17 Mac 2014

Seri Lagi!!!

Keputusan Liga Premier: KL DRB Hicom 1-1 Sabah 17 Mac 2014

Keputusan Perlawanan:
Isnin, 17/3/14
Std. Hang Jebat

KL DRB HICOM (1)
Khairul Anuwar 85'

VS

SABAH (1)
Srecko Mitrovic 51'

Impian membawa tiga mata penuh dari Std. Hang Jebat petang tadi tidak kesampaian apabila Sabah diikat pasukan DRB Hicom 1-1 dalam satu-satunya perlawanan Liga Premier yang telah diawalkan. Keputusan ini adalah keputusan seri yang kedua dalam tempoh empat hari selepas diikat oleh pasukan Perlis dengan jaringan yang sama Jumaat lalu.

Nasib ternyata tidak menyebelahi pasukan Sabah apabila dikecewakan dengan jaringan penyamaan di penghujung perlawanan walaupun satu ketika mendahului lawan di awal babak kedua.

Jurulatih Sabah, Seslija Milomir membuat tiga pertukaran pada barisan kesebelasan yang menentang Perlis minggu lalu dengan Didie Arizal mengambil tempat A Varathan, Redzuwan Nawi dan Farid Ideris masing-masing mengambil tempat Isma Alif dan Zainizam Marjan.

Separuh masa pertama menyaksikan kedua dua pasukan saling berbalas serangan namun gagal menghadirkan sebarang gol untuk separuh masa pertama tamat tanpa jaringan.

Bersambung di babak kedua, Sabah tidak menunggu lama melakukan jaringan menerusi sepakan percuma yang diambil oleh Srecko Mitrovic diminit ke 51. Sabah selepas itu banyak melakukan asakan di gawang gol pasukan lawan namun gagal menambah jaringan.

Pasukan tuan rumah berjaya mendapat gol penyamaan diminit ke 85 menerusi Khairul Anuwar untuk mengikat kedudukan 1-1 hingga wisel penamat.

Keputusan seri ini membolehkan Sabah memintas kedudukan Kedah di tangga ke 5 liga dengan perbezaan satu mata. Selepas lapan perlawanan, Sabah mengutip 11 mata menerusi 3 kemenangan, 2 seri dan kalah 3 kali.

Sabah akan menentang KL SPA Putrajaya dalam perlawanan seterusnya di Std. Likas pada 21 Mac bermula 8.15 malam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...