11 Jan 2013

Keputusan penuh perlawanan Liga Perdana 11 Januari 2013

Keputusan penuh perlawanan Liga Perdana 2013 | Keputusan semasa perlawanan Liga Premier Malaysia 2013

Keputusan semua perlawanan pada Jumaat, 11 Januari 2013:

KEPUTUSAN - Perlawanan #2 11/01/13
KL SIME DARBY FC
Fahrul Razi Kamaruddin 45+1'
Karlo Promorac 56'
Sumardi Hajalan g.s 67'
1 - 1 SABAH
Koh Traore 13'
KL SPA PUTRAJAYA FC
Fadzly Iskandar Adnan 1'
Sazali Suwandi 65'
Khairol Azry Abd. Rahman 69', 72'
4 - 2 PERLIS
Mohd Nasri Ahmad 8'
Dennis Antwi 39'
SARAWAK
Bobby Gonzales 4', 61'
Ivan Babic 45'
Joseph Kalang Tie 69'
Guy Bwele 73'
5 - 0 UiTM FC
NS BETARIA FC 0 - 2 JOHOR
Farid Ideris 66'
Muriel Orlando 83'
KUALA LUMPUR 0 - 4 PDRM
Khairul Amar Kassim 64'
Dzul Haikal Shamery 83'
Afif Amiruddin 90'
Khairul Izuan Abdullah 90+1'
KEDAH
Nelson San Martin 83' pen.
1 - 0 KL POS MALAYSIA FC

Carta Liga Perdana selepas perlawanan ke-2:

CARTA LIGA PREMIER 2013
Pos. Pasukan P M S K J B PG Mt
1 PDRM 2 2 0 0 9 0 9 6
2 Sarawak 2 2 0 0 7 1 6 6
3 Kedah 2 2 0 0 3 0 3 6
4 KL Sime Darby FC 2 1 1 0 3 1 2 4
5 Johor 2 1 1 0 2 0 2 4
6 KL S.P.A. Putrajaya FC 2 1 0 1 5 4 1 3
7 KL POS Malaysia FC 2 1 0 1 3 3 0 3
8 Sabah 2 1 0 1 3 4 -1 3
9 Perlis 2 0 0 2 3 6 -3 0
10 Kuala Lumpur 2 0 0 2 2 7 -5 0
11 UiTM FC 2 0 0 2 0 7 -7 0
12 NS Betaria FC 2 0 0 2 0 7 -7 0

Keputusan penuh perlawanan Sime Darby FC vs Sabah 11 Jan 2013

Keputusan penuh perlawanan Sime Darby FC vs Sabah 11 Januari 2013 | Liga Perdana 2013

Keputusan penuh:

SIME DARBY FC (3)
Fahrul Razi Kamaruddin 45+1', Karlo Promorac 56', Sumardi Hajalan gs. 67'

vs

SABAH (1)
Koh Traore 13'


Sabah tewas dalam perlawanan kedua Liga Perdana kepada Sime Darby FC 1-3 di Std. Majlis Perbandaran Selayang petang kelmarin. Permainan seimbang ditunjukkan oleh kedua-dua pasukan namun Sime Darby lebih banyak mengancam ke gawang gol pasukan Sabah sepanjang tempoh 90 minit permainan.

Sabah lebih dahulu membuka jaringan pada minit ke-13 menerusi tandukan penyerang import, Koh Traore selepas mendapat hantaran silang dari Farid Saibun. Baagaimanapun, Sime Darby berjaya mengikat kedudukan pada minit-minit akhir separuh masa kedua menerusi tandukan Fahrul Razi Kamaruddin hasil hantaran silang Azmirul Azmi.

Bersambung babak kedua perlawanan, Sime Darby menambah dua jaringan menerusi Karlo Promorac pada minit ke 56 sebelum pemain pertahanan Sabah, Sumardi Hajalan tertampan bola ke gawang sendiri pada minit 67 untuk sime Darby mendahului 3-1.

Sabah memiliki sekurang-kurangnya dua peluang terbuka untuk merapatkan kedudukan menerusi Traore dan Juffry Omopor masing-masing di minit ke 72 dan 77 namun gagal menghasilkan gol. Kedudukan kekal sehingga wisel penamat.

