Cerita Admin: 5 perkara untuk renungan kita bersama
1. Relevan lagikah sasaran 5 teratas liga super oleh SAFA???
Kini Sabah di tangga ke 11 liga dengan ketinggalan 8 mata di belakang pasukan di tangga ke lima liga. Namun, dalam 9 perlawanan terakhir, Sabah hanya mampu mengutip 9 mata daripada maksimum 27 mata. Bagaimana pula dengan baki 9 perlawanan selepas ini??? Relevan lagikah sasaran SAFA ini??? Atau SAFA perlu tukar sasaran kepada mengelakkan tersingkir ke Liga Perdana???
2. Adakah Justin Ganai punca ketidaktentuan prestasi Sabah???
Populariti Justin Ganai semakin jatuh ekoran prestasi tidak menentu Sabah akhir-akhir ini. Beliau hebat dihentam dan dikritik peminat selepas kekalahan kepada pasukan T-Team yang lalu. Tapi, cuba renungkan, adakah Justin 'the only man' di SAFA, bagaimana pula dengan pemain? Bagaimana pula dengan staf kejurulatihan yang lain, bagaimana pula dengan pengurus pasukan? Bagaimana pula dengan pihak pengurusan tertinggi??? Adakah Sabahawks ini hanya tentang Justin Ganai dan pemainnya saja???
3. Tan Sri Anuar Musa sememangnya contoh dan ikon pemimpin persatuan bolasepak. Susah untuk memisahkan TSAM dengan pasukan Kelantan. Apa-apa yang berkaitan dengan Kelantan mesti ada TSAM. Jatuh bangun Kelantan tetap TSAM bersama. Presiden SAFA bagaimana??? Mana??? Apa cerita??? Tunggu dapat Piala baru muncul??? Berapa kali Presiden pernah bersama dengan kita di stadium??? Sibuk???
4. Penyudah@penyerang yang tumpul. Alasan yang sering kita dengar. Namun sejauh mana usaha SAFA untuk kasi selesai??? Lihat barisan penyerang Sabahawks ; Zainizam, Juffry, Bobby, Leopold, Razlan. Razlan injured, Leopold main dua alam, Bobby merosot, Zainizam veteran, Juffry fizikal@pengalaman kurang. Striker, Michael Baird out, dua midfielders, Hendrik dan Sanjos in. Selesaikah masalah Sabah???
5. Adakah kita sebagai peminat datang ke stadium Likas untuk menyokong atau sekadar menonton sahaja??? Adakah kita datang kerana kita mahu memberikan sokongan supaya pemain kita bermain lebih baik, bermotivasi dan bersemangat tinggi???Atau datang hanya sekadar mahu MELIHAT@MENONTON dan MEMAKI apabila apa yang ditonton itu tidak sedap di mata??? Semua kita datang ke stadium mengharapkan kemenangan. Tapi, bukankah memberi semangat kepada pemain kita adalah tugas kita daripada membunuh semangat mereka???
Fikir-fikirkan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan