29 Apr 2012

Ahmad Hazwan Bakri tenggelamkan reputasi Safee Sali


Hatrik....Hazwan Bakri (20 tahun) meraikan gol pertama.
Ahmad Hazwan Bakri memahatkan namanya dalam buku sejarah bolasepak negara apabila menjadi pemain termuda negara pertama yang mencatat hatrik dalam penampilan sulung bersama skuad utama pasukan bolasepak negara kelmarin. Hazwan meledakkan tiga gol dalam tempoh 20 minit terakhir iaitu pada minit 71,82 dan 90 untuk membantu skuad kebangsaan menewaskan Sri Lanka 6-0 dalam aksi perlawanan persahabatan di Stadium Shah Alam.

Hazwan menggantikan penyerang prolifik negara yang agak tenggelam malam tadi, Safee Sali, pada minit ke 70. Beliau tidak perlu menunggu lama untuk melakukan impak apabila sentuhan pertama beliau terus diterjemah ke gawang gol selepas seminit aksi di padang. Selepas itu, beliau terus cemerlang apabila menyempurnakan dua lagi peluang yang diperolehi untuk memberi gambaran kepada ramai peminat bahawa Hazwan bakal menjadi saingan sengit Safee Sali sebagai penyerang no satu negara.

Sedikit info mengenai Hazwan Bakri....
Hazwan Bakri (20 tahun), pemain kelahiran Labuan yang mula menempa nama bersama pasukan Kuala Lumpur pada saingan Liga Super 2011. Selepas beraksi cemerlang bersama pasukan Kuala Lumpur pada musim tersebut, beliau telah dipanggil oleh Ong Kim Swee untuk diserapkan dalam pasukan bawah 23 tahun negara. Penampilan sulung beliau dalam skuad bawah 23 tahun pada 13 Disember 2011 menentang Sydney FC dalam aksi persahabatan mencuri perhatian apabila beliau menjaringkan dua gol.

Bakat Hazwan Bakri berjaya dikesan oleh KLFA ketika dia beraksi untuk pasukan Wilayah Persekutuan Labuan pada Sukma Terengganu 2008 dan diserapkan ke skuad Piala Presiden setahun kemudian. Ketika ini, Hazwan sebenarnya bermain dengan skuad Harimau Muda secara pinjaman kerana dia masih terikat kontrak bersama KLFA sehingga penghujung tahun 2012.

Admin: Tinggalkan komen anda atau like post ini...thanksss...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...