30 Jun 2012

Preview Kuala Lumpur vs Sabah 30 Jun 2012

Preview perlawanan Kuala Lumpur vs Sabah 30 Jun 2012 | Sabah vs Kuala Lumpur pusingan kedua
Perlawanan Sabah menentang Kuala Lumpur di Stadium Likas malam ini mungkin akan menjadi penentu kepada nasib pasukan Sabah dalam misi kekal di Liga Super untuk musim depan. Dengan pasukan Kuala Lumpur yang telahpun sah tersingkir ke Liga Perdana musim depan, satu lagi slot penyingkiran menanti pasukan-pasukan terbawah liga yang mana turut melibatkan pasukan Sabah yang kini menduduki tangga ketiga terbawah liga.

Hanya kemenangan satu-satunya pilihan Sabah malam ini bagi terus memperbaiki kedudukan mereka dalam liga yang kini berbaki lima perlawanan untuk ditamatkan. Selain perlawanan malam ini, perlawanan menentang Johor FC adalah perlawanan yang seimbang sebelum menentang tiga pasukan 'kuat' iaitu Terengganu, Selangor dan Negeri Sembilan dalam lima baki perlawanan Sabah. Mahu tidak mahu, pemain-pemain Sabahawks pastinya akan bermain 'all out' malam ini bagi memastikan tiga mata yang berharga milik pasukan Sabah.

Jurulatih sementara Sabah, Andrew Majanggim dilihat akan menggunakan strategi yang sama digunakan pasukan ketika menewaskan Kedah di Likas tempoh hari. Kecuali Shahrul Azhar dan Radzi Husin, semua pemain yang diturunkan pada perlawanan menentang Kedah akan berada dalam kesebelasan utama malam ini. Shahrudin Yakup yang beraksi cemerlang pada perlawanan menentang Kedah akan mengambil tempat Shahrul di sayap kanan. Berita baik buat Sabahawks yang mana pemain import tengah, Brendan Gan yang telah pulih dari kecederaan akan kembali beraksi di bahagian tengah untuk bergandingan dengan Hendrik Helmke. Alto Linus yang juga terlepas beberapa perlawanan akibat kecederaan juga cergas untuk kembali beraksi namun hanya akan bermula di bangku simpanan dengan Razid Gapar terus diberi kepercayaan oleh jurulatih. Pemain Sabahawks yang pastinya tidak berada dalam skuad malam ini akibat kecederaan ialah Sumardi Hajalan, Fariss Azlan, Mafry Balang dan Ronny Harun.

Yang menarik, Zainizam dan Juffry akan sekali lagi digandingkan bersama dalam perlawanan ini selaku penyerang untuk merobek gawang Kuala Lumpur. Juffry yang menjaringkan gol tunggal dalam perlawanan menentang Kedah pastinya bersedia untuk melakukannya sekali lagi pada malam ini.

Kesebelasan kemungkinan Sabah menentang Kuala Lumpur:
GK: Azizon Abd. Kadir
Pertahanan: Razid Gapar, Zul Manshah Aling, Rosdin Wasli, Reithuddin Emran
Tengah: Hendrik Helmke, Brendan Gan, K. Thanaraj, Shahrudin Yakup
Penyerang: Zainizam Marjan, Juffry Omopor

Lain-lain perlawanan Liga Super malam ini:
Kedah vs Terengganu
Sarawak vs Johor FC
PKNS vs Negeri Sembilan
T-Team vs Felda United

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...