19 Jun 2012

Menjelang perlawanan: Sabah vs Selangor PKNS 19 Jun 2012

Menjelang perlawanan: Sabah vs Selangor PKNS 19 Jun 2012 | Sabah vs PKNS Selangor


Sabah meneruskan cabaran Liga Super pada malam ini dengan melayan kunjungan pasukan 'jiran' dalam carta liga iaitu Selangor PKNS di Stadium Likas. Suasana malam ini pastinya 'panas' buat pasukan tuan rumah, Sabah yang bukan sahaja berhadapan dengan pasukan lawan tetapi juga berdepan dengan reaksi penonton ekoran persembahan memalukan Sabtu lalu apabila tewas besar kepada pendahulu liga, Lions XII 9-0. Kekalahan terbaru itu mengundang rasa tidak puas hati oleh sebilangan besar peminat bolasepak tempatan terhadap pihak pengurusan tertinggi SAFA. Walaupun tewas besar, Sabah kekal di tangga ke-11 liga selepas dua pasukan saingan di kelompok bawah iaitu Kedah dan Johor FC gagal mengutip mata.

Selangor PKNS yang gagal mengutip mata penuh ketika menentang pasukan tercorot liga, Kuala Lumpur kekal satu anak tangga di atas pasukan Sabah dengan 21 mata iaitu dua mata didepan berbanding Sabah yang mengumpul 19 mata.

Sabah bermain malam ini tanpa kelibat jurulatih Justin Ganai yang telah disingkirkan dari jawatan beliau oleh SAFA ekoran kemerosotan prestasi pasukan dalam beberapa perlawanan terakhir. Tempat beliau diambilalih sementara oleh penolong jurulatih, Andrew Majanggim yang akan memikul tugas berat untuk melakukan impak besar terhadap pasukan dalam perlawanan malam ini. 

Sabah akan terus kempunan khidmat kapten pasukan, Reithuddin Ag. Emran yang menjalani baki satu lagi penggantungan selepas mengumpul 6 kad kuning musim ini. Dikhabarkan bahawa beberapa perubahan pemain akan berlaku pada pasukan malam ini.

Apapun, kemenangan pastinya satu-satunya pilihan Sabah malam ini sekiranya ingin terus kekal dalam Liga Super pada musim depan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...