2 Apr 2015

T-Team FC 2015 - preview pasukan

T-Team - Preview pasukan | Liga Perdana Malaysia 2015 |Menjelang perlawanan T-Team lwn Sabah 3 April 2015

logo t-team fc
T-Team 2015

Kelab yang berpengkalan di Kuala Terengganu dan diberi jolokon "The Titans" adalah pasukan yang telah diturunkan dari Liga Super musim lalu selepas menghuni tangga kedua tercorot liga selepas lima musim di liga
utama. Musim ini, T-Team membariskan hampir 80% pemain anak jati Terengganu dalam skuad mereka dengan misi memburu sekurang-kurangnya satu piala dan naik ke Liga Super musim 2016.


Bermula agak perlahan di awal musim, T-Team  mula menunjukkan taring mereka dengan membenam dua pasukan pilihan dalam Liga Perdana, N. Sembilan (5-3) dan Johor Darul Takzim II (3-1). Mereka juga menewaskan pasukan dari Liga Super, ATM 3-0 dalam perlawanan Piala FA pusingan kedua sebelum terkeluar di pusingan ke-3 oleh Perak.

Pemain yang pastinya menjadi tumpuan dalam pasukan T-Team adalah dua pemain kebangsaan Uzbekistan, Farhod Tadjiyev dan Sadriddin Abdullaev disamping pemain berpengalaman seperti Marzuki Yusof, Faizal Muhammad dan Nor Hakim Hassan. Tadjiyev yang bermain di posisi penyerang setakat ini mengumpul enam gol termasuk tiga gol dalam Piala FA dilihat akan menjadi ancaman besar buat benteng pasukan Sabah.


Rekod pertemuan dua pasukan ini nampaknya tidak memihak buat Sabah selepas lapan pertemuan sebelum ini. Sabah tidak pernah menewaskan pasukan ini dengan T-Team memenangi tujuh perlawanan dan satu perlawanan berakhir seri.

Pengurus: Rozi Mamat
Jurulatih pasukan: Tomislav Steinbruckner (Croatia)
Ketua pasukan: Mohd Marzuki Yusof
Pemain import:
1. Farhod Tadjiyev, 29 tahun (Penyerang - Uzbekistan)
2. Sadriddin Abdullaev, 28 tahun (Tengah - Uzbekistan)
3. Faramola David Oniya, 29 tahun (Pertahanan - Nigeria)

Senarai Pemain T-Team 2015

Penjaga Gol
Wan Muhd Azraie Wan Teh
Mohd Shahril Sa'ari
Mohd Asyraf Azmi

Pertahanan
Faramola David Oniya
Mohd Syuhiran Zainal
Nik Zul Aziz Nawawi
Md Hasan Basri
Mohd Kamal Azizi
Muhd Hazwan Rahman
Mohd Marzuki Yusof
Mohd Faizal Muhammad
Nuraliff Zainal Abidin
Mohd Arif Fadzilah

Tengah

Sabriddin Abdullaev
Mohd Hasbullah Awang
Mohd Badrul Hisyam
Mohd Asrol Ibrahim
Mohd Rosdi Zakaria
Muhd. Azmi Hamzah
Azrul Hazran Amiludin Baki
Ahmad Takhiyuddin Roslan

Penyerang
Farhod Tadjiyev
Mohd Nor Hakim Hassan
Syamshahril Ghulam
Muhd Ramzul Zahini Adenan
Mohd Faizuddin Manjur Ahmad
Safawi Rasid

Pencapaian musim lalu (2014)
Liga Super: Ke-11 (Relegated)
Piala FA: Pusingan kedua
Piala Malaysia: Peringkat kumpulan

Kedudukan Liga Premier 2015

Ked. T-Team
P M S K J B PG Mt
6/12 Home 2 1 1 0 3 1 2 4
Away 3 1 1 1 5 5 0 4
Keseluruhan 5 2 2 1 8 6 2 8

Statistik pasukan:
Perlawanan tanpa bolos: 2
Perlawanan tanpa jaringan: 3
Kemenangan terbesar: 5-3
Kekalahan terbesar: 0-2

Senarai penjaring (termasuk Piala FA):
6 gol - Farhod Tadjiyev
3 gol - Nor Hakim Hassan
2 gol - Sadriddin Abdullaev
1 gol - Safawi Rasid

Keputusan perlawanan musim 2015

17/03/15 FA Perak 2-1 T-Team
13/03/15 LP Negeri Sembilan 3-5 T-Team
06/03/15 LP T-Team 3-1 JDT II
28/02/15 FA T-Team 3-0 ATM
20/02/15 LP Kedah 0-0 T-Team
13/02/15 LP T-Team 0-0 Pulau Pinang
06/02/15 LP PKNS 2-0 T-Team

Head-to-Head: Sabah vs T-Team

15/05/12 LS Sabah 1-2 T-Team
17/01/12 LS T-Team 0-0 Sabah
14/10/11 PM T-Team 2-1 Sabah
10/10/11 PM Sabah 1-2 T-Team
22/05/11 LS Sabah 1-3 T-Team
02/04/11 LS T-Team 3-0 Sabah
29/07/09 LP T-Team 2-0 Sabah
23/03/09 LPSabah1-2T-Team
LS - Liga Super | PM - Piala Malaysia | LP - Liga Perdana

by: sabahawkians.blogspot.com - Menjelang perlawanan T-Team vs Sabah 3/4/2015

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...