Herby Fortunat |
Sabah FA mendedahkan sekurang-kurangnya empat pemain import asing dijangka akan hadir ke ujian pemilihan terbuka yang bermula hari ini sehingga Ahad bagi melengkapkan kuota dua pemain import untuk saingan Liga Perdana musim depan.
Satu tempat bagi kuota pemain import sudah pasti milik pertahanan berasal dari Wales, Rhys David Weston yang telah berlatih bersama skuad Sabah sejak sebulan lepas dan telah tiba ke sini tiga hari yang lalu.
Setiausaha Agung Sabah FA (SAFA) Alijus Sipil mengesahkan bahawa empat pemain tersebut akan hadir dalam ujian hujung minggu ini dan keempat-empat mereka adalah pemain yang bermain di posisi serangan.
Beliau mendedahkan empat pemain tersebut adalah Koh Traore dan Sow Ibrahim dari Afrika, Herby Fortunat pemain kelahiran Haiti dan Zakaria Salyane dari Maghribi.
Koh Traore, 23 tahun adalah pemain penyerang yang berasal dari Burkina Faso yang terakhir beraksi untuk kelab dari Algeria, WA Tlemcen. Herby Fortunat, 30 tahun dilahirkan di Haiti tetapi bermain untuk pasukan kebangsaan Congo dengan 1 cap. Herby yang bermain di posisi serangan terakhir bermain untuk pasukan kelab Vietnam, Can Tho FC
Tiada ulasan:
Catat Ulasan