepas hanya lima minit apabila dia melepasi cabaran pemain pertahanan Hardy Parsi dan Rosdin Wasli sebelum membuat rembatan rendah melepasi penjaga gol Syamsuri Mustaffa.

Sabah menyamakan kedudukan empat minit kemudian menerusi Alto Linus yang melakukan rembatan kencang betul-betul di luar kotak penalti yang menewaskan penjaga gol Pos Malaysia, Mohd Azlen Ahmad Jabri.

Cabaran Sabah berakhir apabila Saufi menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-65 apabila mudah menolak masuk hantaran lintang Mohd Hafizi Amiruddin yang melepasi sekurang-kurangnya empat pemain Sabah, termasuk penjaga gol.

Kekalahan terbaru ini menyaksikan Sabah tewas dalam empat perlawanan terakhir liga dan mereka kini telah tewas lima perlawanan daripada tujuh perlawanan liga musim ini.

"Saya kecewa," kata ketua jurulatih David McCreery.

"Komitmen pasukan adalah hanya 75 peratus pada tahap terbaik dan mereka memerlukan lebih daripada itu.

"Saya secara jujur tidak tahu apa masalah," katanya sambil menolak ia mempunyai kaitan dengan masalah pembayaran gaji yang mana menurutnya pembayaran gaji itu telah dilakukan mengikut ketetapan masa.

Perlawanan seterusnya menentang Polis dalam tugasan mereka seterusnya pada 22 Feb pastinya sukar buat Sabah jika dilihat pada aksi hambar mereka sehingga kini.

Sumber berita (diterjemah):
sports247.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...