Pengumuman SAFA yang membayangkan akan menggugurkan sekurang-kurangnya 15 pemain musim 2012 adalah sesuatu yang sememangnya sudah dijangka. Dan mungkin ramai peminat melihat perkembangan ini secara positif dan tidak kurang yang sependapat dengan keputusan SAFA ini. Namun sedikit mengejutkan kita dan penulis sendiri dengan jumlah pemain yang digugurkan iaitu seramai 15 pemain. Jika dihitung, jumlah 15 pemain ini adalah lebih dari separuh dari jumlah pemain berdaftar dengan skuad senior Sabah pada 2012. Jika pengguguran ini benar-benar berlaku, maka ini adalah satu antara rombakan yang terbesar dalam sejarah bolasepak negeri.
Antara pemain yang telah disahkan lebih awal oleh SAFA tidak akan bersama dengan pasukan ini musim depan ialah pemain import, Brendan Gan dan Hendrik Helmke. Brendan yang menyertai Sabah musim 2012 bersama rakan senegara, Michael Baird dengan reputasi hebat seperti yang dicanang-canang di media sebelum liga bermula. Hendrik pula dibawa masuk menggantikan penyerang import, Michael Baird yang dilepaskan akibat kecederaan di pertengahan liga. Berbanding Hendrik, penulis melihat Brendan sedikit mengecewakan jika melihat kepada prestasi pemain ini sepanjang musim.
Yang menjadi teka teki dalam cerita ini adalah; siapakah baki 13 pemain yang dalam senarai 'fired list' SAFA??? Walaupun kita maklum bahawa jumlah 13 pemain ini belum lagi pasti dan muktamad, namun kita sendiri sudah boleh membayangkan nama-nama yang bakal tersingkir. Bagi mereka yang sentiasa mengikuti perkembangan bolasepak Sabah, tidak sukar untuk membuat jangkaan pemain yang 'disenarai merah' oleh SAFA.
Jangkaan penulis 'nasib' pemain-pemain musim 2012:
1. Azizon Abd. Kadir - out
2. Sanjos Sundawat - out
3. Razlan Oto - out
4. Naim Ahmad - out
5. Safuan Ibrahim - out
6. Bobby Gonzales - out
7. Zureindey Jumai - out
8. Julamri Muhamad - out
9. Rosdin Wasli - out
10. Fariss Azlan Mat Isa - out
11. Zainizam Marjan - 50-50
12. K. Thanaraj - 50-50
13. Ronny Harun - 50-50
14. Alto Linus - 50-50
15. Juffry Omopor - 50-50
16. Mohd. Radzi Husin - 50-50
17. Syed Adney Syed Husin - 50-50
18. Mafry Balang - stay
19. Shahrul Azhar Ture - stay
20. Sumardi Hajalan - stay
21. Shahrudin Yakup - stay
22. Reithuddin Ag. Emran - stay
23. Irwan Jamil - stay

24. Sabri Sahar - promoted *
25. Leopold Alfonso Otong - promoted *
26. Rozaimi Abd. Rahman - promoted *
27. Michael Baird - ditamatkan kontrak *
28. Brendan Gan - kontrak tidak disambung *
29. Hendrik Helmke - kontrak tidak disambung *

