24 Apr 2015

Sabah vs Kedah 24 april 2015 - Preview perlawanan

Sabah vs Kedah 17/4/15 - Preview perlawanan

Liga Premier Malaysia 2015
24 April 2015
SABAH FA lwn KEDAH FA
Stadium Likas, Kota Kinabalu
8.15 malam

Preview menjelang perlawanan

SABAH FA
- Meleburkan rekod tanpa kalah Pulau Pinang dengan kemenangan 1-0 pada  perlawanan minggu lepas.
- Pemain perancang yang juga ketua pasukan Sabah, El Hadji Diouf tidak akan beraksi bersama seorang lagi pemain tengah, Shafuan Adli Shaari akibat penggantungan selepas mengumpul tiga kad kuning.
- Leopold Alfonso dan Azzizan Nordin dijangka akan mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Diouf dan Shafuan.
- Penjaring terbanyak Sabah, Eamon Zayed kini telah menjaringkan enam gol dengan kesemuanya dihasilkan dalam lima perlawanan terakhir.
- Pemain tempatan yang mencuri tumpuan dengan prestasi yang baik dalam pasukan ketika ini ialah Fazli Paat (GK) dan Zuraindey Jumai (tengah).
- Penyerang import, Joel Chianese gagal menjaringkan gol dalam dua perlawanan terakhir sambil melepaskan beberapa peluang keemasan untuk melakar jaringan.
- Abdoulaye Faye dijangka akan kekal di posisi defensive midfielder untuk perlawanan ini seperti mana posisi Faye dalam perlawanan menentang Pulau Pinang.

KEDAH FA
- Menang 2-1 menentang Negeri Sembilan minggu lalu yang juga merupakan kemenangan ketiga berturut-turut pasukan itu.
- Mendapatkan khidmat dua pemain import baru iaitu Sandro Mendoca dan Liridon Krasniqi menggantikan Keith M. Nah dan Lawrence Olum.
- Krasniqi adalah pemain kebangsaan pasukan Kosovo dan pernah bermain untuk Albania (U-21). Menjaringkan gol kemenangan cantik buat Kedah minggu lalu.
- Dilaporkan gandingan baru di tengah antara Sandro dan Krasniqi banyak mengubah corak permainan Kedah dalam perlawanan sebelum ini.
- Penjaring terbanyak setakat ini ialah Chidi Edeh (4 gol), Baddrol Bakhtiar (3 gol) dan Bang Seung-hwan (2 gol).
- Pemain tumpuan pasukan ini ialah Chidi Edeh, Baddrol Bakhtiar, Liridon Krasniqi dan Khairul Helmi Johari.
- Kedah memiliki rekod yang baik di tempat lawan dengan hanya tewas sekali dalam lima perlawanan.
- Senarai pemain import Kedah:
1. Sandro Da Silva Mendonca, Brazil, 31 tahun, 1.76 m, Attacking Midfielder
2. Liridon Krasniqi, Albania & Kosovo, 23 tahun, 1.88 m, Attacking Midfielder
3. Chidi Edeh, Nigeria, 27 tahun, 1.82m, Penyerang
4. Bang Seun Hwan, Korea Selatan, 31 tahun, 1.84m, Pertahanan & Penyerang

Statistik pasukan dalam Liga Premier
SABAH FA Statistik KEDAH FA
2 Kedudukan 3
8 Perlawanan 8
5 Menang 4
1 Seri 3
2 Kalah 1
17-10 Jaringan-Bolos 16-10
16 Mata 15
4-1 Kemenangan terbesar 5-1
4-3 Kekalahan terbesar 2-1
3 Tanpa Bolos 2
0 Tanpa Jaringan 1
4-1-0 Rekod tempat sendiri 2-1-0
1-0-2 Rekod tempat lawan 2-2-1

Rekod pertemuan Sabah lwn Kedah
Jumlah perlawanan: 20
Menang: 5-9
Seri: 6
Kalah: 9-5
Jaringan: 22-32

Rekod empat pertemuan terakhir:
LP 2014: Kedah 2-0 Sabah
LP 2014: Sabah 3-2 Kedah
LP 2013: Kedah 3-2 Sabah
LP 2013: Sabah 0-2 Kedah

Barisan kemungkinan Sabah & Kedah malam ini:
Sabah: Fazli Paat (GK), Hardy Charles Parsi, Rawilson Batuil, Julamri Muhd, Alto Linus, Abdoulaye Faye, Azzizan Nordin, Zuraindey Jumai, Leopold Alfonso Otong, Joel Chianese dan Eamon Zayed.

Kedah: Abdul Hadi Hamid (GK), Mohd Sabre Mat Abu, Khairul Helmi Johari, P Rajesh, Bang Seung Hwan, Baddrol Bakhtiar, Muhd. Syazwan Tajuddin, Mohd Syazwan Zainon,  Liridon Krasniqi, Sandro Da Silva dan Chidi Edeh

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...