Kesebelasan pemain:
SIME DARBY FC - Mohd. Suffian (GK), Azmirul Azmi, Mohd. Arif Ismail, Md. Hasmarul Fadzir, Fahrul Razi, Syukur Saidin, Karlo Promorac, Goran Perak, Yosri Dermaraju, Juzaili Samion, Fadzli Saari

SABAH - Shahril Sha'ari (GK), Sumardi Hajalan, Shahril Faizal, Rosdin Wasli (C), Shahrul Azhar Ture, Farid Saibun, Ibnu Kassim, Didie Arizal Ibrahim, Alto Linus, Koh Traore, Wan Alif Wan Jasmi

Menjelang perlawanan: Sime Darby FC vs Sabah 11 Januari 2013

Menjelang perlawanan : KL Sime Darby FC vs Sabah, 11/01/13
Std. Majlis Perbandaran Selayang, 4.45 petang

KL SPA sudah...selepas ini, satu lagi pasukan berstatus kelab yang juga berpangkalan di Lembah Kelang , KL Sime Darby akan menjadi lawan seterusnya buat Sabah. Harus diingat, pasukan ini adalah antara salah satu pasukan pilihan 'pundit' bolasepak tempatan untuk merebut kejuaraan Liga Perdana musim 2013. Juga diingat, musim lalu kita sudah melihat 'taring' lawan ini yang menyaksikan kita menjadi sebahagian dari skrip dalam laluan mereka melakar sejarah menjadi kelab pertama ke perlawanan akhir Piala FA musim 2012.

Sime Darby...
Dengan reputasi hebat selepas kejayaan pasukan ini musim lalu, ramai yang tidak sedar yang pasukan ini adalah antara pasukan 'termuda' dalam kancah Liga-M. Pasukan yang ditunjangi oleh syarikat konglomerat besar, Sime Darby group ini hanya berusia 4 musim di Liga M termasuk musim ini. Walaupun 'usia' pasukan ini boleh diibaratkan baru 'setahun jagung' namun rekod pencapaian kelab ini amat luarbiasa dan sudah boleh dilihat sebaris dengan pasukan-pasukan lebih 'senior' di Liga M. Mula ditubuhkan pada tahun 2010, pasukan ini tidak menunggu lama untuk membuat impak dengan menjuarai Liga FAM dalam penampilan pertama. Lebih menarik, mereka melakukannya dengan rekod tanpa kalah sepanjang kempen liga. Debut pertama dalam Liga Perdana musim 2011 juga tidak mengecewakan apabila kelab ini mampu berada di tangga ke-5 dari 12 pasukan dan lebih manis lagi mereka berjaya ke saingan Piala Malaysia selepas menumpaskan pasukan Liga Super yang di'relegated, Pahang dengan keputusan aggregat 6-0. Musim cemerlang mereka berterusan pada musim 2012 apabila muncul di tempat ketiga Liga Perdana di belakang dua pasukan yang kini bersaing di Liga Super, ATM dan Pahang. Dan musim itu juga, mereka mencipta sejarah sebagai kelab pertama dalam sejarah bolasepak tanahair ke perlawanan akhir Piala FA sebelum tewas kepada juara, Kelantan dengan keputusan 1-0. Satu pencapaian yang menakjubkan, bukan???

Pra-musim...
Rekod pra-musim 2013 Sime Darby dilihat 'impressive', jauh lebih baik berbanding pasukan Sabah. Jumlah perlawanan pra-musim mereka dilihat lebih daripada cukup untuk para pemain menyesuaikan diri dengan taktikal pasukan dan juga keserasian para pemain. Mungkin ini adalah satu kelebihan yang ada pada pasukan ini berbanding pasukan kita, Sabah. Kita lihat rekod pra-musim 2013 Sime Darby:

- 30/12/2012: Kelantan 1-4 Sime Darby FC (Std Bandaraya, PP)
- 29/12/2012: PBAPP FC 1-2 Sime Darby FC (Std Bandaraya, PP)
- 27/12/2012: Sime Darby FC 3-2 Kuala Lumpur (Std UPM, Serdang)
- 23/12/2012: Harimau Muda A 2-1 Sime Darby FC (Wisma FAM, Kelana Jaya)
- 19/12/2012: Dong Tam Long An (Vie) 4-2 Sime Darby FC (HCMC)
- 17/12/2012: Saigon Xuan Thanh (Vie) 2-0 Sime Darby FC (HCMC)
- 11/12/2012: PDRM 1-4 Sime Darby FC (Padang Pulapol, KL)
- 01/12/2012: Sime Darby FC 2-1 ATM (Std UPM, Serdang)
- 28/11/2012: PKNS FC 0-0 Sime Darby FC (Kompleks Sukan PKNS, Kelana Jaya)
- 23/11/2012: Sime Darby 4-0 Tentera Darat (Std UPM, Serdang)

