9 Dis 2012

Malaysia vs Thailand Piala AFF Suzuki 2012

Malaysia vs Thailand Piala AFF Suzuki 2012 | Keputusan penuh, highlights dan analisis perlawanan separuh akhir pertama Malaysia menentang Thailand 9/12/12

Analisis dan Highlights perlawanan Malaysia vs Thailand - Piala AFF Suzuki 2012
PIALA AFF SUZUKI 2012
SEPARUH AKHIR PERTAMA
9 Dis 2012
Std. Nasinal Bukit Jalil
8.00 Malam
MALAYSIA
1 - 1
THAILAND
1
Norshahrul Idlan Talaha 48'
Keputusan (Penjaring)
1
Teerasil Dangda 79'
44 % Penguasaan bola
56
7(3/4) Percubaan (tepat/sasar)
10(4/6)
6 Sepakan sudut
4
2 Offside
0
1 Kad kuning
3
0 Kad merah
0
10 Kekasaran
12
Farizal Marlias, Mahali Jasuli, Fadhli Shas, Aidil Zafuan, Bunyamin  Omar (85' Zubir Azmi), Safiq Rahim, Azamiddin Akil, Amar Rohidan (74' Safee Sali), Gary Steven Robbat, Baddrol Bakhtiar (74' Kunanlan), Norshahrul Idlan Talaha Kesebelasan
Kawin, Piyaphon,Panupong, Chonlatit, Theerathon (45' Soleb), Adul (58' Apippo), Pichitpong, Datsakorn (75' Kirati), Jakkapan, Anucha, Teerasil

Tuan rumah, Malaysia berjaya diikat oleh pasukan pelawat, Thailand dengan keputusan 1-1 dalam perlawanan separuh akhir pertama di Std. Nasional Bukit Jalil malam tadi.

Malaysia terlebih dahulu membuka jaringan menerusi penyerang, Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke 48 sebelum Teerasil Dangda menyamakan kedudukan buat pasukan Thailand pada minit ke-79.

Separuh masa pertama perlawanan bermula dengan pasukan negara menampilkan corak permainan agresif yang memberi tekanan kepada pihak lawan untuk melakukan gerakan. Namun, kesilapan benteng pertahanan Malaysia hampir dihukum oleh pemain Thailand, Adul Lahsoh pada minit ke 11 yang melakukan rembatan padu dari luar kotak penalti yang sempat ditepis keluarFarizal.

Peluang terbaik negara hadir pada minit ke 19 menerusi hantaran jauh Bunyamin Omar kepada Azamuddin yang gagal melakukan penyudah di depan gawang Thailand. Kapten negara, Safiq dua kali mengancam gawang Thailand dengan sepakan sudutnya pada minit ke 32 tertampan pertahanan lawan sebelum terkena tiang dan seminit kemudian sepakan percuma beliau ditepis keluar penjaga gol.

Separuh masa pertama berakhir tanpa jaringan. 

Sejurus babak kedua bermula, Norshahrul Idlan Talaha menceriakan kem Malaysia apabila menanduk masuk bola hasil hantaran lintang cantik dari bek negara, Mahali Jasuli yang berjaya melepasi pertahanan di sebelah kanan di minit ke 48. Selepas jaringan itu, permainan bertukar kepada penguasaan pasukan pelawat dengan beberapa percubaan merbahaya di depan pintu gol Malaysia.

Asakan Thailand akhirnya berjaya membuahkan hasil apabila penyerang berbisa mereka, Teerasil Dangda bijak memperdaya Farizal menerusi tandukan ke sudut gawang gol di minit ke 79.

Pasukan negara berpeluang untuk menambah jaringan pada hujung permainan menerusi pemain gantian Safee Sali namun tandukan dari jarak dekat hasil lambungan jauh Zubir Azmi sempat ditampan penjaga gol Thailand.

Tamat perlawanan, kedua-dua pasukan terikat seri 1-1. Perlawanan separuh akhir kedua akan dilangsungkan pada 13 Disember ini di Bangkok.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...