16 Nov 2012

Maxsius Musa terpilih dalam skuad Harimau Muda B

Pemain skuad Piala Presiden Sabah, Maxsius Musa berjaya memikat hati jurulatih pasukan Harimau Muda B, Ismail Ibrahim untuk diserapkan ke dalam pasukan pelapis skuad kebangsaan negara. Maxsius yang juga merupakan sebahagian daripada skuad Sabah yang memenangi pingat emas di kejohanan SUKMA Pahang baru-baru ini akan disertai oleh sembilan pemain lain.

Maxsius Musa
Mereka adalah, Mohammad Faizat Ghazali (Pulau Pinang), Muhammad Hafizul Hakim S Vikineswaran (Perak), Mohd Hafis Saperi, Shreen Tambi, Mohd Ibrahim Jobeli (Sarawak), Mohd Asyraf Abdul Talib, Mohd Iskandar Hanapiah (Johor) dan Ramdhan Abd Hamid (Kelantan).

Maxsius pemain kelahiran Keningau ini merupakan antara tonggak utama dalam pasukan Piala Presiden Sabah dan membantu pasukan ini layak sehingga ke peringkat separuh akhir selepas menjuarai peringkat liga kumpulan B. Walaupun memiliki susuk badan yang kecil, pemain ini mempunyai kelebihan melakukan percubaan menggunakan kedua-dua belah kakinya. Bermain di posisi sayap kanan, Maxsius beberapa kali melakukan jaringan menerusi percubaan jarak jauh untuk pasukan ketika kempen Piala Presiden musim ini.

Pemilihan Maxsius ke dalam skuad Harimau Muda B ini merupakan satu lagi kebanggaan buat seluruh peminat bolasepak tempatan selepas kita melihat kejayaan seorang lagi pemain kita, Rozaimi Abd. Rahman yang kini telahpun mendapat tempat dalam skuad Harimau Muda A dan skuad kebangsaan.

Tahniah Maxsius Musa!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...