Skuad...
Seperti pasukan Sabah, Sime Darby juga dilihat melakukan rombakan besar-besaran ke atas skuad mereka dengan lebih 70% daripada pemain dalam pasukan mereka musim ini adalah pemain baru termasuk dua pemain import dari Croatia, Goran Perak dan Karlo Primorac. Antara pemain baru tempatan yang menjadi sandaran pasukan ini ialah bekas penyerang T-Team, Fadzli Saari, Syafiq Jamal (Perak), Fahrul Razi Kamaruddin (Perak), Yosri Dermaraju (Sarawak), Zamri Chin (Johor FC) serta bekas pemain skuad Harimau Muda, Bashahrul Abu Bakar.
Lihat senarai penuh pemain Sime Darby 2013

Pre-match...
Kedua-dua pasukan memulakan kempen liga dengan nasib yang berbeza dengan Sabah melakar kemenangan sukar 2-1 ke atas pendatang baru, KL SPA manakala Sime Darby berjaya mengikat satu lagi pasukan pilihan dalam Liga Perdana, Johor 0-0 di tempat lawan. Masih awal untuk mengukur kemampuan kedua-dua pasukan ini kerana saingan liga baru bermula. Namun diatas kertas, kelebihan nyata milik pasukan Sime Darby jika dilihat pada rekod pra-musim selain atas status sebagai tuan rumah.

Secara jujurnya tidak banyak perkara positif yang kita boleh ulas mengenai mutu permainan Sabah jika dilihat pada aksi mereka ketika perlawanan pembukaan liga menentang KL SPA Isnin lalu. Beberapa kelemahan dapat dilihat dalam pasukan pada perlawanan itu yang mana paling jelas dilihat adalah kurangnya persefahaman antara pemain. Gandingan Traore-Khairul di bahagian serangan tampak belum cukup serasi. Begitu juga yang berlaku di bahagian tengah antara Ibnu dan Sabri serta gandingan David-Rosdin di pertahanan yang kita lihat belum mantap. Mungkin ini disebabkan kegagalan pasukan kita mengambil peluang ketika tempoh pra-musim yang panjang untuk mengadakan perlawanan-perlawanan persahabatan kompetitif yang mencukupi bagi memantapkan persefahaman para pemain. Kita juga melihat tahap kecergasan beberapa pemain dalam pasukan agak 'meragukan'. Malah kita juga menyaksikan beberapa kali pemain kita melakukan kesilapan mudah yang sepatutnya tidak dilakukan oleh seorang pemain berstatus profesional. Hanya kecemerlangan hero dua gol, Shahrul Azhar Ture dan kecekapan penjaga gol, Sharil Sha'ari menjadi penyelamat kepada prestasi 'muram' Sabah dalam perlawanan lalu.

Masih banyak perkara yang perlu diperbetulkan oleh pasukan Sabah jika tidak mahu pulang dengan tangan kosong dari Std. Majlis Perbandaran Selayang petang Jumaat ini. Penulis percaya ramai peminat ragu-ragu dengan kemampuan Sabah untuk melakar kemenangan ke atas Sime Darby andai prestasi perlawanan sebelum ini diambilkira. Namun, kita percaya bahawa jurulatih David McCreery dan penolong, Johnny Dominicus sudah ada perancangan untuk perlawanan ini dan kita optimis pasukan Sabah akan pulang membawa sekurang-kurangnya satu mata buat kita disini. Go Sabah!!!!

Senarai pemain Sabah untuk perlawanan petang ini:
Sharil Sha'ari, Syamsuri Mustafa, Rosdin Wasli, Sumardi Hajalan, Shahril Faizal, Hardy Charles Parsi, Shahrul Azhar Ture, Didie Arizal Ibrahim,Shahrudin Yakup, Alto Linus, Farid Saibun, Sabri Sahar, Ibnu Kassim, Zainizam Marjan, Khairul Izwan Khalid, Koh Traore, Juffrey Omopor dan Wan Aliff Wan Jasmi.

