Penyerang import Sabah 2013....Koh Traore |
Penantian seluruh peminat tempatan untuk mengetahui pemain import kedua Sabah yang akan diikat oleh SAFA telah terjawab. Pemain kelahiran Burkina Faso yang juga memiliki kerakyatan Mali, Koh Traore melengkapkan kuota dua pemain import asing selepas kita mendapat khidmat bekas pemain akademi bolasepak Arsenal yang juga pemain antarabangsa Wales, Rhys David Weston.
Koh Traore, siapakah pemain ini??? Persoalan yang mungkin menjadi bahan cerita di kalangan peminat tempatan termasuk penulis sendiri. Mungkin ramai yang teruja untuk mengetahui lebih mendalam mengenai pemain ini sebagai gambaran awal kita tentang kemampuan dan kualiti yang ada pemain ini. Penulis berkesempatan melakukan carian di web dan mendapat sedikit maklumat yang mungkin cukup sebagai gambaran awal tentang pemain ini. Kita lihat dulu biodata ringkas pemain ini:
Nama: Koh Traore
Asal: Burkina Faso
Kerakyatan: Burkina Faso dan Mali
Tarikh Lahir: 29 Ogos 1989
Umur: 23 tahun
Tinggi: 1.83m
Berat: 78 kg
Posisi: Penyerang
Kelab terakhir: WA Tlemcen (Ligue 1- Algeria)
Berikutnya, ini adalah info ringkas yang penulis termampu untuk 'google' mengenai Koh Traore.
- Bermain untuk kelab di tempat kelahirannya Etolie Filante dalam liga Burkina Faso sebelum ke Algeria.
- Berhijrah ke Ligue 1 Algeria dan mencuba nasib di kelab WA Tlemcen. Traore membuat penampilan pertama dalam perlawanan persahabatan dengan melakukan hatrik menentang USM Alger.
- Beliau melakukan kejutan dengan tidak menandatangani kontrak bersama kelab WA Tlemcen sebaliknya ke kelab yang lebih besar, ES Setif (musim 2010/2011) yang menawarkan gaji 8000 Dollar sebulan dan 18 bulan kontrak berbanding 6000 Dollar yang ditawarkan oleh WA Tlemcen. Sebagai rekod ES Setif adalah juara liga Algeria musim 2011-12.
- Perpindahan beliau ke ES Setif membabitkan nilai 25,000 euro.
- Melakukan 3 penampilan bersama kelab ES Setif dan menjaringkan1 gol dalam Ligue 1 Algeria sebelum dilepaskan kelab tersebut. Difahamkan, Koh menjaringkan dua gol dalam dua perlawanan yang bukan membabitkan perlawanan Ligue 1.
- Kembali ke kelab WA Tlemcen walaupun dianggap 'pengkhianat' oleh peminat kelab tersebut.
- Melakukan debut pertama bersama kelab tersebut pada 10/9/11 menentang AS Khroub dan menjaringkan satu gol untuk membantu kelab beliau menang 2-1.
- Melakukan 9 penampilan bersama WA Tlemcen dalam Ligue 1 Algeria dan hanya menjaringkan 1 gol.
- Dilepaskan oleh kelab di pertengahan musim liga 2011/2012 dan aksi terakhir beliau adalah pada 17/12/11 ketika menang 2-1 ke atas kelab CA Batna.
- Sebab dilepaskan adalah kerana prestasi yang menurun selepas beliau mengalami kecederaan.
- Yang menarik, beliau pernah tersenarai dalam skuad kebangsaan bawah 23 tahun Burkina Faso namun tiada maklumat lanjut mengenai caps dan jaringan antarabangsa beliau.
- Kelebihan Traore ada pada kekuatan fizikalnya, tandukan dan rembatan kedua-dua belah kaki yang padu.
Info-info ini penulis perolehi dari web rasmi sukan yang berpangkalan di Afrika termasuklah temubual bersama pemain, berita pasukan serta web statistik pemain. Info yang penulis kongsikan disini mungkin 100% tidak tepat dan bergantung penuh kepada kesahihan dari sumber asal.
Jika dilihat pada statistik, Koh Traore bukanlah pemain yang dikira berstatus bintang malahan tidak nampak karakter beliau sebagai pencetak gol yang digeruni. Tetapi kita melihat pelaburan SAFA ke atas pemain ini sebagai satu pertaruhan yang 'boleh diterima' oleh para peminat. Siapa tahu, aksi pemain ini mungkin menjadi di Sabah. Sejarah membuktikan, penyerang import yang layak menjadi lagenda Sabah, Scott Ollerenshaw pernah ditolak dalam percubaan oleh sebuah pasukan dalam liga di Malaysia suatu ketika dulu.
Penulis petik kata-kata akhir Koh Traore dalam satu temubual bersama lebuteur.com ketika beliau di penghujung karier bersama WA Tlemcen:
Q: Will you join a new club when the winter transfer window?
Koh: I prefer not to talk too much about it, although I can assure you that I will soon bounce back in a new ambitious club, because I always trust my ability to one day play in a great team.
(Translated - lebuteur.com)
Good luck Koh Traore!!!
Sumber info:
lebuteur.com
soccerway.com
entente-setif.com
widad-lemcen.com
Good Articles
BalasPadam