14 Jan 2013

Menjelang perlawanan: Sabah vs NS Betaria FC 14 Jan 2013

Menjelang perlawanan: Sabah vs NS Betaria FC

Selepas dua perlawanan yang sukar buat Sabah, petang ini tugas yang mudah menanti mereka di Std. Likas bertemu pasukan tercorot liga ketika ini, NS Betaria FC. Dalam dua perlawanan awal liga, Sabah menang ke atas juara Liga FAM 2012, KL SPA Putrajaya 2-1 sebelum tumbang kepada pasukan pilihan kejuaraan liga musim ini, Sime Darby FC 1-3 tiga hari yang lalu.

Nampaknya tiga perlawanan awal pasukan Sabah mempertemukan pasukan bekas juara Liga FAM dalam tiga edisi lalu dengan KL SPA juara musim 2012, Sime Darby (2010) dan terbaru, NS Betaria yang merupakan juara musim 2011. Berbeza dari dua perlawanan sebelum ini, perlawanan menentang NS Betaria dilihat lebih mudah buat Sabah untuk 'selesaikan'. Berdasarkan kepada rekod dua perlawanan awal liga pasukan lawan, tiada sebab buat Sabah untuk tidak memperoleh kemenangan mudah dalam perlawanan ini. Tidak keterlaluan kiranya jika kita katakan bahawa pasukan NS Betaria adalah salah satu pasukan yang dianggap lemah dalam Liga Perdana musim ini. Prestasi pasukan ini dalam kempen liga musim lalu tidaklah begitu baik yang mana pasukan ini hanya mampu menduduki tangga ke 10 dari 12 pasukan. NS Betaria kemudiannya tewas dalam perlawanan playoff yang menyebabkan pasukan ini diturunkan ke Liga FAM untuk musim 2013. Namun, ekoran daripada penarikan diri pasukan MP Muar, pasukan ini kembali mendapat tempat di Liga Perdana selepas menang ke atas UiTM FC dalam penentuan playoff. (UiTM masuk ke Liga Perdana menggantikan USM FC yang turut menarik diri).

Rekod pra-musim NS Betaria:
*14 Dis 2012: NS Betaria 1-2 PDRM
*16 Dis 2012: NS Betaria 0-6 Perlis
*18 Dis 2012: NS Betaria 1-2 Kuala Lumpur
*20 Dis 2012: (Penentuan tempat 3/4) NS Betaria 1-0 Perlis
01 Jan 2013: NS Betaria 3-1 Pulau Pinang 
*Kejohanan 4 penjuru Piala KL

Senarai pemain NS Betaria musim 2013:
1. Mohd Khairul Izzuwan bin Shaari
2. Abd Aziz bin Ismail
3. Annbarasan a/l Maniarasu
4. Chandra Devan a/l Sivalingam
5. Pannirselvam a/l Sadasivam
6. Mohammad Firdaus bin Mohd Afandi
7. Muhammad Shahrul Nizam bin Abd
8. Hillary Echesa Odada
9. Tomas Chovanec
10. Zailan bin Mohamad
11. Mohamad Affendi bin Mohd Ishak
12. Harivarman a/l Suntharalingam
13. Abdul Rayjal bin Abdul Jalil
14. Premnath a/l Chandran
15. Mohamad Akhbar bin Khamis
16. Depan Sakwati a/l Kandsamy
17. Nasrullah Haniff bin Johan
18. Rajesh a/l Lechumanan
19. Vikneswaran a/l Vegindran
20. Effendi bin Abd Malek
21. A. Zainal bin Rabin
22. Mohamed Zaidi bin Mohamed
23. Mohamad Syaiful bin Sabtu
24. Jaganathan a/l Victor Arputharajoo

David McCreery dijangka akan membuat sedikit perubahan pada kesebelasan pemain yang tewas kepada KL Sime Darby dengan pemain sayap, Shahrudin Yakup mungkin akan kembali beraksi selepas mengalami kecederaan selepas perlawanan pembukaan liga tempoh hari. Malangnya, Sabah tidak akan mendapat khidmat pertahanan import, Rhys David Weston yang belum pulih dari kecederaan. Pemain muda, Didie Arizal Ibrahim yang diberi peluang bermain 90 minit dalam perlawanan menentang Sime Darby kelihatan agak gugup manakala Alto Linus yang turut mendapat kepercayaan jurulatih dalam perlawanan itu juga mempamerkan prestasi yang kurang meyakinkan. Mungkinkah Juffry Omopor akan mendapat tempat dalam kesebelasan utama kali ini bersama dengan pemain veteran, Zainizam Marjan yang begitu berkesan dalam perlawanan terakhir mereka. Shahril Sha'ari sudah pasti akan terus mendapat tempat sebagai penjaga gol utama yang setakat ini beraksi dengan baik biarpun sudah melepaskan empat gol dalam dua perlawanan. Bagi penyerang import, Koh Traore yang melakar gol 'rasmi' pertama bersama skuad Sabah Jumaat lalu, perlawanan petang ini adalah satu lagi medan ujian buat beliau untuk menaikkan keyakinan para peminat dan penyokong terhadap keupayaan beliau.

"Ini adalah perlawanan yang mesti kami menangi, dan saya percaya pemain mampu melakukannya. Mereka telah menunjukkan peningkatan ketika menentang Sime Darby. Bagaimanapun, kami menerima padah akibat kesilapan yang dibuat dalam kekalahan itu."

Itulah harapan dari Alijus Sipil, Pengurus sementara pasukan Sabah kepada skuad Sabah dalam perlawanan petang ini. Bagi kami penyokong skuad Sabah, kemenangan bukanlah segala-galanya kerana kita juga mengharapkan pasukan Sabah untuk menunjukkan mutu permainan yang mantap dan lebih meyakinkan. Kami mahu melihat pasukan Sabah menang kerana sememangnya mereka LAYAK menjadi pemenang. Good luck Sabah....Sabah Tatap!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...