Berita dan perkembangan terkini Sabah FA
GL Oh
Kota Kinabalu: Usaha skuad untuk merekrut pemain import tempatan terhalang apabila tiga daripada sasaran mereka menolak tawaran.
Difahamkan, Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) dalam mesyuarat yang dipengerusikan oleh Naib Presiden Datuk Osman Jamal minggu lepas bersetuju dengan terma yang diminta oleh pemain tersebut dalam mesyuarat awal.
Bagaimanapun, pemain-pemain itu membuat pegawai SAFA 'tergamam' apabila mereka memutuskan untuk menolak tawaran itu dengan pelbagai alasan apabila mereka diberi kontrak.
Disebabkan itu, pihak pengurusan perlu menggandakan usaha mencari alternatif lain bagi memperkukuhkan skuad, terutama dalam bahagian pertahanan dan serangan.
Dengan kesediaan Johor untuk memberikan imbuhan yang besar untuk menambat pemain top tempatan seperti kapten Selangor, Safiq Rahim, pasangan kembar Muhd. Aidil Adha dan Muhd. Zaquan Adha dari ATM dan pemain pertahanan Terengganu, Muslim Ahmad yang pernah diintai oleh Sabah, ia membuatkan keadaan bertambah sukar kerana Sabah terpaksamenawarkan bayaran yang lebih besar untuk menawan hati pemain berstatus serupa untuk bermain dalam Liga Perdana musim depan.
Walaupun berdepan kesulitan, pasukan negeri dikira sudah berjaya mendapat tandatangan dua penjaga gol bagi mengisi kekosongan yang ditinggakan oleh Syed Adney Syed Hussin dan Azizon Abd. Kadir.
Salah seorang daripadanya adalah bekas pemain remaja antarabangsa manakala seorang lagi adalah pemain simpanan dalam pasukan utama Liga Super.
Pemain penyerang, T-Team, Khairul Izuan Khalid yang datang untuk sesi percubaan minggu lepas besar kemungkinan akan menyarung jersi Sabah.
Bekas penyerang antarabangsa Wales, Rhys David Weston dipercayai sedang dalam perjalanan kembali ke negeri ini, sekitar minggu ini dan dia besar kemungkinan ditawarkan kontrak oleh SAFA.
Sementara itu, Setiausaha Agung SAFA, Alijus Sipil, terdahulu berkata, sesi pemilihan terbuka untuk semua pemain tempatan dan import akan diadakan disini pada 9-10 November. namun, venue belum ditentukan memandangkan Stadium Likas sedang diubahsuai ketika ini.
Tambahnya, senarai penuh skuad negeri 2013 akan diumumkan pada 15 November dan majlis menandatangani kontrak akan diadakan beberapa hari kemudian.
Sumber berita:
Daily Expres
*disunting semula

Tiada ulasan:
Catat Ulasan