17 Apr 2015

Sabah vs Pulau Pinang 17/4/15 - Preview perlawanan

Sabah vs Pulau PinangSabah vs Pulau Pinang 17/4/15 - Preview perlawanan

Liga Premier Malaysia 2015
SABAH FA lwn PULAU PINANG FA
Stadium Likas, Kota Kinabalu
8.15 malam

Preview menjelang perlawanan
Sabah
- Seri 1-1 menentang PKNS dalam perlawanan terakhir mereka.
- Pertahanan import, Abdoulaye Faye dijangka akan beraksi dalam perlawanan ini.
- Buat pertama kali selepas tujuh perlawanan, Sabah akan menurunkan kesemua empat pemain import.
- Jurulatih, Mike Mulvey dijangka akan mengekalkan hampir keseluruhan barisan pemain seperti pada perlawanan menentang PKNS.
- Eamon Zayed adalah penjaring terbanyak pasukan dengan lima gol setakat ini
- Sabah menang tiga kali dan seri sekali dalam perlawanan di Stadium Likas setakat ini.

Pulau Pinang
- Satu-satunya pasukan yang belum tewas dalam liga
- Tidak beraksi minggu lalu selepas perlawanan menentang Negeri Sembilan ditangguhkan akibat cuaca buruk.
- Pertahanan kental mereka, Darwira Sazan tidak akan beraksi akibat penggantungan.
- Pemain import Lee Gil Hoon, Beto Goncalves dan Reinaldo Lobo akan beraksi manakala Hilton Moriera belum pasti diturunkan kerana dkhabarkan mengalami sedikit kecederaan. Namun Hilton bersama-sama skuad Panthers ke Kota Kinabalu.
- Pemain berasal dari Sabah, Mafry Balang dan bekas pemain Sabah musim lalu, Redzuan Nawi adalah antara tonggak pasukan.
- Pemain lain yang menjadi tumpuan dalam pasukan ini ialah Faiz Subri, Failee Ghazali, Yong Kuan Yong, Zharif Hasna dan See Kok Luen.
- Empat kemenangan dalam liga setakat ini dicipta di tempat sendiri dengan kesemuanya adalah kemenangan tipis.

Rekod pertemuan Sabah lwn Pulau Pinang
Jumlah perlawanan: 10
Menang: Sabah 2 - 7 Pulau Pinang
Seri: 1
Kalah: Sabah 7 - 2 Pulau Pinang
Jaringan: Sabah 8 - 23 Pulau Pinang
Bolos: Sabah 23 - 8 Pulau Pinang
Pertemuan terakhir:
17/04/14 (Liga Premier) : Sabah 1-3 Pulau Pinang
24/01/14 (Liga Premier) : Pulau Pinang 3-1 Sabah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...