Admin: Mungkinkah Shahrul Azhar menggegar lagi esok??? Kita nantikan...

7 Jan 2013

Keputusan penuh perlawanan Liga Perdana Isnin 7 Januari 2013

Keputusan penuh perlawanan Liga Perdana Isnin 7 Januari 2013 | Carta Liga Perdana terkini

Berikut adalah keputusan semua perlawanan Liga Perdana untuk matchday 1:


SABAH
Shahrul Azhar Ture 5', pen. 72'
2-1 KL SPA PUTRAJAYA FC
Rhys David Weston g.s 28'
KL POS MALAYSIA FC
Nur Hakim Adzhar '40,
 Mohd Saufi Ibrahim '42, '65
3-2 KUALA LUMPUR
Syafwan Syahlan 14'
Munir Amran 17'
PDRM
Muhamadu Sumare 14'
Khairul Izuan Abdullah 19'
 Khairul Amar Kasim 46'
 Kaye Edrisar 52'
Wan Zaman Wan Mustafa 57'
5-0 NS BETARIA FC
JOHOR 0-0 KL SIME DARBY FC
PERLIS
 Denis Antwi 16'
1-2 SARAWAK
Ivan Babic 20', 
Bobby Gonzales 24'
UiTM FC 0-2 KEDAH
Khyril Muhymeen 30', 32'

Carta Liga Perdana 2013 terkini:

Keputusan perlawanan Sabah vs KL SPA Putrajaya 7 Jan 2013

Keputusan penuh perlawanan Sabah vs KL SPA 7 Jan 2013 | Analisis dan highlights perlawanan

SABAH 2 - 1 KL SPA PUTRAJAYA
Shahrul Azhar Ture 5', 72' pen. Penjaring Rhys David Weston g.s 28'
48 % penguasaan bola 52
 5 (2/3) Percubaan (tepat/sasar) 8(3/5)
3 Sepakan sudut 9
2 Offside 4
3/0 Kad kuning/merah 2/0

Kesebelasan pemain:
SABAH - Sharil Sha'ari, Rosdin Wasli, Rhys David Weston, Sumardi Hajalan, Shahrul Azhar Ture, Sabri Sahar, Muhd. Ibnu Kasim, Mohd. Farid Saibun, Shahrudin Yakup, Koh Traore, Khairul Izwan Khalid

KL SPA - Mohd Nuraizat Abdul Aziz, Sazali Suwandi, Mohamed Aslam Haja Najumuden, A. Puvana Rajah, Khairol Azry Abdul Rahman, Muhammad Asyidi Dil Sashar Yusof, Fadzly Iskandar Adnan, Mohd Rosdi Zakaria, Mohd Hanifuddin Abdul Rahman, Raja Mohd Hafillah Raja Mamat,  Muzammer Mohmad Zaki.

Highlights perlawanan Sabah vs KL SPA:
1' - Sepak mula oleh pasukan Sabah.
5' - Golll!!! Shahrul Azhar Ture menjaringkan gol pertama menerusi sepakan percuma dari luar kotak penalti yang terus menerjah masuk ke gawang lawan. Sabah 1-0 KL SPA.
9' - KL SPA hampir-hampir menyamakan kedudukan menerusi sepakan percuma jarak 30 meter ketua pasukan, Sazali Suwandi yang mengegar palang. Percubaan susulan dari penyerang pasukan itu berjaya ditepis keluar oleh Sharil.
16' - Pemain KL SPA melakukan percubaan dari sebelah kanan gawang Sabah berjaya ditampan sekali lagi oleh Sharil.
18' Kad kuning kepada Farid Saibun atas kekasaran terhadap pemain lawan.
23' Penyerang KL SPA berjaya lepas dari kawalan David Weston merembat bola kencang namun sedikit keluar di sebelah kiri gawang Sabah.
27' Gollll!!!! KL SPA berjaya menyamakan kedudukan hasil kesilapan David Weston yang tertolak bola ke dalam gawang selepas diasak oleh penyerang lawan. Sabah 1-1 KL SPA.
33' Sabah mendapat sepakan penalti apabila bola sepakan percuma Shahrul dari luar kotak penalti terkena tangan seorang pemain KL SPA. Sayangnya, sepakan penalti yang diambil oleh Shahrudin lemah dan berjaya dibaca oleh Nuraizat.
37' Shahrudin dilayangkan kad kuning atas terjahan keras ke atas pemain lawan.
40' Giliran Traore pula mendapat kad kuning atas tackle lambat ke atas pemain lawan.
45+2' - Tamat separuh masa pertama. Sabah 1-1 KL SPA.

