Apr 14, 2012

Sabahawks News: Empat import cuba nasib bersama Sabah FA

Pemain import Sabahawks yang bakal menggantikan Michael Baird???
Bakal pengganti Baird...Dube Phiri (Zambia), Muogai Gilles (Ghana) dan Hendrik Helmke (Jerman).
Dengan kecederaan lutut yang melanda penyerang import Sabah, Michael Baird yang dijangka mengambil masa 3 bulan untuk sembuh, Sabah FA memulakan pencarian pemain import baru yang kemungkinan besar bakal mengambil tempat Michael.

Kelmarin, empat pemain import diuji oleh Sabah FA di Stadium Likas iaitu Dube Phiri (Zambia), Muogai Gilles (Ghana), Eduard Sakhnerich (Russia) dan Hendrik Helmke (Jerman). Namun, bagi pemain Russia, Eduard, dia tidak layak untuk beraksi dalam mana-mana pasukan dalam Liga Super memandang beliau telah bermain untuk pasukan Pahang sebelum digugurkan awal musim ini.

Hendrik Helmke (25 tahun)
Dua pemain dari benua Afrika, Phiri dan Gilles dikhabarkan pernah mencuba nasib di beberapa pasukan Liga Super sebelum liga bermula namun tidak mendapat tempat. Hendrik pula dilihat sebagai calon pilihan Sabah FA jika dilihat atas faktor pengalaman kerana beliau pernah bermain di Liga Divisyen 4 Jerman selain pernah bermain di liga Brazil.

Dengan tempoh pendaftaran pemain import sehingga tengahari Isnin ini, Sabah FA nampaknya kesuntukan masa untuk memilih calon terbaik untuk mereka mendapatkan pengganti Micheal Baird. Yang pastinya, perlawanan Sabah menentang Perak malam ini akan berlangsung tanpa kehadiran dua pemain import Sabah iaitu Micheal dan Brendan.

Sumber gambar: New Sabah Times

Admin: Tinggalkan komen anda atau klik 'like' untuk mengongsikan post ini ke FB...thanks...

2 comments:

  1. Nice blog utk pminat sabah.. truskn admin...

    ReplyDelete
  2. Thanks...teruskan support sabahawkians

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...