5 Dis 2012

Desas-desus: Apa cerita Ahmad Aminuddin Shaharuddin?

Ahmad Aminuddin bersama HM musim 2009
Senarai pemain Sabah musim depan telahpun didedahkan secara tidak rasmi oleh SAFA. Sedikit mengelirukan, jumlah pemain yang disenaraikan adalah 26 walaupun hanya maksimum 25 pemain yang dibenarkan untuk didaftarkan mengikut peraturan FAM. Mungkin SAFA ada jawapannya selepas tarikh akhir penghantaran senarai pemain pada 6 Disember ini.

Sedikit mengejutkan, nama bekas penyerang Harimau Muda, Ahmad Aminuddin Shaharuddin yang sebelum ini telah diuar-uarkan akan bersama pasukan Sabah musim depan tidak tersenarai dalam skuad Sabah musim depan. Apa yang terjadi????

Sebelum ini, Aminuddin adalah salah satu dari tiga pemain import tempatan selain Fazilidin Khalid dan Khairul Izwan yang diumumkan akan ditandatangani oleh SAFA. Baca post tersebut disini...Desas-desus mengatakan bahawa MOU atau memorandum persefahaman telahpun dipersetujui antara kedua belah pihak. Dan lebih mengejutkan lagi, khabarnya pemain ini sudahpun ditawar kontrak setahun oleh SAFA. Namun, SAFA melakukan pusingan 360 darjah dengan melakukan keputusan yang jelas tidak berpihak kepada Ahmad Aminuddin.

Desas-desus juga mengatakan bahawa kedatangan seorang lagi pemain penyerang Wan Aliff Wan Jasmi menjadi punca Ahmad Aminuddin terpinggir dimata pihak SAFA. Benarkah???

Dan desas-desus mengatakan bahawa Ahmad Aminuddin mencuba nasib bersama pasukan Sarawak selepas beliau 'digagalkan' di Sabah. Sehingga cerita ini ditulis, belum dipastikan sama ada beliau berjaya di Sarawak walaupun tarikh akhir pendaftaran pemain kini semakin hampir.

Jikalau benar, SAFA 'mengorbankan' Ahmad Aminuddin untuk mendapatkan Wan Aliff, kita sebagai peminat berharap agar keputusan ini adalah yang tepat. Bagi penulis, kedua-dua pemain ini masih muda dan masing-masing dengan kelebihan mereka sendiri.

Sebagai menutup cerita, penulis sertakan satu petikan dari akhbar yang mungkin menarik untuk kita baca mengenai Ahmad Aminuddin.
"Anda mungkin tidak mengenali Ahmad Aminuddin Shaharuddin tetapi Arsene Wenger telah menganggap pemain ini sebagai permata buat negara. Beraksi di bahagian sayap dalam skuad Harimau Muda, Aminuddin berjaya menarik perhatian pengurus Arsenal itu ketika berkunjung ke Malaysia tahun lalu.
Wenger teruja dengan kepantasan dan kelincahan yang dimiliki Aminuddin persis pemain terkenal Real Madrid, Cristiano Ronaldo.
Dia pantas berfikir, memiliki sepasang kaki yang lincah dan tidak pernah mengenal erti putus asa walaupun pasukannya sedang ketinggalan. Malah dia juga mampu membantu pemain penyerang menjaringkan gol.
Aminuddin juga sangat variasi dalam melakukan hantaran. Baik hantaran jauh mahupun pendek dia tidak mempunyai masalah walaupun diasak lawan sehingga ke hujung garisan padang."
Rencana sukan - Utusan Online
13/02/2010


Penulis: Ini hanya cerita desas desus. Jangan ambil serius. Yang penting kita terus sokong Sabah!!! Tatap!!!

#Kredit kepada page Kelab Penyokong Sabah FA sebagai sumber info kepada cerita ini.
#Gambar kredit kepada Utusan Online

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...