23 Jun 2012

Cerita Admin: SAFA vs Justin vs Pemain vs PENYOKONG???

Cerita Admin: SAFA vs Justin vs Pemain vs PENYOKONG???

Segalanya bermula disini...
Bahang panas yang melanda skuad Sabahawks selepas kekalahan back-to-back kepada Sarawak, (1-0 ditempat lawan) dan T-Team (1-2 di tempat sendiri) nampaknya reda selepas liga berehat sebulan pada pertengahan Mei lalu. Para peminat tempatan nampaknya sudah melupakan kekalahan tersebut dan bersikap sangat positif terhadap kemampuan Sabah menentang Lions XII walaupun beberapa siri persahabatan ketika rehat sebulan tersebut tidak memihak kepada skuad Sabah. Untuk rekod, Sabah tewas dua kali kepada pasukan yang beraksi di Liga-S, Brunei DPMM dalam aksi persahabatan (1-3 dan 1-2) di Bandar Seri Begawan. Sabah terbang ke Singapura dengan harapan tinggi peminat dan penyokong untuk melihat pasukan ini melakukan kejutan atau sekurang-kurangnya memberi saingan sengit kepada pendahulu liga, Lions XII. Bagi penulis, adalah satu kejayaan bagi skuad Sabah jika mampu mengikat Lions di Std. Jalan Besar dan tidak pernah meniti di kepala penulis untuk Sabah menang perlawanan ini. Rasionalnya, bermain di padang rumput tiruan untuk kali pertama bukanlah satu perkara yang mudah dan ditambah lagi keadaan pasukan yang 'depleted' sehinggakan memaksa beberapa pemain dari skuad junior dipinjam. Lebih parah lagi, kecederaan dan penggantungan beberapa pemain tonggak sangat menjejaskan pasukan. Namun, sedikit melegakan apabila jurulatih, Justin Ganai bersikap optimis terhadap kemampuan pasukan tersebut mengekang Lions XII.


Sejarah tercipta di Std. Jalan Besar....
Namun, kesudahannya, sejarah tercipta di Std. Jalan Besar tanggal 16 Jun 2012 apabila gawang Sabah bolos SEMBILAN kali dan peritnya tanpa berbalas. Sabah dan Lions XII memahat rekod 'unik' dalam arkib sejarah bola sepak Liga Super pada malam itu. Sejarah hitam buat bolasepak Sabah untuk tatapan generasi akan datang dan kebanggaan buat warga Singapura. Keputusan yang mungkin boleh dilihat sebagai 'gurauan' atau 'lawak jenaka'. Tetapi itulah yang berlaku dan penulis yakin seluruh peminat dan penyokong setia Sabah khususnya tidak mampu menerimanya dengan akal yang waras. Malah, 'kejadian' ini bukan sahaja menjadi perhatian seluruh warga Malaysia tetapi juga warga Singapura sendiri yang tidak menyangka pasukan yang dominan pada aksi pusingan pertama tumbang sehancur-hancurnya. Memori pahit tewas 0-7 kepada pasukan Singapura 18 tahun yang lalu kini telah ditambah lagi kepahitannya dengan sejarah baru tercipta tewas 0-9. Sinisnya, warga Singapura menjadikan kemenangan ini sebagai jawapan balas terhadap kekalahan pasukan kebangsaan republik tersebut di tangan skuad kebangsaan 0-2 empat hari sebelum itu. Cakap-cakap 'sumbang' jelas tertuju kepada skuad Sabah oleh rakan-rakan peminat dan penyokong pasukan se-liga yang turut kecewa kerana harapan mereka melihat ke-ego-an pasukan republik tersebut dicalar pasukan kita tidak berlaku malah aib menimpa. Namun, seperti yang penulis katakan, BERAT MATA MEMANDANG, BERAT LAGI BAHU YANG MEMIKUL. Sukar untuk penulis bayangkan perasaan rakan-rakan peminat dan penyokong dan pastinya malam itu adalah malam yang paling 'gelap' bagi kita semua. Apapun, sejarah sudah terpahat. The damage has been done. What more can we do???

SAFA, OH! SAFA...

Hari pagi selepas malam bersejarah, tidak seperti hari-hari biasa, rakan-rakan penulis yang selama ini memang "suam-suam kuku" malah ada yang "off topic" pasal bolasepak Sabah tiba-tiba rancak bersembang pasal 'tragedi' Std. Jalan Besar. Macam-macam yang penulis dengar; dengan cerita kena suap, pemain bodoh, Justin palui, Sabah bikin malu, tukar pemain, tukar jurulatih, report polis, report SPRM dan macam-macam lagi. Tapi satu nama yang semacam tidak disebut mereka tidak lain tidak bukan SAFA. Ya, SAFA. Mungkin kerana mereka kurang 'ketahuan' pasal SAFA atau mungkin bolasepak Sabah bagi mereka hanya pada pemain dan jurulatih. Dan mungkin bagi mereka, jatuh bangun prestasi pasukan adalah dari pemain dan jurulatih. Lantas, yang menjadi mangsa maki hamun adalah pemain dan jurulatih. Penulis BUKAN tidak bersetuju dengan cerita dan maki hamun mereka tetapi kerana mereka benar dengan apa yang mereka tahu dan mereka lihat. Bagi penulis, cerita sebenarnya tidak hanya pada apa yang dilihat di atas padang dan di atas scoreboard, tapi lebih tepat sekiranya cerita itu kembali kepada "bapaknya" dan tidak lain tidak bukan SAFA. Sesebuah organisasi berjaya kerana memiliki PENGURUSAN dan PERANCANGAN yang berkualiti. Penulis tidak memiliki diploma apatah lagi ijazah dalam bidang pengurusan dan mungkin tidak layak untuk bercakap tentang pengurusan sesebuah organisasi. Dan mungkin penulis tidak layak untuk mengulas atau berkata apa-apa mengenai pengurusan SAFA kerana penulis sendiri tidak tahu apa-apa tentang SAFA. Memang benar. Tapi, adakah anda berani untuk TIDAK BERSETUJU dengan penulis sekiranya penulis mengatakan bahawa sesebuah organisasi itu GAGAL kerana pengurusan yang tidak baik. Banyak persoalan yang memerlukan jawapan di sini tetapi satu soalan mudah untuk kita renung bersama.

