19 Nov 2012

Kejohanan Mykids Soccer Kebangsaan: Pasukan bawah 12 Sabah mara ke suku akhir

Pasukan bawah 12 tahun Sabah mara ke suku akhir Kejohanan Mykids Soccer peringkat Kebangsaan selepas menewaskan pasukan Perak 3-0 dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan D di padang UITM Arau, Perlis petang tadi.

Kemenangan itu meletakkan Sabah muncul naib juara di belakang pasukan Terengganudi kumpulan D bagi membolehkan mereka layak ke suku akhir bertemu dengan juara kumpulan C, Kuala Lumpur esok. Dalam dua perlawanan sebelum itu, Sabah seri 1-1 dengan Pahang sebelum mengikat juara kumpulan, Terengganu 2-2.

Namun, nasib kurang menyebelahi buat skuad bawah 10 tahun apabila mereka tewas dalam semua perlawanan dalam peringkat kumpulan sekaligus menduduki tangga tercorot dalam kumpulan. Beraksi di kumpulan B, Sabah tewas 0-2 kepada tuan rumah, Perlis sebelum tunduk 1-4 kepada Negeri Sembilan dan menamatkan saingan kumpulan dengan kekalahan kepada Pulau Pinang dengan keputusan 2-4.

Keputusan dan kedudukan Bawah 10
Keputusan dan kedudukan Bawah 12

Sumber info/gambar:
pembangunanbolasepaknegara.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...