Jul 14, 2012

Keputusan penuh Liga Super: Sabah vs Negeri Sembilan 3-1

Keputusan penuh Liga Super: Sabah vs Negeri Sembilan 3-1 | Sabah 2-1 N. Sembilan 3-1 14 Julai 2012

Keputusan penuh di Std. Likas:

SABAH (3)
Hendrik Helmke pen. 27'
Shahrudin Yakup 77'
Bobby Gonzales 90+2'

vs

NEGERI SEMBILAN (1)\
Jeff Owona 41'

Sabah menamatkan saingan Liga Super musim 2012 dengan kemenangan ke atas pasukan pelawat Negeri Sembilan 3-1 di Std. Likas sebentar tadi. Bermain di atas padang yang basah Sabah terlebih dahulu melakukan jaringan menerusi sepakan penalti yang diambil oleh Hendrik Helmke di minit ke 27. Sepakan penalti tersebut berpunca dari kesilapan pemain N. Sembilan yang memegang bola di dalam kotak penalti.

Malang buat pasukan N. Sembilan di minit ke 33 apabila terpaksa bermain dengan 10 pemain selepas Norismaidham Ismail perintah keluar padang setelah mengutip dua kad kuning. Bermain sepuluh pemain tidak menghalang Negeri Sembilan memperoleh gol penyamaan pada minit ke 41 menerusi penyerang import, Jeff Owona yang bijak memperdaya dua pemain pertahanan Sabah. 

Bersambung babak kedua, kedua-dua pasukan saling berbalas serangan namun tidak menghasilkan gol sehinggalah Shahrudin Yakup memecah kebuntuan pada minit ke 77 untuk Sabah mendahului 2-1. Keadaan bertambah parah buat Negeri Sembilan apabila pemain sayap, S. Kunalan dilayang kad merah pada minit 87 selepas mengutip kad kuning kedua kerana mengasari Shahrudin.

Sabah mengambil kesempatan ke atas pasukan N. Sembilan yang bermain dengan sembilan pemain apabila menjaringkan gol ke-3 pada masa kecederaan menerusi pemain gantian, Bobby Gonzales. Tamat perlawanan, Sabah memperoleh kemenangan ke tujuh musim ini dengan menewaskan N. Sembilan 3-1.

Lain-lain keputusan Liga Super 14 Julai 2012:
K.Lumpur 2 - 5 Perak
Kedah 1 - 2 Felda United
Kelantan 3 - 1 Sarawak
PKNS 2 - 0 T-Team
Lions XII 0 -1 Johor Fc
Terengganu 3 - 0 Selangor

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...