2 Mac 2013

Liga Perdana - Sabah vs Johor 1 Mac 2013

Liga Perdana: Keputusan penuh Sabah vs Johor 1/3/13 | Highlights perlawanan Sabah vs Johor 3-2

Keputusan penuh:

SABAH (3)
Koh Traore 2', 81'
Shahrul Azhar Ture 38'

VS

JOHOR (2)
Mohd Rashid Aya 21'
Mohd Izuan Jarudin 90+2'

Highlights perlawanan Sabah vs Johor
Koh Traore terajui kemenangan buat Sabah 
Koh Traore
Koh Traore menginspirasi kemenangan Sabah ke atas pasukan yang tidak bernasib baik Johor 3-2 dalam perlawanan Liga Perdana di Likas petang tadi.

Traore melakukan susulan dari hatrik menentang Polis minggu lalu dengan menjaringkan dua gol manakala satu gol lagi disumbangkan oleh Shahrul Azhar Ture. Johor yang menggegar palang empat kali termasuk satu gol yang dibatalkan, membalas jaringan menerusi Mohd Rashid Aya dan Mohd Izuan Jarudin.

Sabah menunjukkan prestasi yang lebih baik kali ini hanya memerlukan dua minit untuk membuka jaringan menerusi Traore yang menyudahkan hantaran lintang rendah Shahrudin Yakup. 

Mohd Izuan kemudiannya melakukan dua percubaan yang menggegar palang Sabah di minit ke 13 dan 19 sebelum Mohd Rashid menyamakan kedudukan di minit ke 21 menerusi tandukan yang terbias oleh Sumardi Hajalan sebelum masuk menewaskan Sharil Sa'ari.

Sabah sekali lagi terselamat apabila percubaan Jasazrin Jamaluddin terkena palang pada minit ke 32 sebelum gol Mohd Rashid dibatalkan pengadil dua minit kemudian kerana offside.

Penjaga gol Johor, Mohd Fazli Paat bertindak baik menyelamatkan rembatan padu dari jarak 30m oleh Leopold Alfonso pada minit ke 38 tetapi gagal menghalang percubaan jauh dari Shahrul Azhar Ture beberapa detik kemudian untuk meletakkan Sabah mendahului 2-1 di separuh masa pertama.

Kedua-dua pasukan memiliki peluang untuk melakukan jaringan di separuh masa kedua termasuk satu percubaan menerusi Mohd Shoufiq yang menggegar palang Sabah untuk kali keempat dalam perlawanan itu.

Traore memastikan kedudukan selesa buat tuan rumah apabila menewaskan Mohd Fazli dalam situasi satu lawan satu pada minit ke 81 sebelum Mohd Izuan melakukan jaringan lewat permainan untuk mengurangkan jurang gol.

Kemenangan ini adalah yang ketiga buat Sabah musim ini dan yang pertama dalam lima perlawanan terakhir. Sabah kini mengumpul 10 mata menerusi tiga kemenangan, seri sekali dan kalah lima kali.

Sabah selepas ini akan bertemu dengan pasukan jiran Borneo, Sarawak di Kuching pada 8 Mac.

Sumber berita (diterjemah dan diolah semula):
Sports247.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...