1 Jul 2012

Highlights penuh perlawanan Kuala Lumpur vs Sabah 30 Jun 2012

Highlights penuh perlawanan Kuala Lumpur vs Sabah 2-4 | Sabah vs KL 4-2 30 Jun 2012

KUALA LUMPUR (2)
Zakaria Charara pen. 73'
Mohd. Afiq Azmi 82'

vs

SABAH (4)
Razid Gapar 9'
Ahmad Jihad gs. 53'
Radzi Husin 77'
Leopold Alfonso 88'

Kesebelasan Kuala Lumpur: 
Zahid Ahmad, Ahmad Jihad, Khairul Anuar, Syafiq Johari, Pritam Singh, Aslam Najumudeen, Badrul Hisyam, Zakaria Charara, Azrul Azmi, Stanley Bernard, Aiman Syazwan.

Kesebelasan Sabah: 
Azizon Abd Kadir, Reithuddin Eran, Brendan Gan, Razid Gapar, Zul Manshah, Hendrik Helmke, K.Thanaraj, Rosdin Wasli, Shahrudin yakup, Zainizam Marjan, Jufrey Omopor.

Separuh masa pertama
6' - Zainizam menerima lorongan cantik namun bola berjaya dihalang penjaga gol KL yang keluar dari pintu gol.
9' - Gollll!!! Razid menjaringkan gol pertama Sabah. Bermula dari sepakan sudut Shahrudin, bola yang terlebih dahulu tertampan pemain lain tepat menuju ke arah Razid yang tidak dikawal dan mudah menanduk masuk bola ke gawang. Sabah 1-0 KL.
10' - Sabah melakukan serangan dari sebelah tepi kiri gawang namun percubaan lemah dari Shahrudin ditampan keluar penjaga gol.
15' - Percubaan jauh pemain tengah KL, Khairul tepat ke dakapan Azizon.
17' - Hasil gerakan cantik Zakaria yang melorongkan bola kepada penyerang Badrul yang melepaskan rembatan namun sempat dihalang oleh Rosdin dan mudah bagi Azizon menangkap bola tersebut.
19' - Sepakan percuma dari luar kotak penalti Sabah yang diambil oleh Zakaria mudah diselamatkan Azizon.
22' - Juffry mendapat hantaran pendek dari Shahrudin sebelum melakukan rembatan betul-betul diatas garisan kotak penalti namun berjaya ditepis keluar Zahid.
24' - Percubaan jauh dari pemain KL tinggi di atas palang.
25' - Brendan berjaya menanduk bola hasil sepakan percuma Hendrik  namun terkeluar di sebelah kanan pintu gol.
26' - Sekali lagi Hendrik menghantar bola ke kotak penalti menerusi sepakan percuma namun tandukan Brendan tepat ke arah penjaga gol.
28' - Kuala Lumpur hampir mendapat gol penyamaan. Bermula dari sepakan percuma dari sudut sebelah kanan, bola gagal ditampan kemas oleh Azizon namun bola tampanan penyerang Kuala Lumpur yang tidak dikawal tersasar.
34' - Sabah hampir menambah jaringan menerusi larian cantik Juffry yang menerima trough pass dari Hendrik sebelum menewaskan seorang pertahanan KL. Namun percubaan Juffry yang berdepan dengan penjaga gol terkena palang melantun sebelum bola ke arah Zainizam yang gagal menanduk bola masuk ke gawang.
36' - Juffry melakukan gelecekan menarik di luar kotak penalti namun rembatannya pula tinggi di atas palang.
38' - Pemain import KL, Zakaria melakukan cubaan dari luar kotak penalti yang tinggi di atas palang.
44' - Razid mendapat bola hasil dari sepakan sudut namun sepakannya lemah dan mudah diselamatkan Zahid.
45' - Pemain sayap KL, Pritam Singh berjaya melepasi kawalan dua pertahanan Sabah namun hantaran silang dari jarak dekat dapat dibaca Azizon.
45'+2' - Tamat separuh masa pertama. Sabah 1-0 KL.

Separuh masa kedua
45' - Zainizam dikeluarkan dan Radzi Husin dimasukkan.
49' - Hendrik dilayangkan kad kuning kerana kekasaran ke atas Stanley.
53' - Golll!!! Sabah memperoleh gol kedua menerusi gol sendiri pertahanan KL, Ahmad Jihad. Gol berpunca dari gerakan Shahrudin yang berjaya melepasi seorang pertahanan KL sebelum melakukan hantaran ke depan pintu gol yang tertampan oleh Ahmad ke dalam gawang sendiri. Sabah 2-0 KL.
49' - Kad kuning pemain KL.
60' - Kad kuning untuk seorang lagi pemain KL.
69' - Shahrudin melepaskan rembatan dari luar kotak penalti namun tinggi di atas palang.
70' - Leopold masuk menggantikan Juffry yang cedera.
71' - Sepakan percuma di luar kotakpenalti oleh Hendrik sedikit tinggi di atas palang.
73' - Golll!!! Zakaria menjaringkan gol menerusi sepakan penalti selepas Razid melakukan kekasaran ke atas Stanley di penjuru kotak penalti. Sabah 2-1 KL.
77' - Golll!!! Radzi Husin melakukan percubaan dari luar kotak penalti yang cantik menuju ke sudut pintu gol KL yang langsung gagal diselamatkan Zahid. Sabah 3-1 KL.
78' - Razid dikeluarkan dan digantikan oleh Dendy Lowa.
82' - Golll!!! Mohd. Afiq berjaya menanduk masuk bola hantaran lintang Zakaria yang berjaya melepasi kawalan dua pertahanan Sabah di sebelah kanan. Sabah 3-2 KL.
84' - Kad kuning kepada Leopold.
88' Golll!!! Leopold menjaringkan gol ke-4 Sabah. Bermula dari Shahrudin yang bijak membaca bola hantaran penjaga gol KL sebelum melarikan bola ke tepi dan cuba dihadang oleh pertahanan lawan. Bola lantunan dari gerakan Shahrudin singgah ke kaki Leopold yang melakukan rembatan cantik dari luar kotak penalti yang gagal diselamatkan Zahid. Sabah 4-2 KL.
90+2' - Zakaria melakukan gerakan solo yang cantik namun percubaannya lemah dan diselamatkan oleh Azizon.
90+4' - Perlawanan tamat. Keputusan penuh, Sabah menewaskan Kuala Lumpur 4-2.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...