11 Apr 2015

Sabah vs PKNS FC - Keputusan dan highlights perlawanan

Sabah lwn PKNS FC | Keputusan dan highlights perlawanan | Liga Premier 2015

Keputusan Sabah vs PKNS
Keputusan penuh:
SABAH FA (1)
Eamon Zayed 15'

PKNS FC (1)
Pedro Henrique Cortes 76'

Statistik perlawanan Sabah vs PKNS :
Keputusan penuh: 1-1
Penguasaan bola: 60% - 40%
Percubaan ke arah gol: 9 - 7
Percubaan tepat: 1 - 5
Percubaan tersasar: 6 - 2
Percubaan dihadang pemain: 2 - 0
Percubaan diselamatkan GK: 4 - 0
Tendangan sudut: 9 - 3
Offside: 5 - 1
Kad kuning: 3 - 1
Kad merah: 0 - 0
*Statistik tidak rasmi.

Highlights perlawanan:
1' - Sepak mula oleh pasukan Sabah. Azzizan Nordin membuat percubaan dari luar kotak penalti namun tersasar walaupun Zayed sudah bersedia untuk menerima umpanan dalam kotak penalti.
4' - Farderin Kadir melepaskan rembatan dari luar kotak penalti namun tersasar.
6' - Munir Amran melakukan percubaan dalam kotak penalti namun terus ke dakapan penjaga gol, Fazli Paat.
9' - Bermula dari gerakan bersama Zayed, Diouf dan Joel yang melakukan hantaran silang ke hadapan gawang namun tandukan Shafuan terkena pemain pertahanan PKNS.
13' - Joel mendapat lorongan dari Diouf sebelum melepaskan percubaan kaki kiri namun sedikit melepasi palang.
15' - GOLLL!!! Eamon Zayed untuk gol ke-4 musim ini. Diouf bijak menghantar bola kepada Zayed yang tidak dikawal sebelum meluru masuk ke dalam kotak penalti dan melepaskan rembatan rendah menewaskan penjaga gol PKNS. Sabah 1-0 PKNS.
22' - Fazli Paat bertindak cemerlang dengan keluar dari gawang untuk menghalang percubaan pemain PKNS dalam situasi satu lawan satu.
39' - Diouf berjaya lolos dari dari sebelah kanan pintu gol PKNS sebelum menghantar bola betul-betul didepan gawang gol namun berjaya dikeluarkan pertahanan walaupun Zayed dan Joel sudah bersedia menyambut hantaran.
42' - Zayed membuat lorongan bijak melepaskan Julamri dari sebelah kiri pintu gol namun sepakannya ke arah pintu gol menyilang betul-betul didepan gawang dan gagal disambut oleh Diouf dan Joel.
45+1' - Tamat separuh masa pertama. Sabah 1-0 PKNS.

45' - Sepak mula separuh masa kedua oleh PKNS.
53' - Julamri melakukan hantaran lintang cantik tepat menuju kepada Zuraindey yang tidak dikawal di hadapan gol namun rembatannya tinggi melepasi palang.
56' - Joel mendapat lorongan dari Zuraindey dalam kotak penalti namun percubaannya sempat dihadang oleh pertahanan PKNS.
57' - Susulan dari sepakan sudut, Azzizan melakukan percubaan dari luar kotak penalti namun tersasar.
59' - Farderin Kadir melakukan percubaan dari luar kotak penalti namun ditepis keluar Fazli Paat untuk sepakan sudut.
60' - Susulan dari sepakan sudut, Farderin melakukan percubaan dari luar kotak penalti namun tinggi melepasi palang.
63' - Pedro Henrique melakukan percubaan leret cantik dari sepakan percuma namun berjaya ditepis keluar oleh Fazli untuk tendangan sudut.
67' - Farderin menghulur kaki menolak bola hantaran silang rakannya namun lemah dan terus ke arah penjaga gol Sabah.
72' - Zayed berjaya lolos dari sebelah kanan dan melakukan hantaran silang namun Joel hanya sedikit terlambat untuk melakukan tandukan di hadapan gawang PKNS.
76' - GOLLL!!! PKNS menyamakan kedudukan menerusi Pedro Henrique yang berjaya melepasi perangkap offside Sabah sebelum meluru masuk ke hadapan gawang dan melakukan percubaan yang dihalang oleh Fazli, namun bola melantun semula dan Pedro mudah menolak masuk ke gawang yang terbuka. Sabah 1-1 PKNS.
80' - Percubaan Diouf dari sepakan percuma luar kotak penalti sedikit terkeluar dari penjuru atas gawang PKNS.
90+3' - Tamat perlawanan. Sabah 1-1 PKNS.


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...