Liga Premier Malaysia 2014: Sabah vs KL SPA Putrajaya
Keputusan Penuh:
SABAH (0) vs KL SPA PUTRAJAYA (0)
Hatrik!!!
Sabah mencatat keputusan seri buat kali ketiga berturut-turut apabila diikat tanpa jaringan oleh KL SPA Putrajaya dalam perlawanan yang berlansung malam tadi di Std Likas. Dua perlawanan sebelum ini menyaksikan Sabah seri dengan pasukan Perlis dan DRB Hicom di tempat lawan dengan kedua-dua perlawanan berakhir dengan keputusan 1-1.
Dalam perlawanan malam tadi, Sabah membuat sedikit perubahan pada kesebelasan utama dengan penjaga gol utama, Mohd Fazli Paat kembali beraksi selepas tersisih hampir dua hulan akibat kecederaan. Penyerang Farid Ideris dan pertahanan, Didie Arizal mendapat kepercayaan Milomir untuk bermula dalam kesebelasan setelah kehilangan khidmat dua pemain utama, A Varathan dan Redzuwan Nawi akibat penggantungan satu perlawanan.
Separuh masa pertama bermula dengan SPA terlebih dahulu menguji pintu gol Sabah menerusi percubaan jauh di minit ke 3. Sabah mendapat peluang pertama di minit ke 10 menerusi Farid Ideris yang mendapat hantaran dari Marwan tetapi percubaannya kurang kemas dan terkeluar di sebelah kiri tiang gol. Selang tiga minit kemudian, Farid sekali lagi mencemaskan pasukan pelawat namun tandukannya hasil dari sepakan sudut tersasar.
Peluang terbaik Sabah untuk memecah kebuntuan hadir di minit ke 20 dengan Isma Alif bijak melepasi kawalan pertahanan dari sebelah kiri sebelum membuat hantaran silang cantik namun tandukan Ezaidy Khadar sekadar singgah ke tiang gol. Seminit kemudian, Julamri Muhd terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan dan digantikan oleh Rawilson Batuil.
Sabah selepas itu lebih banyak membuat serangan dengan pasukan lawan lebih banyak melakukan percubaan jauh.
Di separuh masa kedua, Sabah memasukkan Zainizam untuk menggantikan Farid Ideris yang dilihat kurang berkesan di separuh masa pertama. Kapten Sabah, Rosdin Wasli dua kali menguji gawang gol masing-masing di minit ke 48 dan 52 tetapi gagal menembusi gwwang KL SPA. Giliran Sabri Sahar melakukan percubaan diminit ke 57 tetapi mudah diselamatkan penjaga gol.
Rosdin yang sering naik membantu bahagian serangan ketika Sabah mendapat sepakan percuma dan sepakan sudut dua kali mengancam gawang pelawat di minit 64 dan 67 tetapi gagal menghasilkan gol.
Selepas kehilangan Julamri akibat kecederaan, Sabah terus malang apabila pemain sayap lincah, Ezaidy Khadar dikeluarkan pada minit ke 69 akibat kecederaan dan digantikan oleh Rexjeso Piturus.
KL SPA dilihat cemerlang di bahagian pertahanan mematahkan serangan Sabah dan sekali sekala melakukan serangan balas. Peluang terbaik Sabah hadir di minit ke 84 menerusi Marwan Sayedeh selepas mendapat umpanan cantik Zainizam namun rembatan kencang Marwan tinggi di atas palang. Tamat perlawanan, Sabah terikat tanpa jaringan denan KL SPA.
Walaupun hanya satu mata, Sabah naik satu tangga ke tempat ke empat liga dengan mengutip 12 mata hasil dari 3 kemenangan, seri 3 kali dan tewas 3 kali. Namun, Sabah kini ketinggalan tujuh mata dibelakang pasukan tangga kedua liga yang juga tempat ke Liga Super, Pulau Pinang yang kini memungut 19 mata.
Perlawanan Sabah seterusnya adalah pada 28 Mac menentang Johor DT II di Std Likas.
Lainlain keputusan Liga Premier 21 Mac 2014:
Felda United 3-3 PDRM
N. Sembilan 1-3 P. Pinang
DRB Hicom 1-1 Perlis
Kedah 1-0 Johor DT II
PBAPP FC 0-1 UITM FC
Tiada ulasan:
Catat Ulasan