Welcome to Premier League...
Kekalahan kepada Kedah dalam perlawanan Playoff tempoh hari menoktahkan perjuangan Sabah untuk kekal dalam liga super musim 2013. Perkara yang paling ditakuti oleh ramai peminat akhirnya menjadi kenyataan dengan Sabah akan melengkapkan 12 pasukan dalam Liga Perdana musim 2013. Nampaknya jodoh Sabah dengan liga super tidak lama seperti yang dijangkakan setelah melakukan penampilan semula pada musim 2011 selepas mendapat 'promotion' automatik bersama Felda United. Turut mengiringi Sabah ke liga kelas dua musim depan adalah pasukan jiran se'Borneo', Sarawak dan pasukan yang mengecewakan Sabah di perlawanan pertama playoff, Kedah. Lebih malang berbanding kita, pasukan Sarawak hanya sempat merasai saingan di liga super satu musim manakala Kedah tersingkir selepas 7 musim di Liga Super.
Musim 2011 vs musim 2012
Aksi menakjubkan Sabah dalam Liga Perdana musim 2010 di bawah kendalian jurulatih import, Gary Philips membawa Sabah ke liga super setelah menamatkan musim itu di belakang juara, Felda United. Namun, musim pertama dalam liga super agak sukar buat Sabah apabila bergelut sejak permulaan liga dan menjadi penghuni tetap di kelompok bawah liga dan hampir tersingkir kembali ke liga perdana jika tidak kerana kebangkitan di penghujung saingan liga. Musim itu menyaksikan Sabah menduduki kedudukan ke 10 untuk kekal dalam liga dan layak ke saingan Piala Malaysia. Pencapaian yang menyelamatkan prestasi suram Sabah adalah layak ke saingan suku akhir Piala Malaysia sebelum kecundang di tangan pasukan T-Team. Musim 2011 kita hanya menyasarkan untuk kekal dalam liga super dan berjaya melakukannya dengan dramatik selepas melalui episod sukar termasuk penyingkiran jurulatih merangkap pengurus, Gary Philips. Musim 2012, pasukan Sabah diberi tugasan realistik dari pihak pengurusan SAFA untuk mencapai sasaran sekurang-kurang tempat ke-5 liga. Dengan kehadiran dua pemain import, Michael Baird dan Brendan Gan, rata-rata peminat melihat sasaran tersebut mampu dicapai. Segalanya nampak seperti yang disasarkan sehinggalah pusingan kedua liga bermula. Bermula dengan kekalahan back to back kepada Sarawak (0-1) dan T-Team (1-2) sebelum peristiwa bersejarah tewas 0-9 ke atas pasukan Lions XII dan diikuti kekalahan 0-2 kepada Kelantan, kita akhirnya membuat pusingan 360 darjah. Sasaran top 5 berkubur dan sasaran baru iaitu kekal dalam liga diberi. Skrip yang sama berulang seperti musim lalu apabila berlaku penyingkiran jurulatih dan Justin Ganai adalah mangsa kali ini. Namun, penamat kepada cerita musim ini tidak sama seperti musim sebelumnya apabila Sabah tersingkir ke Liga Perdana dan lebih perit lagi Sabah terlepas saingan Piala Malaysia. Musim ini juga menyaksikan lebih banyak 'kejadian' yang menarik untuk diperkatakan berbanding musim lalu. Bagi peminat yang mengikuti perkembangan pasukan sejak dari awal liga hinggalah ke hari terakhir liga, kegagalan pasukan kita ini tidaklah sukar untuk mereka analisis. Mungkin tidak keterlaluan untuk kita simpulkan bahawa musim 2012 di liga super adalah antara musim yang terburuk dalam sejarah bolasepak Sabah. Perit untuk menyatakan di sini bahawa Sabah telah memahat nama dalam sejarah Liga Super Malaysia yang akan menjadi memori hitam buat kita semua. Dan ini berlaku musim ini.
Musim 2013...
"Welcome back, Sabah"....ungkapan sinis buat kita semua. Kita kembali semula ke Liga Perdana, liga yang kasarnya disebut liga kelas dua di Malaysia. Liga ini bukanlah tempat baru yang asing bagi pasukan kita kerana disinilah kita pernah 'terperap' selama 5 musim sebelum ini (2006-2010). Dan disini kita akan bermula semula dari 'zero'. Satu musim di Liga Perdana pastinya masa yang panjang buat kita. Tidak ada apa-apa yang boleh kita perkatakan tentang musim 2013 kerana masih terlalu awal untuk kita bercerita disini. Tapi, satu perkara yang sudah boleh kita perkatakan iaitu mengenai SASARAN Liga Perdana 2013. Tidak lain dan tidak bukan PROMOTION ke Liga Super musim seterusnya. Ini sudah tentu pasti. Untuk seketika ini, dalam baki musim 2012 ini, kita sebagai peminat sudah boleh gulung tikar dan duduk di luar. Kita hanya akan menjadi 'penonton' dan bukan 'penyokong' kepada apa yang berlaku dalam bolasepak Malaysia selepas ini sehingga musim 2012 tamat.
Selamat tinggal Liga Super. Naaanti kami datang balik!!!
TATAP untuk Sabah selamanya,
Admin: Termenung memikir bila tahu puluhan ribu orang kita datang menonton perlawanan QPR vs Sabah di Likas. Sebagai peminat kita fikir-fikirlah....

Tiada ulasan:
Catat Ulasan