45' - KL SPA melakukan sepak mula. Sabah membuat pertukaran pemain dengan memasukkan Zainizam Marjan dan mengeluarkan Sabri Sahar.
50' - Traore menerima hantaran jauh dari Ibnu dalam kotak penalti sebelum melakukan percubaan yang berjaya ditepis oleh Nuraizat.
51' - Peluang terhidang didepan pintu gol selepas bola terlepas dari tangkapan penjaga gol KL SPA. Namun pemain-pemain Sabah gagal mengambil kesempatan dari kekalutan tersebut sebelum bola dikeluarkan pertahanan lawan.
54' - Shahril Faizal masuk menggantikan David Weston yang mengalami kecederaan.
55' - Farid Saibun melakukan percubaan dari jauh tetapi tinggi di atas palang.
56' - Traore mendapat peluang dalam kotak penalti namun pemain pertahanan lawan pantas menghalang bola percubaan Traore.
62' - Satu percubaan dari luar kotak penalti oleh pemain KL SPA tinggi diatas palang.
65' - Khairul Izwan dikeluarkan dan digantikan oleh Wan Alif Wan Jasmi.
71' - Sabah mendapat satu lagi sepakan penalti selepas pemain gantian Wan Alif Jasmi ditolak didalam kotak penalti ketika cuba menyambut bola sepakan percuma Shahrul Azhar.
72' - Shahrul Azhar mengambil sepakan penalti itu dan melakukan rembatan yang mudah menewaskan Nuraizat untuk Sabah mendahului 2-1.
74' - Satu percubaan oleh pemain KL SPA dari luar kotak penalti tersasar di sebelah kanan tiang gol Sabah.
78' - Penyerang KL SPA mendapat umpanan cantik di dalam kotak penalti namun sepakan voley pemain itu ditepis keluar oleh Sharil.
80' - KL SPA dihadiahkan sepakan percuma dalam kotak penalti selepas salah seorang pemain Sabah mengangkat kaki terlalu tinggi. Sepakan percuma yang diambil oleh ketua pasukan KL SPA, Sazali bagaimanapun tertampan benteng Sabah.
85' - Sharil keluar untuk menghalang satu percubaan bahaya dari penyerang lawan sebelum Rosdin mengeluarkan bola dari kawasan bahaya.
86' - Shahrudin melakukan percubaan dari luar kotak penalti yang tinggi melepasi palang.
88' - Farid Saibun berjaya melepasi kawalan pertahanan lawan di sebelah kiri namun percubaanya sedikit tersasar.
90' - Sepakan percuma yang diambil sekali oleh Sazali sedikit melepasi penjuru gawang Sabah.
90+3' - Traore melihat penjaga gol KL SPA yang sudah terkeluar dari posisi cuba melakukan percubaan dari jauh tetapi sedikit terkeluar.
90+5' - Tamat perlawanan. Sabah menewaskan KL SPA Putrajaya 2-1.

6 Jan 2013

Menjelang perlawanan: Sabah vs KL SPA Putrajaya

Kempen Liga Perdana musim 2013 akan bermula 'rasmi' dengan menyaksikan 12 pasukan akan beraksi dalam enam perlawanan pembukaan pada Isnin depan (7 Januari). Dan disini akan bermula pemburuan kejuaraan Liga Perdana dan juga tempat kelayakan automatik ke liga elit Liga-M iaitu Liga Super 2014.

Tumpuan kita peminat dan penyokong di Sabah adalah aksi sulung pasukan kita yang kini telah menjalani 'renovation' besar-besaran selepas kegagalan musim lalu...upss kejap...SAFA bila mau renovate??? 