Adakah beban kemerosotan prestasi pasukan terletak penuh pada pemain dan jurulatih? Bagaimana pula dengan pihak pengurusan?

Penulis hairan dengan tindakan SAFA menyingkirkan Justin Ganai yang penulis rasakan tidak sesuai pada waktunya. Adakah tindakan ini hanya kerana mahu meredakan suasana 'panas' lantas Justin dijadikan kambing hitam untuk dikorbankan. Bukan mahu membela Justin kerana sememangnya beliau juga punya tanggungjawab dalam siri kekalahan pasukan Sabah. Tapi, mengapa hanya Justin??? SAFA seolah-olah mahu menutup kelemahan mereka dengan melakukan tindakan tidak kena waktunya. Keputusan yang tergesa-gesa dan tidak ada perancangan yang konkrit selepas penyingkiran Justin. Adakah ini akan membantu pemain dan pasukan? Moral pemain -pemain pastinya merudum jatuh akibat daripada kekalahan besar ditangan Lions XII dan dalam masa yang singkat kehilangan jurulatih ketika diambang menghadapi perlawanan menentang PKNS. Semuanya berlaku dalam tempoh 4 hari. Adakah penyingkiran Justin ini adalah untuk kebaikan pasukan ataupun sekadar tindakan tutup kes '9-0' dari SAFA??? Kekalahan 0-4 kepada PKNS adalah jawapan kepada tindakan SAFA itu. What more to come???

Bila penyokong tunjuk kuasa...
Laungan "SAFA itu BANGSAT" yang bergema di Std. Likas tempoh hari pastinya luahan kekecewaan penyokong yang selama ini cukup bersabar dan setia bersama pasukan walaupun dengan prestasi yang merosot. Walaupun dengan jumlah yang sedikit, namun itu adalah yang ditunjukkan secara terang-terangan dan belum mengambil kira protes senyap dari penonton lain yang datang dengan pakaian serba HITAM. Dan malam itu adalah protes pembukaan yang mungkin akan membuka kepada siri protes seterusnya. Dan terima kasih juga kepada keputusan memalukan lagi malam itu yang mana Sabah tewas kepada PKNS 0-4 yang akan menyemarakkan lagi api semangat penyokong untuk memperhebatkan lagi PROTES selepas ini. Jangan cuba mengambil ringan dan remeh suara penyokong kerana mereka juga adalah sebahagian dalam pasukan. Beranikah SAFA memberitahu kita bahawa mereka boleh 'survive' tanpa penyokong. Lihat bagaimana penyokong Sabah berani melakukan pembaharuan dan perubahan. Bagaimana pula dengan SAFA???

SAFA...Wake UP!!!
Masih belum terlambat...jangan katakan bahawa SAFA tidak bermasalah. Jangan katakan hanya Justin Ganai dan pemain-pemainnya yang gagal. Jangan katakan penyokong dan peminat tidak 'sporting'. Cukup-cukuplah. Lihatlah pada diri sendiri. Cari kelemahan diri sendiri. Berpijaklah di bumi yang nyata.

0-1, 1-2, 0-9, 0-4 and what nexttt??? Premier League??? We cannot afford another humiliation, SAFA.

Please...WAKE UP!!! SAFA...

3 ulasan:

  1. Mmg butul la tuh, semua mau escape, Justin jadi mangsa. Semua salah dia saturang la kunun + pemain. Yg menteri2 di atas2 tuh, berpeluh2 cover line supaya ndak kana blame. Ptuih, typical politician. Bring out the businessman, to be the owner. Yg neutral politik. And watch how the club will rise, guarantee. Utk kapala safa skrg, CUKUP la ko mau kabas, sapu, kapur, kikis segala2 tuh. Sampai sport pun kamurang mau conquer ka? Bloody hell!! Cukup la seksa "urg kampung", jgn kasi sengsara bola pula

    BalasPadam
  2. Rozaimi Abd Rahman kalau mau terus berjaya dalam bolasepak dan menjadi terkenal mesti pindah pigi ATM,Kelantan,Selangor atau N.Sembilan,kalau masih main dengan sabah hancur bakat kau!!!

    BalasPadam
  3. Saya masih tetap peminat team sabah. Walaupun 2013 team sabah x berapa kuat, tetapi kita tengok dulu manager baru kita punya strategi. Milomir punya pengalaman main bola , kita mesti mau percaya. Go sabah go . Balik liga super.

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...