8 Jun 2012

Singapore vs Malaysia 2-2 (8 June 2012) - Perlawanan Persahabatan Antarabangsa

Singapore vs Malaysia 2-2 (8 June 2012) - Perlawanan Persahabatan Antarabangsa

Keputusan penuh perlawanan:

SINGAPORE (2)
Shahdan Sulaiman 87'
Qiu Li 93'

vs

MALAYSIA (2)
Azamuddin Akil 43'
Safiq Rahim 60'

Pasukan Malaysia dan Singapura terikat 2-2 dalam perlawanan persahabatan yang berlangsung di Stadium Jalan Besar sebentar tadi. 

Dalam perlawanan itu, Malaysia terlebih dahulu membuka jaringan menerusi pemain gantian, Azamuddin Akil pada minit ke 43 menerusi rembatan dari jarak dekat selepas menerima umpanan dari Safee Sali untuk separuh masa pertama berakhir dengan Malaysia di depan 1-0.

Bersambung babak kedua, Malaysia menggandakan jaringan menerusi sepakan percuma menarik dari jarak 25 meter oleh kapten pasukan, Safiq Rahim yang bijak membuat sepakan lencong yang mengelirukan penjaga gol Singapura, Izwan Mahbud.

Singapura yang memasukkan kesemua barisan pemain utama pada babak kedua tampak lebih banyak menguasai permainan dan seringkali mengancam benteng pertahanan Malaysia. Akhirnya, pada minit ke 83, pengadil perlawanan memberikan sepakan penalti kepada Singapura selepas penjaga gol, Khairul Fahmi dipersalahkan kerana melakukan kekasaran ke atas pemain Singapura didalam kotak penalti. Namun, sepakan penalti yang diambil oleh Qiu Li berjaya diselamatkan oleh Khairul Fahmi. Sejurus selepas itu, pengadil perlawanan memberikan sepakan percuma di dalam kotak penalti dalam satu insiden yang tidak dipastikan punca membawa kepada sepakan percuma tersebut. Shahdan Sulaiman yang mengambil sepakan tersebut bijak merembat bola dipenjuru gawang Malaysia untuk merapatkan kedudukan.

Ketika perlawanan menuju penghujung permainan, Qiu Li melakuan jaringan cantik dari luar kotak penalti hasil dari gerakan sepakan sudut untuk mengikat kedudukan 2-2. 

Keputusan penuh perlawanan persahabatan Singapura menentang Malaysia berakhir dengan 2-2.

-Klik iklan dibawah sebagai tanda sokongan anda kepada blog kami-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...