KL SPA Putrajaya, pasukan "first timer" dalam Liga Perdana musim ini akan menjadi pasukan pertama menguji skuad 'baru' Sabah. Juara Liga FAM 2012 bertemu dengan pasukan kedua tercorot Liga Super 2012. Menarik untuk disaksikan, bukan? Dan mungkin lebih meriah kiranya perlawanan berlangsung di waktu malam. Setuju??

Musim 2012...

Kita mulakan dengan analisis ringkas perbandingan prestasi antara kedua-dua pasukan sepanjang Liga-M musim 2012.
KL SPA Putrajaya
- Juara Liga FAM 2012 (P-16, Win-12, Draw-2, Lost -2)
- Suku akhir Piala FA (kalah kepada Kelantan agg 0-5)
- Tidak layak beraksi Piala Malaysia atas status pasukan Liga FAM

Sabah
- Tempat ke 13 dari 14 pasukan dalam Liga Super (P-26, Win-7, Draw-7, Lost-12)
- Tersingkir ke Liga Perdana selepas tewas dalam perlawanan playoff
- Pusingan pertama Piala FA (kalah kepada Sime Darby 0-2)
- Tidak layak ke Piala Malaysia
KL SPA Putrajaya...
Kita ulas sedikit mengenai sejarah penubuhan pasukan ini. Pasukan yang berpangkalan di ibukota ini ditubuhkan pada tahun 2005 dan bermula di liga tempatan anjuran KLFA. Pertama kali terjun ke Liga Malaysia dengan menyertai Liga FAM pada musim 2010. Dalam penampilan pertama, mereka dan berjaya menduduki tempat ketiga dan terlepas slot dua pasukan teratas yang layak secara automatik ke Liga Perdana. Musim kedua di Liga FAM sedikit mengecewakan apabila pasukan ini hanya mampu berada di tangga ke-lapan dari sebelas pasukan. Musim 2012 merupakan musim gemilang buat pasukan ini dengan menjuarai Liga FAM dengan penuh bergaya selain kejayaan mara ke suku akhir Piala FA dengan mengenepikan cabaran dua pasukan di peringkat awal MBJB FC (3-0) dan pasukan jemputan dari Kemboja, Preah Khan Reach (1-0) sebelum tewas kepada juara Piala FA,Kelantan (agg 0-5). Kejayaan menjuarai Liga FAM 2012 membolehkan pasukan ini julung kalinya beraksi dalam Liga Perdana untuk musim 2013.

"The squad"...
Tidak boleh disangkal lagi, kelebihan pastinya memihak buat pasukan kita yang memiliki kekuatan tenaga pemain import yang mana tidak 'mampu' dimiliki oleh pasukan lawan. Kita ada bekas pemain antarabangsa Wales, Rhys David Weston dan juga bekas pemain di liga utama Algeria, Koh Traore, manakala pasukan lawan mempertaruhkan sepenuh kekuatan pasukan di tangan pemain tempatan. Itu sememangnya kelebihan yang nyata tidak boleh dipertikaikan lagi. Penulis rasa semua kita bersetuju andaian kehadiran pemain import memberi impak besar dalam pasukan. Tidak banyak maklumat yang penulis dapat mengenai pemain-pemain dalam skuad KL SPA musim ini dan yang ada hanyalah senarai pemain pasukan ini. Dikhabarkan hampir 50% dari pemain skuad musim lalu dikekalkan dan beberapa pemain berpengalaman dari skuad lain juga turut diikat untuk menyertai pasukan ini. Antara pemain berpengalaman yang menyertai pasukan ini ialah bekas pemain Harimau Muda B, Gan Jay Han; bekas kapten Kuala Lumpur Mohamed Aslam Haja Najumudden dan bekas pemain tengah Pulau Pinang, Mohd Arsyah Mohd Ayob.

