5 Jun 2012

Cebagoo FC buat ujian pemilihan pada 9 dan 10 Jun

Mohd Joh Wid...presiden kelab.
Kota Kinabalu: Cebagoo FC menjemput semua pemain dari Sabah dan Labuan untuk menghadiri ujian pemilihan yang telah ditentukan pada 9 dan 10 Jun di Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu.

Presiden kelab, Mohd. Joh Wid berkata pemain-pemain berumur antara 19-25 tahun adalah dialu-alukan datang menghadiri ujian pemilihan ini.

"Kami masih dalam proses mencari pemain untuk melengkapkan skuad kami dalam persiapan untuk cabaran Liga FAM musin depan (2013)", kata Mohd Joh kelmarin.

Hari pertama (6 Jun) pemilihan akan diadakan di trek Stadium Likas bermula jam 3 petang hingga 5 petang yang mana ujian yang akan dilakukan ialah larian 100m.

"Hanya pemain yang mencatat 13 saat ke bawah akan dipilih untuk ujian pemilihan hari kedua," tambah beliau.

Pada hari kedua, ujian pemilihan akan diadakan di padang B dari pukul 8 pagi hingga 5 petang.

"Pemain akan diuji berdasarkan kepada posisi mereka," katanya sambil mengingatkan para pemain yang menghadiri ujian untuk membawa sendiri kasut but dan pakaian sukan yang sesuai.

"Mereka akan datang ke pemilihan ini atas perbelanjaan mereka sendiri," kata Mohd Joh.

"Kami mahu mencari pemain untuk melengkapkan skuad kami. Antara kriteria yang perlu mereka ada adalah muda, berbakat, semangat juang yang tinggi dan berdisiplin. Kami akan memanggil beberapa jurulatih serta pemain sebagai ahli dalam panel pemilihan dan mereka ini akan memberi cadangan kepada jawatankuasa kelab untuk menentukan keputusan akhir," kata beliau.

#Diterjemah semula.


sumber berita:
News Sabah Times - 5 Jun 2012 (muka 23)

-Klik iklan dibawah sebagai tanda sokongan anda kepada blog ini-

8 ulasan:

  1. Aku cadangkan tukar la nama kelab ni sebelum bertanding di liga FAM 2013 supaya ada sense of belonging. Kebanyakan kelab bolasepak Malaysia contoh felda united, t-team, sinar dimaja maisarah fc semua nama ntah apa2. Macam mana mau tarik komuniti setempat untuk tengok dan sokong kelab bolasepak yg nama pun ntah apa2. Aku cadang namakan la kelab ni Kota Kinabalu FC atau nama yang ada sense of belonging dengan komuniti setempat. Kelab pula ditaja oleh Cebagoo Market. Jadi secara tidak langsung kelab ni mewakili KK dalam Liga FAM 2013.

    BalasPadam
  2. Butul tuh. Apa la punya nama2 club di msia ni.. klu ya pun mau kasi iklan, promote, propaganda diri sendiri (butul2 angkat bakul oo...), pakai la bah nama yg ada power sikit. Ini, felda la, (trus terbayang urg bawa sabit pigi main bola), nama yg bingai2 ja.. teda kick. Ini Cebagoo FC ni pulak, klu sia dingar, trus terbayang PTI.. hmmm, mcm bunyi team dari Cebu island ja..

    BalasPadam
  3. Just mau tau..sekarang sudah bole pakai pemain non-malaysian ka for football club? Mcm dulu dengar2 pemain import xbole main. ka macamana..heheh..

    BalasPadam
  4. halo...sy teringin btul mw join sabahawk team..so, bla lg ada pemilihan safa arh..?

    BalasPadam
  5. da seratus kali aq terlepas pmilhan mcm ni..hal mcm ni ada ka msk surat khabar ka..apa kaa..btl2 mnt psl bola ni..tapi..tiap kali ada ja slction..mesti da t.lps punya laa..

    BalasPadam
  6. Nma sya muhammad shahafizul,umr sya 16 ,sya brmain di posisi midfield,sya brminat trhadap kelab ini krna sya ingin memenuhi impian sya

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...