5 Mei 2012

Analisis prestasi pemain Sabahawks menentang Felda United 4 Mei 2012


Analisis prestasi pemain-pemain Sabahawks menentang Felda United malam tadi.

1. Azizon Abd. Kadir (GK)
Memanag outstanding malam tadi. Walaupun sudah agak lama tersisih dari kesebelasan utama, Azizon menunjukkan bahawa beliau masih tangkas di gawang gol. Tampil dengan susuk badan yang lebih ideal berbanding awal musim ini, Azizon bertindak cemerlang dengan tangkapan2 yang kemas dan memenangi kesemua perebutan bola tinggi. Beliau berhasil menyelamatkan dua percubaan tepat dari pemain Felda termasuk satu percubaan deras dari luar kota penalti yang tenang ditepis oleh beliau.
Rate: 8/10

2. Reithaudin Ag. Emran (Kapten)
Mantap dan terbaik. Berjaya mengemudikan bahagian pertahanan dengan baik bersama Mafry. Beliau berjaya mengekang sepenuhnya pergerakan penyerang Felda, Mikael Antoine dengan asakan dan tackle yang menarik. Akibatnya, Mikael langsung tidak mendapat sebarang peluang didepan pintu gol Sabah semalam.
Rate: 7.5/10


3. Mafry Balang
Cemerlang bersama Reithaudin di pertahanan tengah. Rajin mengejar bola dan beberapa kali berhasil merampas bola dari pemain lawan. 
Rate: 7.5/10

4. Alto Linus
Bermain  agak baik malam tadi. Tenang mengekang pergerakan lawan di sebelah kanan. Namun, Alto sedikit bergelut apabila berhadapan dengan bola tinggi ke bahagian tepi kanan. Sekali dua pemain sayap Felda lolos dari kawalan Alto. Beberapa hantaran ke gawang gol dari beliau juga kurang kemas. Namun, Alto bijak menutup ruang dan melengahkan pergerakan lawan. Beliau juga bijak melarikan bola masuk ke dalam kawasan lawan.
Rate: 7/10

5. Ronny Harun
Terbaik dari Ronny. Tenang mengawal bola dan bijak menutup ruang pergerakan lawan di sebelah kiri. Hantaran-hantaran pendek Ronny kemas dan tidak gopoh. Beberapa kali beliau naik membantu bahagian serangan dan berhasil melakukan dua percubaan namun tersasar.
Rate: 7.5/10

6. Sumardi Hajalan
Pastinya salah seorang calon pemain terbaik malam tadi. Gerakannya lincah dengan gerakan footwork dan badan yang menarik untuk memperdayakan pemain lawan. Bijak membuka permainan dan rajin memberi bantuan di bahagian serangan dan pertahanan. Permainan Sumardi sememangnya menghiburkan dan ramai peminat memberikan pujian kepada beliau.
Rate:7.5/10

7. Hendrik Helmke
Tabik!!!! Outstanding and marvelous...Memang diluar jangkaan peminat Sabahawks. Bermula agak perlahan di awal permainan tetapi mula menunjukkan kehebatannya pada pertengahan babak pertama. Aset utama Hendrik yang pasti mendapat pujian ramai penonton malam tadi adalah hantaran-hantaran yang bertaraf dunia. Kawalan bola Hendrik kemas dan mudah memperdayakan pemain lawan dengan gerakan kaki yang menarik. Beberapa hantaran cantik dari Hendrik kepada rakan sepasukan hampir-hampir menghasilkan gol. calon pemain terbaik malam tadi.
Rate: 8.5/10

8. Shahrudin Yakup
Malam yang sukar bagi Shahrudin. Seringkali terlepas bola di kaki dan gerakannya di sebelah kanan seringkali dipatahkan pertahanan lawan. Kelihatan agak tertekan apabila penonton mula 'bising' sehingga hantaran-hantaran beliau tersasar. Namun, hanya satu gerakan yang menyelamatkan aksi buruk Shahrudin malam tadi apabila bijak melarikan bola di tepi kanan sebelum membuat hantaran cantik untuk disudahkan oleh Rozaimi bagi gol tunggal malam tadi. Digantikan pada awal babak kedua permainan.
Rate: 5.5/10

9. Shahrul Azhar Ture
Bermain baik disebelah kiri dengan larian trademark beliau yang pantas. Tidak banyak yang boleh diperkatakan dengan aksi Sharul malam tadi. Boleh dikatakan macam biasa saja. Hanya satu aksi menarik dari Shahrul yang berjaya lepas di sebelah kanan namun rembatannya sedikit tinggi ketika hanya berhadapan dengan penjaga gol.
Rate: 6.5/10

10. Bobby Gonzales
Prestasi Bobby malam tadi ada sedikit peningkatan berbanding dengan perlawanan2 lalu. Jarang mendapat ruang yang baik untuk melepaskan percubaan. Dua tiga kali melakukan percubaan jauh yang mengecewakan. Kelemahan ketara Bobby ialah malas melakukan pressure ke atas pemain lawan yang memegang bola. Stamina perlu ditingkatkan lagi.
Rate: 6/10

11. Rozaimi Abd. Rahman
Tidak menjadi malam tadi. Walaupun berjaya menjaringkan satu gol namun keseluruhannya, aksi Rozaimi agak longlai dan lambat. Amy seharusnya mampu menjaringkan lebih dari dua gol sekiranya beliau pantas melakukan percubaan. Namun, kebijakkan Amy mencari ruang menyambut hantaran lintang Shahrudin berjaya memberi gol tunggal Sabah malam tadi.
Rate: 6.5/10

12. Sanjos Sundawat (masuk menggantikan Shahrudin)
Aksinya tenggelam dan belum nampak aksi luarbiasa dari Sanjos.

13. Brendan Gan (masuk menggantikan Bobby)
Tidak dapat dipastikan posisi Brendan malam tadi. Namun, beliau nampak lebih baik berbanding Bobby. Mendapat peluang diminit-minit akhir perlawanan tetapi cubaannya tersasar. Tenggelam dengan aksi hebat Sumardi dan Hendrik.

14. Juffry Omopor
Satu perkara yang menarik dengan pemain ini. Setiap kali dimasukkan, Juffry pasti melakukan impak yang besar dalam  pasukan. Walaupun hanya bermain kurang dari 4 minit, namun satu gerakan menarik Juffry berjaya memberi ruang kepada Brendan di tepi kanan. Walaupun aksinya singkat tetapi penonton terhibur.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...