May 11, 2012

Keputusan penuh Liga Presiden 2012: SSTMI vs Sabah 1-1


Keputusan penuh Liga Presiden 2012: SSTMI vs Sabah 10 Mei 2012

Skuad liga presiden Sabah gagal mengutip mata penuh dalam pertemuan menentang pasukan Sukan Sekolah Tunku Mahkota Ismail apabila hanya sekadar seri 1-1 pada perlawanan petang kelmarin. SSTMI terlebih dahulu membuka jaringan seawal minit pertama permainan menerusi sepakan penalti selepas pertahanan Sabah melakukan kekasaran di kotak penalti. Sabahawks junior memperoleh jaringan penyamaan menerusi Eyo Mathew pada minit ke-28 separuh masa pertama hasil gerakan Sabri Sahar. Keputusan 1-1 itu kekal sehingga wisel penamat untuk kedua-dua pasukan berkongsi 1 mata.
Kegagalan Sabah mencatatkan kemenangan kelmarin membolehkan Kedah terus menerajui carta liga selepas mencatatkan kemenangan 2-1 keatas Johor MBJB. Sime Darby terus mengekori rapat di belakang Sabah apabila mengutip 3 mata setelah menewaskan Kelantan 2-1.

Keputusan penuh liga presiden 10 Mei 2012:

Kumpulan A:
Melodi Jaya 0-4 Melaka
Kelantan 1-2 Sime Darby
PDRM 2-4 T-Team
SDM K.BATAS 0-1 Johor FA
SSTMI 1-1 Sabah
Johor MBJB 1-2 Kedah

Kumpulan B:
ATM 3-0 P.Pinang
K.Lumpur 0-3 Pahang
Terengganu 2-0 Perak
NS Betaria 2-3 Selangor
PKNS 3-0 N.Sembilan
Perlis 3-0 MP MUAR


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...