23 Mac 2013

Nizaruddin Yusof bakal bersama Sabah???


Bekas pemain kebangsaan, Nizaruddin Yusof, disebut-sebut bakal menyertai pasukan Sabah ketika pendaftaran pemain baru liga dibuka pada April ini.

Menurut laporan akhbar tempatan hari ini menyebut pemain ini menyertai sesi latihan bersama-sama dengan pasukan Sabah sejak minggu lalu.

Nizaruddin berusia 33 tahun tidak mempunyai kelab buat masa ini selepas dilepaskan oleh majikannya musim lalu, Selangor PKNS. Difahamkan bahawa  isteri beliau berasal dari Putatan yang mungkin menjadi satu sebab beliau memilih untuk mencuba nasib bersama dengan pasukan Sabah.
 
Jurulatih Sabah, David McCreery dikhabarkan mengakui bahawa Nizaruddin adalah seorang pemain yang bagus dari penilaian beliau sendiri dan mengatakan bahawa usia bukanlah ukuran utama memandang ramai pemain dalam Liga Super yang sudah berusia masih boleh bermain dengan baik.

Sebagai rekod, Nizaruddin memiliki 53 caps dan 10 jaringan bersama skuad kebangsaan dari tahun 1999 sehingga tahun 2008 (sumber dari wikipedia).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...