15 Mac 2014

Sabah dan Perlis kongsi mata

Keputusan Liga Premier: Perlis 1-1 Sabah 14 Mac 2014

Std. Darul Aman
Jumaat, 14/03/2014
4.45 ptg

PERLIS (1)
Farouk Hashim 34'

vs

SABAH (1)
Marwan Sayedeh 36'

Sabah dan Perlis kongsi mata

Alor Star, Sabtu - Rentetan kemenangan tiga perlawanan berturut-turut Sabah tamat di Std. Darul Aman, Alor Star malam tadi selepas hanya mampu seri 1-1 menentang pasukan tuan rumah, Perlis.

Bermain dalam keadaan cuaca yang panas jelas memberi kesan kepada corak permainan kedua-dua pasukan. Sabah menurunkan barisan kesebelasan yang hampir sama ketika cemerlang menewaskan Kedah minggu lalu dengan Zainizam mengambil tempat Farid Ideris bergandingan dengan Marwan Sayedeh di bahagian serangan.

Sabah diawal permainan dilihat lebih banyak menguasai bola namun Perlis terlebih dahulu membuka jaringan menerusi pemain pertahanan mereka, Farouk Hashim yang berjaya menanduk masuk bola hasil dari sepakan sudut pada minit ke 34.

Sabah tidak menunggu lama untuk menyamakan kedudukan apabila dua minit selepas gol Perlis, Marwan Sayedeh menanduk masuk hantaran lintang Zainizam untuk mengikat kedudukan 1-1. Gol itu adalah gol peribadi ke 4 buat penyerang kelahiran Syria dalam Liga Premier setakat ini. Kedudukan itu kekal hingga ke wisel penamat untuk kedua-dua pasukan berkongsi satu mata.

Keputusan ini membolehkan Sabah mengumpul 10 mata selepas 7 perlawanan hasil daripada tiga kemenangan, satu seri dan tiga kekalahan. Walau bagaimanapun, Sabah turun satu anak tangga ke kedudukan ke 6 liga selepas dipintas oleh Kedah yang mengutip jumlah mata yang sama menerusi kelebihan jaringan.

Sabah kini ketinggalan 6 mata dibelakang pasukan Pulau Pinang yang menduduki tangga kedua liga yang juga slot terakhir ke Liga Super musim depan. Sabah akan menentang DRB Hicom dalam perlawanan seterusnya pada Isnin, 17 Mac di Std Hang Jebat yang juga satu satunya perlawanan Liga Premier. Pasukan Sabah akan berangkat terus ke destinasi perlawanan seterusnya dari Alor Star untuk persiapan awal menjelang perlawanan.

Keputusan penuh perlawanan Liga Premier 14 Mac 2014:
PERLIS 1-1 SABAH
PDRM 4-0 PBAPP FC
KL SPA 1-4 KEDAH
UITM FC 1-2 DRB HICOM
PULAU PINANG 1-1 FELDA UNITED
JOHOR DT II 2-0 NEGERI SEMBILAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...