9 Jun 2012

Keputusan penuh Brunei DPMM vs Sabah perlawanan persahabatan 9 Jun 2012

Keputusan penuh Brunei DPMM vs Sabah perlawanan persahabatan 9 Jun 2012


BRUNEI DPMM FC  (3)
Dos Santos 23'
Rosdin Wasli og. 41'
Mohd Fakharrazi Pg Hj Hassan 84'

vs 

SABAH (1)
Brendan Gan 75'

Sabah tewas kepada pasukan jiran, Brunei DPMM FC dalam aksi perlawanan persahabatan yang telah berlangsung sebentar tadi dengan keputusan 1-3.

Bermain di tempat sendiri, Brunei DPMM FC mendahului Sabah 2-0 pada separuh masa pertama hasil jaringan pemain import, Tales Ricarte Dos Santos pada minit ke 23 dan gol sendiri pertahanan Sabah, Rosdin Wasli pada minit ke 41.

Sabah merapatkan jurang gol melalui Brendan Gan pada minit ke 75 walaupun bermain dengan sepuluh pemain selepas Mafry Balang dilayangkan kad merah 10 minit sebelum itu.

Tuan rumah menjaringkan gol ketiga mereka pada minit ke 84 menerusi Mohd Fakharrazi Pg Hj Hassan untuk perlawanan berakhir dengan keputusan Brunei DPMM FC menewaskan Sabah 3-1.

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...