5 Mei 2012

Highlights dan ulasan penuh Sabah (1) vs (0) Felda United


Keputusan penuh Liga Super Sabah vs Felda United 4 Mei 2012 | Sabahawks vs Felda United 4/5/12


Keputusan penuh:

SABAH (1)
Rozaimi Abd. Rahman (20')

vs

KL Felda United (0)


Highlights perlawanan

Separuh masa pertama:
1' : Kick off oleh pasukan Felda United
17' : Ronny membuat percubaan dari luar petak penalti tetapi terkeluar di sebelah kiri gawang gol.
20' : Gol Sabah. Rozaimi menolak masuk hantaran lintang dari Shahrudin yang berjaya lolos di sebelah kanan selepas menyambut hantaran Bobby.
25' : Mikael Antoine melakukan rembatan leret yang mudah ditangkap kemas oleh Azizon.
45' Pemain Felda melakukan serangan di sebelah kiri namun rembatan pemain Felda tertampan sedikit oleh pertahanan melepasi tiang gol Sabah.
45+2 : Tamat separuh masa pertama. Sabah 1 - 0 Felda United

Separuh masa kedua:
45' : Kick off oleh pasukan Sabah
46' : Yong Kuan Yong menyambut bola tinggi di sebelah kiri gawang namun rembatan Yong tinggi di atas palang walaupun tidak dikawal.
47' : Percubaan jarak jauh pemain Felda tersasar.
50' : Ronny melakukan tandukan cantik hasil daripada sepakan sudut Shahrudin namun tersasar di penjuru gawang Felda.
51' : Shahrul berjaya lolos di sebelah kiri hasil trough pass Bobby namun rembatan kencang Shahrul dari jarak 15m sedikit melepasi palang walaupun hanya berdepan dengan penjaga gol.
52' : Bobby membuat percubaan leret dari jauh tetapi tersasar.
53' : Sabah melakukan pertukaran pemain pertama dengan memasukkan Sanjos dan mengeluarkan Shahrudin.
60' : Rozaimi menyambut hantaran jauh Hendrik sebelum membuat larian ke kotak penalti namun percubaan Rozaimi melepasi palang gol.
61' : Rozaimi mendapat satu lagi peluang namun rembatannya lemah dan mudah diselamatkan oleh penjaga gol.
64' : Sabah melakukan pertukaran kedua. Bobby keluar dan digantikan oleh Brendan.
82' : Brendan menyambut hantaran cantik Hendrik sebelum membuat larian melepasi penjaga gol yang keluar namun bola kawalan Brendan agak jauh ke tepi. Brendan menghantar kepada Rozaimi tetapi lambat melakukan percubaan sebelum dihalang pertahanan Felda.
85' : Bek kiri Felda melakukan percubaan cantik dari luar petak penalti di sebelah kiri namun berjaya ditepis keluar oleh Azizon.
86' : Rozaimi berjaya melepasi penjaga gol yang keluar dari gawang namun lambat melakukan rembatan pada sudut yang agak sukar.
88' : Brendan mendapat peluang namun rembatannya tinggi melepasi palang.
88' : Pertukaran pemain ketiga oleh Sabah. Juffry masuk menggantikan Rozaimi.
90+2' : Brendan lolos di sebelah kanan hasil hantaran cantik Juffry namun gagal merembat kemas walaupun sudah berjaya memperdaya penjaga gol Felda.
90+3' : Tamat perlawanan. Keputusan penuh perlawanan, Sabah menewaskan Felda United dengan 1-0 hasil jaringan Rozaimi di minit ke-20.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...