Sabah akan melayan kunjungan PKNS FC dalam perlawanan ke 6 Liga Premier Jumaat ini di Stadium Likas pada jam 8.15 malam. Sabah yang tewas 3-4 ditangan pasukan T-Team minggu lalu pasti mahu bangkit semula untuk mengukuhkan kedudukan di atas liga selepas dipintas oleh Pulau Pinang. PKNS yang kini menghuni kedudukan ke-9 liga sudah pasti tidak mahu tercicir mata lagi selepas diikat oleh Negeri Sembilan 1-1 pada perlawanan lalu.
Pemain import baru Sabah, Joel Chianese pastinya akan menjadi tumpuan para penyokong pasukan Sabah dalam perlawanan ini selepas penampilan pertama minggu lalu yang cemerlang dengan ledakan dua gol. Eamon Zayed juga kini mengekalkan rentak jaringannya dengan menyumbang empat gol dalam tiga perlawanan terakhir dan diharapkan akan meledak lagi dalam perlawanan ini.
Berita baik juga buat penyokong penyokong Badak dengan perkhabaran bahawa pemain sensasi, Rozaimi Abd. Rahman kini kembali berlatih bersama-sama skuad sejak Isnin lalu selepas menjalani pemulihan intensif di FAM selama tiga minggu. Kemungkinan besar Rozaimi akan berada dalam senarai pemain pilihan jurulatih, Mike Mulvey dalam perlawanan ini nanti walaupun mungkin akan bermula di bangku simpanan.

Nadi kepada kekuatan pasukan PKNS FC musim 2015 ini dilihat terletak pada barisan pemain import mereka. Gabriel Guerra, merupakan penyerang utama skuad simpanan kelab Boca Juniors di Liga Argentina yang menyertai PKNS secara pinjaman selama setahun. Pemain ini dikatakan memiliki sentuhan pemusnah yang berbisa ketika bersama dengan skuad simpanan Boca Juniors dan bersama PKNS, Guerra setakat ini telah menjaringkan tiga gol. Seorang lagi penyerang import PKNS, Patrick Wleh yang membuat kemunculan semula ke dalam pasukan ini adalah seorang penyerang dengan rekod jaringan yang baik musim-musim sebelum ini. Namun, pemain ini tidak beraksi di awal musim kerana masalah kecergasan dan setakat ini belum menghasilkan sebarang gol.
Gonzalo Soto yang bermain di posisi pertahanan adalah ancaman terbesar buat pasukan lawan dengan kelebihan fizikal yang dimilikinya. Dengan tinggi 1.90m, Soto bukan sahaja memberi masalah buat penyerang skuad Sabah malah amat merbahaya ketika naik membantu rakannya dalam gerakan 'set-piece'. Soto setakat ini telah menghasilkan dua gol buat PKNS menerusi tandukan hasil dari sepakan sudut.
Jika dilihat pada prestasi PKNS dalam liga setakat ini, pasukan ini sukar dijangka kerana mereka tewas kepada pasukan bawahan liga, Kuala Lumpur namun menjadi pasukan yang menghadiahkan kekalahan tunggal buat pasukan T-Team dan Kedah dalam saingan liga setakat ini. Pertembungan Sabah vs PKNS FC dilihat sebagai satu perlawanan yang menarik dengan kedua-dua pasukan memiliki kekuatan dan peluang yang seimbang.
Statistik pasukan dalam Liga Premier 2015
Rekod pertemuan Sabah FA vs PKNS FC (10 perlawanan terakhir)Gabriel Guerra (kanan) - Foto bharian.com.my |
Gonzalo Soto yang bermain di posisi pertahanan adalah ancaman terbesar buat pasukan lawan dengan kelebihan fizikal yang dimilikinya. Dengan tinggi 1.90m, Soto bukan sahaja memberi masalah buat penyerang skuad Sabah malah amat merbahaya ketika naik membantu rakannya dalam gerakan 'set-piece'. Soto setakat ini telah menghasilkan dua gol buat PKNS menerusi tandukan hasil dari sepakan sudut.
Jika dilihat pada prestasi PKNS dalam liga setakat ini, pasukan ini sukar dijangka kerana mereka tewas kepada pasukan bawahan liga, Kuala Lumpur namun menjadi pasukan yang menghadiahkan kekalahan tunggal buat pasukan T-Team dan Kedah dalam saingan liga setakat ini. Pertembungan Sabah vs PKNS FC dilihat sebagai satu perlawanan yang menarik dengan kedua-dua pasukan memiliki kekuatan dan peluang yang seimbang.
Statistik pasukan dalam Liga Premier 2015
SABAH FA | STATISTIK | PKNS FC |
2 | Kedudukan | 9 |
6 | Perlawanan | 6 |
4 | Menang | 2 |
0 | Seri | 2 |
2 | Kalah | 2 |
15-9 | Jaringan-Bolos | 8-7 |
12 | Mata | 8 |
4-1 | Kemenangan terbesar | 2-0 |
3-4 | Kekalahan terbesar | 1-2 |
3-0-0 | Rekod tempat sendiri | 2-1-0 |
1-0-2 | Rekod tempat lawan | 0-1-2 |
16/06/12 | LS | Sabah | 0-4 | PKNS |
27/01/12 | LS | PKNS | 2-2 | Sabah |
07/05/10 | LP | Sabah | 2-0 | PKNS |
15/01/10 | LP | PKNS | 2-0 | Sabah |
10/07/09 | LP | Sabah | 1-1 | PKNS |
03/04/09 | LP | PKNS | 1-0 | Sabah |
17/03/08 | LP | PKNS | 1-2 | Sabah |
25/01/08 | LP | Sabah | 0-1 | PKNS |
31/07/07 | LP | PKNS | 3-2 | Sabah |
22/12/06 | LP | Sabah | 2-2 | PKNS |
Jumlah perlawanan: 15 (Sejak 2005)
Menang: Sabah 2 - 9 PKNS
Seri: 4
Kalah: Sabah 9 - 2 PKNS
Jaringan: Sabah 16 - 29 PKNS
Rekod tempat sendiri: Sabah - 1 menang, 3 seri, 4 kalah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan