Kota Kinabalu: Pasukan berwajah baru Liga-M Sabah mengadakan perlawanan pertama pra-musim menentang skuad Piala Presiden di Stadium UMS pada malam Rabu lepas.
Semua pemain kecuali Rhys David Weston dan Julamri Muhamad yang mengalami kecederaan ringan diberi peluang bermain dalam tiga babak melibatkan 30 minit setiap babak dan mereka pulang dengan kemenangan 3-0.
Koh Traore beraksi dalam dua babak pertama dan berjaya menyumbat satu gol pada babak kedua dari jarak dekat sebelum pemain import tempatan baru, Khairul Izuan menambah satu lagi menerusi tampanan mudah juga di babak kedua.
Penyerang lincah, Juffry Omopor melengkapkan jaringan melalui gerakan individu yang cantik pada babak ketiga.
Naib Presiden I, Datuk Yusof Kasim, pengurus pasukan Alijus Sipil dan Yahya Kasim turut hadir menyaksikan perlawanan itu.
Prestasi pada malam itu memberikan gambaran tentang apa yang diharapkan daripada pasukan dengan beberapa pemain baru dilihat menunjukkan teknikal yang baik, namun mereka mereka memerlukan lebih banyak perlawanan untuk lebih serasi sebagai satu pasukan jika mahu membuka tirai liga dengan cemerlang.
Pasukan Piala Presiden yang diketuai gandingan pertahanan, Didie Arizal Ibrahim dan Dendy Lowa yang juga berlatih bersama skuad senior tidak memberi ruang kepada barisan serangan skuad baru senior pada babak pertama. Penyerang senior hanya mampu melakukan percubaan jauh yang berjaya dinafikan oleh Endre S Tipay.
Seorang lagi pelatih skuad senior, Zulmanshah Aling juga beraksi baik untuk skuad junior dan dia memainkan peranan penting dalam mengatur beberapa serangan balas yang memaksa pasukan senior beberapa kali berkampung di tempat sendiri.
Jurulatih David McCreery berkata selepas perlawanan, beliau secara keseluruhannya gembira dengan persembahan pemainnya.
Beliau berkata, ia adalah perlawanan pertama untuk pasukan diatas padang yang sesuai dan sudah tentu masih ada ruang untuk diperbaiki.
Beliau mengakui bahawa lebih banyak perlawanan diperlukan bagi memperkemaskan lagi pasukan sebelum musim bermula 7 Januari ini.
Sementara itu, walaupun dengan prestasi positif dari pemain-pemain junior, jurulatih Justin Ganai bersama pembantunya, Burhan Ajui perlu mencari pengganti dikalangan pemainnya untuk mengisi tempat Dendy, Didie dan Zulmanshah yang dilihat akan lebih banyak bersama skuad senior di musim baru.
Tetapi mereka mampu bermain baik dalam perlawanan tersebut memandangkan mereka mempunyai penyerang yang bagus seperti Eyo Mathew dan Umareng Bacok dari skuad musim lalu dan pemain baru, Rexjeson Piturus yang dilihat tajam dihadapan.

Sumber berita:
Harian Ekspres
Tiada ulasan:
Catat Ulasan