12 Mei 2012

Menjelang pertemuan Sarawak vs Sabah: Fakta menarik


Sarawak vs Sabahawks 12 Mei 2012 | Fakta menarik menjelang perlawanan
1. Pertemuan derby antara dua negeri berjiran yang juga dua pasukan yang berjiran di carta liga. Sarawak di tangga ke lapan liga manakala Sabah di kedudukan ke sembilan.

2. Sarawak tidak pernah tewas kepada Sabah di tempat sendiri sejak sejak tahun 2000. Begitu juga dengan Sabah yang tidak tewas kepada Sarawak di Likas sejak tahun 2000. Lihat analisis H2H Sarawak vs Sabah

3. Sabah dan Sarawak telah bertemu 2 kali dalam perlawanan persahabatan pra-musim yang mana menyaksikan sarawak menang perlawanan pertama 1-0 dan seri pada perlawanan kedua 0-0.

4. Bobby Gonzales, penyerang Sabah musim ini pernah menyarung jersi bersama Sarawak pada musim lalu dan merupakan penjaring terbanyak pasukan pada musim itu.

5. Rozaimi Abd. Rahman, pemain sensasi Sabah juga dilaporkan pernah bermain untuk pasukan Sarawak dalam liga perdana musim 2010 sebelum menyertai skuad liga presiden Sabah.

6. Statistik menunjukkan Sarawak bolos hanya 16 gol setakat ini dan yang kedua paling sedikit selepas pasukan Kelantan.

Belum pasti beraksi...Asri dan Amy bersama skuad kebangsaan
7. Asri Chu Chu adalah rakan sepasukan Rozaimi dalam skuad kebangsaan. Kedua-dua mereka ini adalah bakat muda dalam pasukan masing-masing dengan Asri berumur 21 tahun manakala Rozaimi 20 tahun. Kedua-dua mereka setakat ini telah menjaringkan 4 gol untuk pasukan masing-masing. Namun, kemungkinan besar kedua-dua pemain ini tidak akan beraksi malam ini kerana kedua-duanya sedang menjalani latihan pusat skuad kebangsaan.

8. Perlawanan Sarawak menentang Sabah malam ini akan berlangsung tanpa kehadiran penonton di stadium akibat hukuman dari FAM. Dikhabarkan, FAS akan menayangkan siaran langsung perlawanan tersebut di skrin gergasi di luar stadium untuk tontonan peminat.

9. Kemenangan bagi Sabah malam ini akan melonjakkan mereka sekurang-kurangnya satu anak tangga mengatasi Sarawak dan boleh memintas T-Team di tangga ke tujuh sekiranya pasukan tersebut tewas malam ini.

10. Penyerang veteran berbisa Sabah, Zainizam Marjan kembali pulih dari kecederaan dan akan bersama-sama dengan pasukan ke Sarawak hari ini.

Anda anda fakta lain???

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...