Who's underdog?
Pertemuan Sabah-KL SPA ini adalah yang pertama buat kedua-dua pasukan dalam sejarah bolasepak tanahair dan seperti yang penulis katakan awal-awal tadi, perlawanan ini sememangnya menarik untuk kita saksikan. Tidak ada rekod perlawanan antara kedua-dua pasukan yang boleh kita jadikan sebagai ukuran untuk menentukan peluang kedua-dua pasukan ini. Namun, aksi pra-musim mungkin sedikit memberi gambaran awal kepada kita akan kemampuan kedua-dua pasukan ini.
Sabah (menang 2, kalah 2)
- Jan 3 2013: Sabah 3-0 Piala Presiden Sabah (Padang UMS)
- Dis 26 2012: Selangor 3-0 Sabah (Std Shah Alam)
- Dis 28 2012: PDRM 3-2 Sabah (Pdg Pulapol, KL)
- Dis 19 2012: Sabah 3-0 Piala Presiden Sabah (Padang UMS)

KL SPA Putrajaya (menang 3, kalah 2, seri 1)

- Dis 16 2012: Negeri Sembilan 0-1 KL SPA FC (STAR)
- Dis 13 2012: KL SPA FC 1-0 T-Team FC (Std Petronas PERMATA, Bangi)
- Dis 08 2012: KLSPA FC 0-0 Felda United FC (Std Mini Uniten, Bangi)
- Dis 04 2012: Pahang 3-0 KL SPA FC (Std Darul Makmur)
- Nov 28 2012: Selangor 1-2 KL SPA FC (Pdg SUK)
* satu lagi perlawanan tiada info
Memang 'menggerunkan' jika kita lihat pada keputusan perlawanan pra-musim pasukan lawan. Pasukan dari Liga Super seperti Selangor, N. Sembilan dan T-Team adalah antara pasukan yang telah 'dimalukan' oleh kelab ini.

Come on Sabah...
Walaupun pra-musim kita tidak 'cantik' seperti yang ada pada pasukan lawan, namun itu bukanlah ukuran sebenar tahap kemampuan pasukan kita. Perlawanan pembukaan ini pastinya dinanti-nanti oleh semua peminat dan penyokong bolasepak kita yang mahu melihat 'apa yang hebat' pada skuad yang berwajah baru ini dan lebih-lebih lagi melihat aksi dua awang import kita, David dan Traore. Keputusan perlawanan pertama amat signifikan kerana itulah yang akan menjadi 'first impression' buat para peminat dan penyokong terhadap kemampuan pasukan Sabah dalam misi kembali ke Liga Super musim 2014. Satu-satunya pilihan yang ada pada pasukan Sabah dalam perlawanan ini adalah "MENANG" kerana itulah harapan besar kita semua.

Just win it Sabah!!!

4 Jan 2013

Senarai pemain import Liga Perdana 2013

Senarai pemain import Liga Malaysia - Liga Perdana musim 2013

Berikut adalah senarai pemain import pasukan yang bertanding dalam Liga Perdana musim 2013

SABAH
1. Rhys David Weston, 32 tahun
Pertahanan (Wales)
2. Koh Traore, 23 tahun
Penyerang (Burkina Faso)

KEDAH
1. Nelson Marcelo San Martin Arria Gada, 32 tahun
Tengah (Chile)
2.  Chayene Mederiros Oliveiro Santos, 22 tahun
Penyerang (Brazil)

JOHOR
1. Muriel Orlando, 23 tahun
Penyerang (Argentina)
2. Andrezinho, 26 tahun
Tengah (Brazil)

SARAWAK
1. Guy Bwele, 28 tahun
Tengah (Cameroon)
2. Ivan Babic, 28
Penyerang (Croatia)

KL SIME DARBY
1. Goran Perak, 26 tahun
Tengah (Croatia)
2. Karlo Primorac, 28 tahun
Penyerang (Croatia)

PDRM
1. Edrisar Kaye, 22 tahun
Tengah (Uganda)
2. Mohamadou Sumareh, 21 tahun
Penyerang (Zambia)

PERLIS
1. Emmanuel Ayaah Okine, 21 tahun
Pertahanan (Ghana)
2. Zakaria Charara, 26 tahun
Tengah (Lebanon)

NS BETARIA FC
1. Tomas Chovanec, 25 tahun
Penyerang (Slovakia)
2. Hillary Odada Echesa, 31 tahun
Tengah (Kenya)

WILAYAH PERSEKUTUAN*
1. Vladislav Palsa, 31 tahun
Pertahanan (Slovakia)
2. Juraj Kuhajdik, 28 tahun
Tengah (Slovakia)
* Ditolak oleh FAM. Sedang dalam rayuan.