* telah diputuskan oleh SAFA
Kedudukan pemain di atas hanyalah jangkaan@ramalan penulis semata-mata dan tidak semestinya menggambarkan kedudukan sebenar nasib pemain-pemain tersebut. Beberapa faktor yang mungkin adil buat penulis melakukan justifikasi terhadap setiap pemain adalah seperti prestasi pemain, faktor umur, kecederaan dan keperluan pasukan di musim hadapan.
Jika dilihat pada faktor prestasi, beberapa pemain telah menunjukkan prestasi yang tidak konsisten malah ada pemain yang bermain di luar dari 'expectation' kita. Contoh terbaik adalah pemain import, Brendan Gan yang tidak menunjukkan kualiti permainan yang tinggi yang diharapkan atas status pemain import. Begitu juga dengan pemain import tempatan seperti Fariss Azlan dan K. Thanaraj yang menunjukkan kualiti permainan yang 'biasa-biasa saja' malah tenggelam dengan kualiti yang dipamerkan pemain tempatan. Bobby Gonzales juga adalah salah satu nama yang 'malap' dalam skuad Sabah musim 2012. Aksi Bobby nampaknya merudum bersama Sabah walaupun sebelum itu dengan reputasi gah selaku penjaring terbanyak pasukan Sarawak di saingan Liga Perdana musim 2011. Adakah mungkin Bobby akan digugurkan oleh SAFA dan menyertai pasukan Sarawak musim depan???
Azizon Abd. Kadir dan Syed Adney, dua penjaga gol Sabah yang sering bersilih ganti dalam kesebelasan utama. Penulis sendiri tidak pasti mana satu dari dua pemain ini adalah penjaga gol utama dalam skuad. Prestasi yang tidak konsisten dalam setiap perlawanan mungkin menjadi faktor mengapa kedua-dua penjaga gol ini tidak tetap dalam kesebelasan utama. Namun jika mengikut penilaian penulis, Syed Adney lebih layak untuk kekal dalam skuad berbanding Azizon. Irwan Jamil sudah pasti terjamin tempatnya dan SAFA telah membayangkan akan 'menaiktaraf' penjaga gol skuad Liga Presiden, Endre S. Tipay ke skuad senior. Mungkinkah SAFA akan mengetepikan Azizon dan mengekalkan Syed? Jika itu yang berlaku, penulis sangat bersetuju dengan mengambilkira prestasi kedua-dua pemain. Namun, jika Syed mengambil keputusan bertukar angin, ada kemungkinan Azizon akan kekal.
Dengan Sabri Sahar akan mendapat tempat dalam skuad senior Sabah musim depan, penulis menjangkakan Zureindey Jumai akan tersisih juga kerana faktor usia beliau yang kini menjangkau 32 tahun. Mohd. Radzi Husin adalah antara pemain yang penulis rasakan masih diperlukan dalam pasukan. Mungkin anda ingat bahawa Radzi adalah salah seorang tonggak pasukan yang membawa Sabah kembali ke Liga Super pada musim 2011. Penulis menjangkakan SAFA akan mendapatkan seorang pemain import di bahagian tengah bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Hendrik dan Brendan musim depan.
Nasib mungkin tidak menyebelahi bagi beberapa pemain yang bergelut dengan masalah kecederaan dan kecergasan seperti Julamri Muhammad, Zainizam Marjan dan Razlan Oto. Malang buat pemain veteran, Zainizam yang kita lihat sering dilanda kecederaan hamstring walaupun tidak dinafikan pemain ini masih mampu memberi sumbangan kepada pasukan. Ramai peminat beranggapan bahawa Zainizam adalah antara pemain yang berpengaruh dalam pasukan kita. Penulis sendiri melihat kehadiran Zainizam di atas padang selalunya memberi kelainan dalam corak permainan pasukan Sabah. Namun, kita juga melihat kelincahan dan kecergasan Zainizam sudah tidak seperti dahulu dan kita juga melihat Zainizam bergelut dengan masalah hamstring yang menjadi 'duri' dalam diri beliau. Mungkin juga kerana faktor usia membataskan kemampuan Zainizam. Dengan dua penyerang dari skuad junior, Leopold dan Rozaimi yang akan bersama dengan skuad senior secara 'sepenuh masa' musim depan, maka peluang Zainizam dalam skuad Sabah nampak tipis. Razlan Oto pada jangkaan penulis adalah antara pemain yang tidak akan mendapat tempat dalam skuad Sabah musim depan.
Bagi tiga pemain ini, Sanjos Sundawat, Naim Ahmad dan Safuan Ibrahim, penulis tidak punya banyak cerita kerana penulis sendiri tidak berpeluang untuk melihat kemampuan sebenar ketiga-tiga pemain ini. Kecuali Naim, dua pemain ini (Sanjos dan Safuan) sempat beraksi sebagai pemain gantian dalam satu dua perlawanan. Mungkin agak kasar bahasanya jikalau penulis katakan pemain ini hanyalah sekadar penumpang dalam pasukan. Persoalannya, adakah wajar SAFA mengekalkan pemain yang tidak mampu bersaing dalam kesebelasan? Tidak adakah pemain tempatan kita yang lebih baik berbanding Safuan? Penulis lebih suka melihat pasukan kita dibarisi pemain-pemain berkualiti bukan sahaja pemain pilihan kesebelasan tetapi juga pemain-pemain lain dalam pasukan.
Kita telahpun mendengar khabar dari SAFA yang akan menawarkan kontrak sebagai pemain profesional kepada tiga pemain skuad emas SUKMA; Sabri, Leopold dan Rozaimi. Ini adalah satu-satunya berita baik yang penulis dengar dari SAFA setakat ini. Namun, penulis melihat peluang Sabah untuk mengikat Rozaimi untuk kekal dalam skuad tidaklah mudah. Rozaimi yang kita tahu masa kini adalah antara pemain yang menjadi tumpuan bukan sahaja pasukan dari dalam negara malah dari luar negara. Adakah mungkin Rozaimi akan terlepas kepada pasukan yang berstatus elit dalam Liga Super berbanding dengan pasukan kita yang akan beraksi dalam "liga kelas B", Liga Perdana.
Beberapa pemain yang penulis rasakan layak untuk kekal dalam pasukan musim depan seperti Shahrul Azhar Ture, Sumardi Hajalan, Reithuddin Ag. Emran, Mafry Balang, Syed Adney, Juffry Omopor, Shahrudin Yakup, Irwan Jamil dan termasuk tiga pemain dari skuad Liga Presiden, Sabri Sahar, Leopold A. Otong dan Rozaimi Abd. Rahman. Penulis melihat pemain-pemain ini masih mampu memberi sumbangan yang besar kepada pasukan. Reithuddin umpamanya, walaupun sudah berusia beliau masih berbisa mengawal benteng pertahanan. Shahrul, Mafry dan Sumardi adalah antara pemain yang 'wajib' kita lihat berada dalam kesebelasan utama. Ketiga-tiga pemain ini penulis anggap sebagai 'utility player' yang boleh bermain lebih dari satu posisi yang sememangnya aset penting dalam pasukan. Tidak dapat dinafikan penyerang cilik kita, Juffry Omopor antara tarikan di atas padang yang jarang mengecewakan penonton. Juffry boleh dijadikan "senjata sulit" dalam perancangan Sabah musim depan.
Mungkin rakan-rakan penulis tidak sependapat dengan "cerita" penulis disini namun kita punya penilaian masing-masing. Lain kepala lain cerita. Begitu juga dengan SAFA. Mereka punya justifikasi mereka sendiri untuk menentukan pemain yang tersingkir dan yang kekal. Merekalah yang akan menentukan nama-nama pemain yang akan tersenarai dalam skuad Sabah musim depan. Siapa yang akan disingkirkan musim depan, hanya SAFA yang tahu.
"The reason to play is to fight,
The reason to fight is to win,
The reason to win is THE HONOUR"
SABAH TATAP,
sabahawkians

Tiada ulasan:
Catat Ulasan