15 Nov 2012

Senarai pemain Sabah 2013 (bukan rasmi)

Senarai pemain Sabah musim 2013

Senarai penuh pemain skuad Sabah bagi musim 2013 belum lagi muktamad selepas Sabah FA menangguhkan pengumuman senarai pemain yang akan membarisi skuad Sabah musim depan. Penangguhan ini adalah disebabkan panel pemilihan pemain yang diketuai oleh jurulatih, David McCreery masih belum dapat memuktamadkan senarai penuh skuad.

Namun, SAFA telah mengesahkan tiga pemain import tempatan sudah pasti akan bersama Sabah musim depan iaitu pemain tengah Selangor, Mohd. Fazilidin Khalid (27 thn), bekas penyerang Harimau Muda yang beraksi untuk Felda United musim lalu, Ahmad Aminuddin Shaharudin (22 thn) dan bekas penyerang T-Team, Khairul Izwan Khalid (28 thn). Dikhabarkan juga bahawa lima pemain import tempatan bakal menyertai tiga pemain ini termasuk dua penjaga gol namun sehingga kini tidak didedakah oleh pihak Sabah FA bagi menghormati kontrak mereka yang hanya akan berakhir pada 30 Nov ini.

Bagi kuota import pula, sehingga kini Sabah telahpun sah mendapatkan khidmat bekas pemain antarabangsa Wales, Rhys David Weston yang bermain di posisi pertahanan. Satu lagi slot sehingga kini masih lagi rebutan beberapa pemain asing yang telah hadir dalam sesi pemilihan bersama Sabah FA tempoh hari. Yang pastinya, kuota bagi satu lagi tempat untuk pemain import adalah di bahagian serangan.

Senarai pemain Sabah musim 2013 sehingga kini (bukan rasmi)

Pemain yang dikekalkan musim lalu
1. Irwan Jamil
2. Radzi Mohd Hussin
3. Shahrul Azhar Ture
4. Sumardi Hajalan
5. Shahrudin Yakup
6. K. Thanaraj (mungkin akan ke N. Sembilan)
7. Alto Linus
8. Juffry Omopor
9. Zainizam Marjan
10. Rosdin Wasli
11. Julamri Muhammad

Dinaikkan dari Piala Presiden
12. Leopold Alfonso Otong
13. Sabri Sahar
14. Rozaimi Abd. Rahman (dipinjamkan ke Harimau Muda)
15. Razid Gapar
16. Mohd. Adiafandi Dullah

Pemain import asing
17. Rhys David Weston
18. ???

Pemain baru
19. Muhd. Ibnu Kassim
20. Mohd. Fazilidin Khalid (Selangor)
21. Khairul Izwan Khalid (T-Team)
22.Ahmad Aminuddin Shaharudin (Felda United)
23. ???
24. ???
25. ???
26. ???
27. ???
* Baki lima pemain adalah pemain import tempatan dan satu pemain import asing yang akan diumumkan oleh SAFA tidak lama lagi. Jumlah maksimum pemain yang didaftarkan dalam satu pasukan ialah 25 pemain.
* K. Thanaraj mungkin akan ke N. Sembilan
* Rozaimi Abd. Rahman dipinjamkan ke Harimau Muda

Pemain dari skuad Piala Presiden
1. Didie Arizal Ibrahim
2. Endre S. Tipay
3. Dendy Lowa
4. Zulmanshah Aling

#Senarai pemain ini adalah bukan senarai rasmi dari Sabah FA.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...