KL POS MALAYSIA FC
- tiada

KL SPA PUTRAJAYA FC
- tiada

UiTM FC
- tiada

Stadium Likas sah venue Sabah

Kota Kinabalu: Stadium Likas telah disahkan sebagai venue untuk perlawanan Liga-M Sabah di tempat sendiri bagi musim 2013.

Ia lulus syarat minimum yang ditetapkan oleh FAM selepas Persatuan Bola Sepak Sabah, yang telah diberi kuasa penuh untuk menjalankan tugas itu melalui pegawai-pegawai mereka pergi ke tapak untuk pemeriksaan pada pagi Khamis.

Pasukan yang diketuai oleh penyelaras am, Eddy Oskos, diiringi oleh anggota majlis tertinggi Mustapha Tuah serta setiausaha eksekutif Hasbullah Yahya dan lain-lain menghabiskan sejam membuat pemeriksaan teliti dan telah berpuas hati dengan semua kemudahan yang disediakan.

Dua orang pegawai dari Jabatan Bomba dan Penyelamat turut hadir untuk memastikan penyediaan langkah-langkah keselamatan.

Walau bagaimanapun, seperti yang dinyatakan sebelum ini,  perlawanan hanya dibenarkan untuk diadakan pada waktu petang selepas lampu limpah gagal menghasilkan cahaya yang minimum seperti yang disyaratkan untuk perlawanan malam.

Dan peralatan, yang kini berada di dalam stadium untuk kerja pengubahsuaian, akan dialihkan oleh kontraktor semasa hari perlawanan dan bahan-bahan di atas trek juga perlu dialih ketepi dan ditutup.

Sementara itu, tiang yang terletak di sebelah utara stadium, yang didapati rosak dan tidak dapat menghasilkan cahaya minimum 1000 lux mungkin mengambil masa beberapa bulan sebelum ia boleh dipulihkan sepenuhnya.

Difahamkan bahawa alat ganti yang diperlukan tidak boleh didapati di sini dan mungkin akan diperoleh dari Australia dan sehingga itu skuad Liga-M Sabah akan bermain perlawanan mereka di sebelah petang sekurang-kurangnya sehingga Mei.

Sumber berita:
Harian Expres - diterjemah dan disunting semula

1 Jan 2013

Senarai pemain KL Sime Darby FC 2013

Skuad penuh pasukan Sime Darby FC musim 2013:

Penjaga Gol:
25 Redzuan Harun (34 tahun),
22 Sufian Abdul Rahman (34, Kelab Terdahulu: Felda United FC),
1 Kamarul Affendi Abdul Rahim (25, Perak)

Pertahanan:
4 Bashahrul Abu Bakar (22, Harimau Muda),
15 Yosri Derma Raju (30, Sarawak),
6 Hasmarul Fadzir Hassan (26, Selangor),
17 Khairi Zainuddin (34, Perak),
21 Prabakaran Kanadasan (22),
5 Arif Ismail (26),
3 Faizal Nasir (26, PKNS FC),
2 Amirul Azmi (20)

Tengah:
18 Juzaili Samion (31, Felda United FC),
14 Goran Perak (25, NK Osijek),
8 Shukur Saidin (21),
13 Asrol Ibrahim (26),
12 Famirul Asyraf Sayuti (23, Selangor),
23 Ravindren Krishnan (23, Sarawak),
7 Fahrul Razi Kamaruddin (26, Perak),
16 Fazrul Hazli Mohd Kadri (23, Perak),
19 Firdaus Faudzi (25, Felda United FC)

Penyerang:
10 Karlo Primorac (28, NK Istra 1961),
20 Fadzli Saari (29, T-Team FC),
9 Yusof Zainal Abidin (27),
24 Syafiq Jamal (25, Perak),
11 Zamri Chin (27, Johor FC)

Jersi Sabah FA 2013

Jersi baru skuad Sabah 2013 telahpun diperkenalkan semasa sesi pengenalan pemain pada 18 Disember yang lalu. Design jersi baru ini sebenarnya sama seperti jersi yang digunakan pada akhir musim lalu cuma sedikit berbeza kali ini nama penaja jersi pasukan, Graceone diletakkan di hadapan baju.

Jersi untuk 'home match'

Jersi 'away match'

Jersi GK - 'home match'

Jersi GK - 'away match'

Sumber gambar: 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...