12 Dis 2012

Skuad Piala Presiden mulakan latihan

Justin Ganai
Kota Kinabalu: Skuad Piala Presiden 2013 negeri  memulakan hari pertama latihan mereka di Kompleks Sukan Likas pada Selasa.

Hanya 24 pemain hadir untuk sesi tersebut, yang telah dikendalikan oleh Justin Ganai dan dibantu oleh Burhan Ajui. Beberapa pemain lain dari luar masih belum melaporkan diri untuk latihan.

Turut hadir adalah empat pemain diterajui oleh kapten musim lalu, Didie Arizal Ibrahim, Dendy Lowa, Zulmanshah Aling dan Endre S Tipay, yang juga berlatih dengan pasukan dibawah kendalian David McCreery pada masa ini.

Para pemain telah diberikan sesi berlari di sebelah pagi di trek jogging sebelum sesi latihan bola pada waktu petang di padang 'B'.

Justin menghabiskan hampir sejam menghalusi teknik bermain bola dan mengingatkan mereka pentingnya menguasai kemahiran asas dalam situasi perlawanan sebenar sebelum mereka telah diberikan satu jam untuk sesi perlawanan.

Sementara itu, pasukan musim depan akan diuruskan sekali lagi oleh Datuk Juil Nuatim yang telah menerajui pasukan ini ke peringkat suku akhir dalam dua musim lalu.

Dengan purata usia 19, pasukan ini telah menunjukkan prestasi yang amat baik musim lalu dengan menduduki tempat teratas dalam liga Kumpulan A yang mana mereka mengekalkan rekod tanpa kalah di laman sendiri dan hanya mengalami satu kekalahan di tempat lawan.


Jurulatih Johnny Dominicus juga menunjukkan kerja yang cemerlang dengan bantuan penolongnya, Matasan Ahmad dan jurulatih penjaga gol, Awal Taham yang telah menerajui para pemain memenangi pingat emas Sukma dengan mengalahkan juara Piala Presiden 2012, Perak di perlawanan akhir.

Juil yang juga berada di tempat latihan pada Selasa memberitahu Sukan Express bahawa ia masih terlalu awal untuk meramalkan peluang pasukan itu tahun ini.

"Sesi latihan ini hanya bermula dan kita masih belum memuktamadkan barisan tetapi saya pasti kita akan kehilangan Maxsius Musa, salah satu bintang skuad musim lepas yang telah direkrut oleh pasukan Harimau Muda B."

Persaingan Piala Presiden akan bermula pada 31 Jan tahun depan namun jadual penuh liga belum dikeluarkan.

Sumber berita:
Daily Express - 12/12/12
Diterjemah oleh Sabahawkians

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...