20 Jun 2012

Keputusan penuh Sabah vs Selangor PKNS 0-4 19 Jun 2012

Keputusan penuh Sabah vs Selangor PKNS 0-4 19 Jun 2012 | Highlights perlawanan Sabah vs PKNS


SABAH (0)

vs

SELANGOR PKNS (4)
Nizaruddin Yusuf 45'
Helmi Remeli 64'
Rudie Ramli 67'
Mohd. Fadhil Mohd. Hisham 80'


Sabah meneruskan rentak sumbang mereka dengan kekalahan besar 0-4 kepada pasukan pelawat Selangor PKNS di Stadium Likas sebentar tadi. Ini adalah kekalahan ke-empat berturut-turut bagi pasukan Sabah dalam 4 perlawanan terakhir mereka. Ikuti highlights perlawanan Sabah vs PKNS:

Separuh masa pertama:
5' : Hendrik menerima kad kuning kerana membantah keputusan pengadil.
8' : Percubaan pemain PKNS dari luar kotak penalti diselamatkan Irwan Jamil.
10' : Percubaan Juffry dalam kotak penalti hasil daripada hantaran lintang Shahrudin tinggi di atas palang.
12' : Pemain PKNS, Mohd. Fauzan mencuba dari luar kotak penalti hasil dari sepakan sudut tetapi tersasar.
13' :  Zainizam membuat percubaan dalam kotak penalti hasil hantaran Juffry namun tepat kepada penjaga gol PKNS.
14' : Hantaran lintang cantik pemain import PKNS, Nicoise, tepat ke arah Nizaruddin yang membuat first timer namun sedikit terkeluar di tiang kiri Sabah.
15' : Shahrul Azhar Ture menerima umpanan dari Juffry namun percubaannya diselamatkan oleh penjaga gol.
20' : Fauzan berjaya mengatasi pemain lain bola tinggi hasil sepakan sudut namun tandukannya berjaya diselamatkan Irwan.
24' : Hendrik Helmke mencuba leret dari jarak 25 meter namun tersasar.
26' : Bek kiri, Zulmanshah membuat percubaan jauh namun sekali lagi tersasar.
30' : Hendrik menghantar bola dari tengah kepada Zainizam di kotak penalti namun percubaannya ditepis penjaga gol. Rembatan susulan dari Juffry terkena kaki pemain lawan.
32' : Juffry lolos di sebelah kiri hasil lorongan Hendrik namun hantaran silangnya sedikit tinggi untuk ditanduk oleh Zainizam.
37' : Pertukaran pemain oleh Sabah. Alto yang cedera digantikan oleh Razid Gapar.
38' : Shahrudin melakukan hantaran silang ke dalam kotak penalti yang berjaya ditanduk oleh Shahrul Azhar namun lemah dan terus ke dakapan penjaga gol.
39' : Zureindey berjaya lepas di sebelah kiri namun hantarannya sedikit kuat untuk Juffry dan mudah diselamatkan oleh penjaga gol.
42' : Mafry melakukan percubaan jauh yang tersasar.
45' : GOLLL PKNS. Nizaruddin berjaya menolak masuk bola walaupun dalam keadaan terbaring setelah pertahanan Sabah gagal mengeluarkan bola hasil hantaran lintang Nicoise.
45+2: Tamat separuh masa pertama. Sabah ketinggalan 0-1 kepada PKNS.

Separuh masa kedua:
45' : Pertukaran pemain ke-2 oleh Sabah. K.Thanaraj masuk menggantikan Shahrudin.
46' : Bermula dari lontaran masuk ke dalam dari sebelah kiri padang, Hendrik bijak membawa bola ke dalam kotak penalti namun percubaannya dari sudut yang sukar diselamatkan penjaga gol.
52' : Kad kuning untuk pemain PKNS, Mohd. Fauzan.
56' : Zainizam membuat hantaran ke belakang kepada Shahrul yang berada betul-betul di luar kotak penalti namun percubaannya tinggi di atas palang.
59' : Hendrik mencuba dari luar kotak penalti dengan kaki kiri namun terkeluar setelah terkena kaki pertahanan PKNS.
61' : Nicoise mengambil sepakan percuma dari jarak 30 meter namun percubaan deras beliau sedikit melewati palang.
64' : GOLLL PKNS. Helmi Remeli tanpa dicabar langsung pemain Sabah mudah menanduk masuk hasil sepakan percuma dari sebelah kanan oleh Mohd. Fauzan. Sabah ketinggalan 0-2.
65' : Pertukaran ke-3 Sabah. Leopold masuk menggantikan Mafry.
67' : GOLLL PKNS.Rudie Ramli melakukan rembatan kencang dalam kotak penalti yang sama sekali gagal diselamatkan Irwan. PKNS mendahului Sabah 3-0.
73' : Leopold mengutip kad kuning.
79' : Zulmanshah melakukan bentesan terhadap pemain lawan dan menerima kad kuning kedua seterusnya kad merah dari pengadil. Sepakan percuma untuk PKNS dari luar kotak penalti.
80' : GOLLL ke-4 PKNS. Sepakan percuma yang diambil oleh Mohd.Fadhil cantik menerjah gawang yang gagal dijangkau oleh Irwan untuk tewas kali yang ke-4.
90+2: Tamat permainan. Keputusan penuh, Sabah tewas 0-4 kepada PKNS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...