4 Jun 2012

Sabah perlu buat jaringan awal

Prebiu Sabah vs Terengganu suku akhir Piala Presiden

Burhan, Johnny dan Matasan memberi kata-kata perangsang kepada pemain selepas sesi latihan.
Kota Kinabalu: Sabah perlu mengasak untuk memperoleh gol awal pada perlawanan pusingan kedua suku akhir Piala Presiden menentang Terengganu di Stadium Likas pada 4.15 petang ini (Isnin). Selepas mencatat keputusan seri tanpa jaringan pada pusingan pertama, pasukan tuan rumah tidak boleh terlalu leka. Mereka perlu membuat jaringan terlebih dahulu untuk menenangkan emosi dan pertahanan perlu kukuh untuk menjamin tempat ke semifinal.

"Pemain di posisi serangan perlu melakukan tugas mereka dengan baik tanpa sebarang kesilapan. Saya pasti seluruh pasukan tahu apa matlamat mereka dan saya yakin mereka akan berjaya mencapainya" kata ketua jurulatih, Johnny Dominicus pada Ahad.

Dengan pasukan itu menyasarkan untuk menumpukan kepada serangan, Johnny akan menurunkan barisan pemain terbaik untuk perlawanan penting itu.

Zulmanshah Aling akan tersenarai dalam kesebelasan utama buat kali pertama musim ini digandingkan dengan Leopold Alfonso di barisan hadapan.

"Ia adalah perlawanan 'perlu menang' untuk kami dan kami memutuskan untuk menurunkan Zulmanshah, kami yakin dia dan Alfonso akan melakukan serangan awal untuk skuad. Di bahagian tengah, dengan pulihnya Maxsius Musa, sudah pasti kami akan menurunkannya di bahagian kiri bersama Zackalani Antanom di bahagian kanan, sementara Sabri Sahar dan Muhammad Mohd. Safa di bahagian tengah".

Pertahanan tidak berdepan banyak masalah dengan adanya barisan empat pemain berpengalaman, Didie Arizal, Dendy Lowa, Razid Gapar, Denisi Mekhaddan dan Andre S Tipay sebagai penjaga gol.

Sumber berita dan gambar:
Dipetik dari Harian Ekspres - 4 Jun 2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...