Nov 14, 2012

Tiga pemain import tempatan sah bersama Sabah musim 2013

Pemain baru Sabah 2013 | Pemain import tempatan

Sabah FA hari ini mengesahkan telah rasmi menandatangani tiga pemain baru dari semenanjung bagi saingan Liga Perdana musim 2013. Tiga pemain ini adalah sebahagian daripada sejumlah lapan pemain import tempatan yang dipancing oleh Sabah FA. Identiti lima lagi pemain tidak didedahkan bagi menghormati kontrak pemain-pemain tersebut yang hanya akan tamat pada 30 November ini.

Tiga pemain baru yang telah sah bersama dengan skuad Sabah musim depan adalah pemain tengah Selangor, Mohd. Fazilidin Khalid (27 thn), bekas penyerang Harimau Muda yang beraksi untuk Felda United musim lalu, Ahmad Aminuddin Shaharudin (22 thn) dan bekas penyerang T-Team, Khairul Izwan Khalid (28 thn).


Nama: Mohd. Fazilidin Khalid
Tarikh Lahir: 3/03/1985
Umur: 27 tahun
Posisi: Tengah
Kelab terdahulu: Selangor FA






Nama: Ahmad Aminuddin Shaharudin
Tarikh Lahir (Umur): 21/03/1990 (22 tahun)
Tinggi: 1.78m
Posisi: Penyerang
Kelab terdahulu:
2006: Selangor (Piala Presiden)
2007-2010: Harimau Muda
2010: Perlis
2011: Negeri Sembilan
2012: Felda United








Nama: Khairul Izwan Khalid
Tarikh Lahir: 05/03/1984
Umur: 28 tahun
Posisi: Penyerang
Kelab terdahulu: T-Team

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...