May 16, 2012

Sabahawks 1-2 T-Team: Tewas lagi di Likas


Keputusan Penuh: Sabah (1) vs (2) T-Team 15 Mei 2012

Sabah (1)
Hendrik Helmke 32' pen

vs

T-Team (2)
Fadzli Shaari 28', 68'




Highlights penuh perlawanan:

Separuh masa pertama:
2': gerakan dari Juffry namun hantaran di depan gawang gagal menemui rakan.
5': hantaran jauh dari Hendrik di sambut oleh Juffy yang pantas mengejar bola di sebelah kiri gawang namun cubaannya lemah terus ke penjaga gol.
9': hantaran lintang Zainizam terlalu ke depan gagal disambar oleh Juffry.
10': sekali lagi hantaran trough pass Zainizam terlalu kuat untuk dikejar Juffry.
11': gerakan merbahaya T-Team namun hantaran lintang pemain sayap mereka berjaya dihalang
12': gerakan cantik Zainizam berjaya memberi ruang kepada Juffry untuk berhadapan 1 lawan 1 dengan penjaga gol. Namun, rembatan kencang Juffry tersasar di sebelah kanan gawang.
24': percubaan pemain T-Team diselamatkan Azizon.
28': Gol T-Team. Bermula dari kesilapan Mafry yang menghantar bola kepada pemain lawan sebelum Fadzli Shaari membuat rembatan kencang yang cantik menewaskan Azizon. Sabah 0 - 1 T-Team.
34': Gol Sabah. Hendrik Helmke menjaringkan gol dari sepakan penalti apabila pemain pertahanan T-Team memegang bola hantaran lintang Shahrul.
40': percubaan Juffry tinggi di atas palang gol.
42': peluang untuk T-Team namun bola rembatan pemain T-Team sempat dihalang oleh Mafry.
44': pemain T-Team membuat percubaan dalam kotak penalti tetapi diselamatkan oleh Azizon.
45+1': Juffry bijak melepasi pertahanan hasil gerakan pendek dari sepakan sudut tetapi rembatannya terkena pemain T-Team sebelum terkeluar sedikit di atas palang.
45+2: Tamat separuh masa pertama. Sabah 1-1 T-Team.

Separuh masa kedua:
47': percubaan Shahrul dari luar kotak penalti sedikit terkeluar di sebelah kiri gawang T-Team.
49': Shahrudin mendapat peluang di sebelah kiri gawang namun percubaannya diselamatkan penjaga gol.
50': pemain T-Team lepas dari pertahanan Sabah namun percubaannya berjaya diselamatkan Azizon.
52': Brendan membuat percubaan dari luar kotak penalti namun bola tersasar.
56': peluang keemasan untuk Sabah menjaringkan gol. Berpunca dari gerakan menarik Shahrul di sebelah kanan sebelum mebuat hantaran lintang yang gagal disambar Juffry namun Leopold yang menunggu di belakang merembat bola tepat ke palang gol.
68': Gol T-Team. Hantaran lintang dari Marco ditanduk cantik oleh Fadzli Shaari yang melepasi kawalan Alto.
73': Faiz Subri gagal merembat kemas walaupun tidak dikawal di depan gawang gol Sabah. Bola terkeluar sedikit dari tiang sebelah kiri.
76': Shahrudin terlepas di sebelah kanan namun hantaran lintang yang seakan-akan menuju masuk gawang diselamatkan penjaga gol.
87': Hendrik melakukan percubaan jauh tetapi dihalang pemain T-Team.
90+2': Ronny mencuba leret dari luar kotak penalti namun berjaya diselamatkan penjaga gol.
90+4': Tamat perlawanan. Keputusan penuh perlawanan Sabah 1-2 T-Team.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...