17 Apr 2012

Menjelang Perlawanan : Liga Super Malaysia Perak vs Sabahawks 17 April 2012

Menjelang Perlawanan : Liga Super Malaysia Perak vs Sabah 17 April 2012 | Perak vs Sabahawks 17/04/2012
Sabah bertandang ke Stadium Ipoh menentang Perak malam ini untuk perlawanan pembukaan dalam pusingan kedua dan yang ke-14 dalam Liga Super Malaysia musim ini. Perlawanan malam ini berlangsung selepas hanya tiga hari pertemuan kedua-dua pasukan ini di Std. Likas tempoh hari yang menyaksikan Sabah tewas 1-3 kepada pasukan pelawat.

Menariknya, Sabah baru saja memuktamadkan pencarian pemain import baru yang menggantikan Michael Baird yang telah ditamatkan kontraknya. Hendrik Helmke, 25 tahun, yang disebut sebagai calon terbaik di kalangan 4 pemain import yang datang menghadiri ujian pemilihan pada Jumaat lalu. Setiausaha Kehormat SAFA, Alijus Hj. Sipil mengesahkan bahawa pemain ini sudah didaftarkan dengan Sabah FA dan hanya menunggu Sijil Perpindahan Antarabangsa (ITC) bagi membolehkan beliau bermain di Liga Malaysia. Namun, belum dipastikan sama ada sijil ITC Hendrik dapat diperolehi sebelum perlawanan malam ini.

Dalam pertemuan malam ini, Sabah akan mendapat semula khidmat pemain pertahanan kanan, Ronny Harun yang baru selesai menjalani penggantungan satu perlawanan yang menyaksikan beliau terlepas aksi menentang Perak tiga hari lalu. Kesebelasan Sabah malam ini dilihat lebih mantap berbanding perlawanan lalu dengan kehadiran pemain pertahanan tengah, Fariss Azlan Mat Isa yang sudah pulih sepenuhnya yang memberikan jurulatih Justin Ganai lebih banyak pilihan dalam kesebelasannya
Senarai pemain Sabahawks untuk perlawanan menentang Perak:

GK: Syed Adney, Irwan Jamil

Pertahanan: Mafry Balang, Reithauddin Ag. Emran, Ronny Harun, Fariss Azlan, Sumardi Hajalan, Dendy Lowa

Tengah: Zureindy Jumai, Radzi Husin, K.Thanaraj, Rozaimi Abd. Rahman, Shahrudin Yakup, Shahrul Azhar, Safuan Ibrahim

Penyerang: Zainizam Marjan, Bobby Gonzalez, Juffry Omopor

* Pemain import baru Sabah, Hendrik Helmke belum pasti dapat bermain malam ini.

Admin: Tinggalkan komen anda dibawah atau klik 'like' untuk mengongsikan post ini di FB...thanks...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...