8 Feb 2013

Piala Presiden: Sabah tewas kepada Perak 0-2

Piala Presiden: Sabah vs Perak 0-2 Khamis, 7 Feb 2013

Keputusan penuh:

SABAH (0)

vs

PERAK (2)
Muhd Rafiq Faaez Md Paut pen. 35'
G. Mugenthirran 71'

Kota Kinabalu: Skuad Sabah tewas buat kali pertama dalam saingan Piala Presiden kepada juara musim lalu, Perak 0-2 di Std Likas petang kelmarin. Bermain dengan sepuluh orang selepas Umareng Bacok dilayangkan kad merah selepas mengutip dua kad kuning pada minit ke 55, Sabah gagal mengekang pasukan Perak yang menjaringkan satu gol pada setiap babak. 

Gol pertama pasukan Perak diperolehi menerusi sepakan penalti oleh ketua pasukan, Muhd. Rafiq Faaez pada minit ke 35' menewaskan penjaga gol, Endre S Tipay. Sepakan penalti itu diberi selepas pertahanan Sabah, Shazree Ruhif Ismail menjatuhkan G. Mugenthirran dalam kotak penalti. 

Beberapa minit sebelum gol pasukan Perak itu, Sabah lebih dahulu berpeluang untuk membuka jaringan menerusi penyerang Rexjeson Pitrus yang mendapat ruang dalam situasi satu lawan satu dengan penjaga gol namun percubaanya diselamatkan penjaga gol.

Sabah hampir-hampir berjaya menyamakan kedudukan diminit akhir separuh masa pertama menerusi Zulmanshah Aling yang menerima hantaran Rexjeson, tetapi percubaannya tidak menepati sasaran untuk Perak mendahului 1-0 di babak pertama.

Ketinggalan 0-1 di separuh masa kedua, Sabah dihukum lagi dengan kad merah ke atas pemain sayap, Umareng Bacok yang memberi kelebihan buat pasukan pelawat. G. Mugenthirran yang tidak dikawal mengambil kesempatan atas kelalaian pertahanan pasukan Sabah apabila menanduk masuk bola dari jarak dekat pada minit ke 71 untuk menjadikan kedudukan 2-0.

Beberapa minit kemudian, Perak berpeluang menggandakan jaringan menerusi Khairul Asyraf dan Muhd Zahiruddin namun dua percubaan mereka sekadar menggegar palang. Tamat perlawanan, Sabah tumpas kepada Perak 0-2.

Ini adalah kekalahan pertama pasukan Sabah selepas dua perlawanan sebelum ini menyaksikan Sabah seri 1-1 dengan Melaka sebelum menang ke atas Kelantan 1-0. Perlawanan Sabah seterusnya adalah pada 14 Feb menentang Kedah di tempat lawan.

Sumber berita:
New Sabah Times
Sports247


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...